S.A.H.A.B.A.T
Sahabat
Siapakah engkau?
Mengapa dikenali sebagai sahabat?
Ada apa denganmu?
Sahabat
Sahabat
Sahabat
Sahabat
Kita adalah sama
Kita adalah satu
Kita adalah pelengkap
Dan kita jugalah cahaya
Sahabat
Syukur untuk segala kenangan terindah kita bersama Kristus
Syukur untuk segala suka dan duka kita bersama
Segalanya menyingkap sejuta perisai masa hadapan
Menjanjikan dimensi sebuah memori
Untuk pedoman kebahagiaan bersama
Sahabat
Engkau sentiasa ada bersamaku
Tika suka dan duka
Engkau selalu bersamaku
Engkau sentiasa menyokongku
Dan memahami segala kelemahanku
Engkau tersenyum
Aku tersenyum
Engkau berduka
Aku berduka
Membuatkan diriku tak mengenal erti sepi
Sahabat
Terima kasih kerana menjadi temanku
Terima kasih kerana menjadi kekasihku
Terima kasih kerana menjadi ibuku
Terima kasih kerana menjadi bapaku
Terima kasih kerana menjadi pembimbingku
Terima kasih kerana menjadi pendorongku selalu
Sahabat
Esok menanti engkau sebagai pelakar kenangan
Menanti engkau menjadi berubah
Semuanya bermula daripada sekarang
Kerana permulaan segala sesuatu
Bermula daripada yang kecil
Oleh itu tetaplah setia
Sahabat
Hanya doa dapat kami berikan sebagai sokongan
Tetaplah kuat dan bersandar sepenuhnya kepada Kristus
Maafkan segala kenakalan kami tika bersama
Kami akan sentiasa mengingati sahabat
Syukur untuk segala rencana Tuhan dalam hidup kita bersama
Terpujilah Bapa kita yang di syurga
Amen........
1 comment:
Dikarang oleh Redvin Bilu.
Untuk senior-senior yang bakal grad.
Love you all... <3
Post a Comment