My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)
Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Tanda Lelaki Sayang kita... :)

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Best kan entry ni. Aku terbaca kat salah satu blog yang aku setia ikuti dan aku pun minta izin untuk copy paste. Aku baca kat sini. Orang ni rajin betul explore-explore benda alah yang ada dalam dunia maya ni. Aku ni nama je online 24 jam, 7 hari seminggu tapi aku ni jenis pemalas. Aku buka "muka buku" buka tagged, buka blog, buka novel online, download lagu, cari lirik lagu, cari kerja, tu je la yang aku buat.Erk... dah-dah. Merapu lagi. Lagi-lagi merapu. Tak ada kerja lain. ;p

Wednesday, June 22, 2011

Sedarkah anda sebagai anak kepada insan yang bergelar ibu dan bapa?

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Moral:- Sayang lah kedua2 ibubapa anda.. jangan sayang mak jer... skit2 mak.. huih...

Ehsan dari John Rennoult. Terima kasih sebab mengizinkan aku copy paste ini. Aku dah minta izin la wei. Hehe... Amacam sadis kan cite ni. Ni semua kebenaran. Sampai aku tak sanggup nak baca semuanya. Aku nak nanges la.... huwaaa....

Sunday, December 5, 2010

Blog Tinta Asmara

cinta,
satu perkataan yang ajaib,
menjadikan diri di ambang kebahagian,
dalam meniti hari-hari yang datang...

tanpa cinta,
kebahagian itu hilang

tanpa cinta,
kebahagian itu muncul,

tanpa cinta
sengsara yang datang...

milik siapakah cinta itu...

Madah luahan rasa cinta dari blog Tinta Asmara yang ada dalam cerita Kau laksana bulan. Hehehe... tadi saja je aku cari dalam google. Tup tup betul-betul ada. hehe... tapi entry ada satu ni je pun.

Ingat!

Tinggalkan kebiasaan-kebiasaan lama.
Hiduplah di dalam Kristus.
Jangan lari dari masalah.
Hadapi masalah yang ada.
Taat dan percaya pada firman-Nya.
 Pegang janji-Nya.
Nantikan Tuhan. :)

Love this word. :)


Sunday, November 28, 2010

Pencobaan dan Ujian

When tempted, no one should say, "God is tempting me." For God cannot be tempted by evil, nor does he tempt anyone; but each one is tempted when, by his own evil desire, he is dragged away and enticed. Then, after desire has conceived, it gives birth to sin;and sin, when it is full-grown, gives birth to death. JAMES 1 : 13 - 15.
ADA PERBEZAAN ANTARA "PENCUBAAN dgn UJIAN"


Perbezaan yang paling penting dari kedua hal ini adalah sumbernya; Ujian datangnya dari Tuhan, namun pencobaan datangnya dari iblis. Pencobaan yang datangnya dari iblis ini mempunyai maksud supaya kita akhirnya melakukan kesalahan dan masuk ke dalam dosa. yOH 10 : 10 “Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.”

Tujuan iblis adalah utk membinasakan kita! Ia ingin agar kita berdosa dan binasa.

ketahuilah bahawa hidup kristian itu tidak bermakna bahawa hidup tidak ada pencubaan..malah semakin kita dekat dgn Tuhan, semakin byk goncangan dlm hidup kita. tp jgn mundur,perhatikan hidup kita agar jgn jatuh. menangi setiap pencubaan, hadapi setiap persoalan..kerana Alkitab berkata apa yg tidak pernah dilihat oleh mata, yg tidak pernah digenrag oleh telinga bahkan yg tak perhan kita fikirkan, itu yg Tuhan sediakan bagi org2 yg bertahan sampai kesudahannya. Haliluyah!!!
apa tujuan ujian yang dari Tuhan itu??


Ujian dari Tuhan adalh utk menguji iman kita. Melalui ujian maka iman kita bertumbuh menjadi iman yang dapat memindahkan gunung.

“Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu.” (Matius 17: 20)
Ada begitu ramai org kristian yg percaya bahawa kita tidak perlu mempunyai iman yg besar karena ayat di atas kata hanya sebesar biji sesawi. tp jgn kita salah, memang biji sesawi kecil, namun tdk bermakna dgn iman kita yg tetap kecil kita mampu memindahkan gunung. Kita perlu memiliki iman yg bertumbuh, seperti biji sesawi yang kecil, yang bertumbuh mjadi pohon.

“Yesus membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal Kerajaan Sorga itu seumpama biji sesawi, yang diambil dan ditaburkan orang di ladangnya. Memang biji itu yang paling kecil dari segala jenis benih, tetapi apabila sudah tumbuh, sesawi itu lebih besar dari pada sayuran yang lain, bahkan menjadi pohon, sehingga burung-burung di udara datang bersarang pada cabang-cabangnya.” (Matius 13: 31-32).

maka dgn ujian-ujian dari Tuhanlah maka iman kita akan bertumbuh!

Di dalam hidup ini, kita akan menghadapi banyak ujian dan pencubaan. Pencubaan bukan dosa. Namun jika kita jatuh ke dalamnya, maka kita akan masuk ke dalam dosa. Ujian dan pencubaan akan membuat kita bertumbuh semakin dewasa.

Jika kita jatuh ke dalam dosa, marilah kita bertaubat, maka Tuhan akan mengampuni. Jangan kita biarkan penyesalan dan penuduhan terus di dalam hidup kita, sebab itu datangnya BUKAN dr Tuhan. Ketahuilah bahawa tanpa ujian kita tidak akan bertumbuh; dan tanpa goncangan kita tidak akan menjadi dewasa.


Taken from note that Bro, Rami tag to me.

Monday, November 22, 2010

About me :)

Blog aku telah di'tag' oleh salah seorang follower aku. Terima kasih kepada Cik Mavis. Dia bagitau aku kena tag di dalam chat box aku seperti ini "helo..nuan dh kena tagged! visit my blog 4 the details. :)" Paper final exam aku yang first ni. Hmm... dah la tak study apa-apa kena suruh buat. Hehehe... Demam final exam katakan padahal baru je habis tengok drama Korea 10 episod. Kwang3...
So aku pun visit her blog dan Cik Mavis tulis kat entry dia "who are being tagged will do the same trivia as what I did. Hehee. Just to know you better."
Ok. Saya mengikut perintah miss... ^-^

Rasa-rasanya tentang diri aku dah detail kat ruangan information di page aku ni. Tapi... hmmm... takpe la. Aku usahakan untuk dapat A+ untuk paper ni walaupun aku AKAN merapu. ekekeke...

1.   Aku bahasakan diri aku kat blog ni A.K.U sebab apa yang tertera di dalam blog aku ni semuanya suara dari lubuk hatiku dan secara automatik tangan aku akan menaip dengan laju di atas keyboard notebook aku ni. Dan sekarang blog aku pun dah tukar nama dari ~ Story morry dalam hidupku ^.^ ~ ke ~ Letter from My Heart ^.^ ~


2.   Kalau dulu aku adalah penulis diari yang setia. Entah berapa buku dah diari aku kat rumah aku pun tak ingat. Sampaikan dulu-dulu diari tahunan bapa aku yang BDA bagi kat semua pekerja-pekerja dia aku ambik untuk tulis diari. Tapi sekarang, aku dah tak larat dah nak simpan buku diari aku tu. Sebagai alternatif untuk mengurangkan space buku di bilik aku tu, aku bertukar mood taip je apa yang aku nak kongsi dalam blog.

3.   Blog ni dah lama wujud sejak 2008 tapi aku hanya sempat say welcome kat page aku ni. Lepas tu, aku buka blog yang ada kat friendster sebab masa tu zaman friendster. Bila aku buka friendster terus aku automatik buka blog tapi sekarang friendster aku pun dah kureng dah. Sekarang zaman 'buku yang dibaca tak pernah khatam2' pulak.

4.   Masuk ke dimensi memperkenalkan diriku ini kepada yang ingin mengenaliku. Mak bapak aku bagi nama aku untuk diisi di sijil kelahiran ROMY ANAK NYAWAI.

5.   Aku dilahirkan di atas katil Hospital Besar Bahagian Bintulu pada 4 November 1989.

6.   Jantina aku perempuan tau. Nama aku je yang macam lelaki. Kalau dulu2 orang selalu ejek nama aku tapi aku kadang2 marah gak tapi selalunye aku ignore je. Apa aku kisah. Aku bangga apa nama aku macam tu. Mak bapak aku juga yang bagi nama tu. Apa korang kesah dengan nama aku? Aku kacau hidup korang ek? Huhu... tetiba rasa emo pulak.

7.   Korang boleh panggil aku dengan nama penuh. Nama manja aku di kalangan rakan ku 'Mi', 'Mye', 'Me'... ah... macam-macam la ejaan dia. Yang penting sebutan tu yang sama. Di kalangan keluarga besar aku diorang panggil aku 'Umi'. Mak bapak aku panggil aku 'Umi' dan 'mi'. Abang-abang aku panggil aku 'mit' sebab aku paling bongsu. Dan abang kesayangan aku Joseph satu-satunya panggil aku 'Adik'. Hehehe.... (tetiba rindu abang pula.)

8.   Aku anak bongsu dan satu-satunya perempuan kami adik beradik.

9. Aku ada 5 abang. 3 abang kandung. 2 abang angkat. Pertama abang angkatku Ricket lahir 1974 dan belum berkahwin. Kedua, abang aku Longan lahir 29.08.1977. Dah berkahwin. Ada anak 3 orang. Ketiga, abang aku Kelip lahir 08.08.1978. Dah berkahwin dan ada anak 2. Keempat, abang aku Johnny lahir 06.03.1980. Dan abang kesayangan yang aku 'angkat' sendiri Joseph Chong lahir 29.06.1988 dan masih single.

10.   Aku ada 5 anak buah dari hasil perkahwinan abang-abang aku. Yang sulung berumur 16 tahun sedang bersekolah di SMK Bintulu. Cuba bayangkan aku 'auntie' dia baru berumur 21 tahun. Kalau kami berdua berjalan sama, bagi orang yang tak tahu hubungan kami apa, orang akan ingat kami adik beradik. Badan anak buah aku ni lebih besar dari badan aku. Huhu... baru aku sedar betapa kecilnya aku. Ada gambar budak kecik di ruangan information aku sebelah kiri ni, dua orang tu lah budak nakal selalu ikut aku jalan. Francis Xavier 6 tahun dan Claudia 4 tahun. 3 orang anak abang sulung ku.

11.   Aku tidak rapat dengan anak-anak buah ku hasil perkahwinan abang keduaku sebab mereka di Limbang. Hanya sekali sahaja aku pernah rapat dengan mereka semasa aku bercuti di rumah mereka selama seminggu.

12.   Aku sangat berdikari sejak kecil lagi selalu ditinggalkan bersendirian di rumah.

13.   Rumah aku bukan di bandar, bukan perumahan, bukan rumah panjang. Tapi rumah aku adalah sebuah rumah yang didirikan di atas tanah yang bapak aku beli dulu. Jauh dari jiran-jiran. Jiran terdekat kami adalah mertua abang sulung ku. Hehe... Rumah ku 30 minit guna kereta dari pasar Bintulu. Kalau orang tak biasa tinggal sorang2 di rumah aku tu, dia akan takut tinggal sorang2 sebab sangat sunyi. Hanya bunyi kenderaan sahaja yang membisingkan keadaan.

14.   Kalau aku tinggal sorang2 di rumah terutamanya malam, aku akan pasang semua lampu yang ada di rumah tu kecuali spotlight la. Aku akan buka volume tv besar-besar. Kadang-kadang kalau aku mula rasa seram sejuk duduk di ruang tamu tu, aku akan berkurung di dalam bilik terchenta aku, buka notebook, tengok movie, drama atau buka lagu besar-besar dan aku akan tidur dengan keadaan lampu terbuka. Kalau mak bapak aku sampai kat rumah tu keesokan pagi semestinya diorang akan pot pet pot pet dengan aku kenapa la buka semua lampu ni??? Ngee... aku hanya mampu tersengih.

15.   Kalau aku kat rumah aku sendiri, bila aku mahu siap untuk beradu, masuk bilik, susun siap-siap 'pagar' a.k.a. bantal-bantal aku yang banyak. Bentang selimut awal-awal lepas tu ambil telefon call abang a.k.a Joseph. Bila abang dah  say 'Hello' aku akan jawab 'Bang, kejap ar.' Pergi ke tempat suis lampu, bersedia untuk lari ke katil dan 'TAP' bunyi suis lampu ditutup aku pun lari masuk berselubung dengan selimutku. Bila keadaan dah reda, baru aku bercakap dengan abang aku. 'Ok bang. Adik dah siap. Nak tidur. Gud nite!' Hahaha.... Perkara setiap malam aku lakukan kecuali bila aku penat sangat-sangat dan aku tak tahu macamana rupa 'han...' ngee....

16.   Masa aku cuti semester, aku semestinya akan balik ke Bintulu dan di masa cuti tu aku akan isi hari-hari aku dengan rehat, jalan-jalan, lepak-ing. Rancang cuti-cuti Malaysia. tapi selalunya cuti-cuti Sarawak je la. Cuti yang akan datang ni aku tak ada masa nak jalan-jalan cuci mata.

17.   Aku suka travel dengan kereta. Kecuali di Semenanjung sini la aku terpaksa fly dari Bintulu dan guna bas kalau nak pergi ke tempat lain. Semenanjung ni aku dah pergi Kedah belum habis pusing, Perlis, Penang, Perak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor. Seluruh Sarawak aku dah pergi tapi highlight kat sini aku cuma pergi bandar besar je la. Kalau daerah-daerah kecil seperti Mukah, Roban, Batang Ai, aku tak pernah pergi. Sabah pula atas Kota Kinabalu aku belum pergi. Aku selalu pergi Sindumin, Sipitang, Papar, Beaufort, Kota Kinabalu, Tenom dan Keningau. Tenom dan Keningau sekali je aku pernah pergi semasa lawatan sambil belajar bagi pelajar akaun yang dapat A subjek Ekonomi. Dan yang lain aku selalu je limpas sebab abang bapa aku tinggal di Sipitang.  

18.   Pemegang passport Brunei. Selalu pergi da... Next year cuba nak tukar passport ke international passport. Berangan-angan nak pergi Thailand dan Singapore next year juga.

19.   Berfikiran ke hadapan. Sekarang ni matlamat aku satu tahun dari sekarang aku graduate dari UUM dan mulakan praktikum. Nak praktikal di Bintulu je. Tak nak tempat lain kalau boleh. Jimat duit sewa rumah dan sebagainya. Nak duduk kat rumah sendiri juga. Masa praktikum nanti mesti dah ada sebuah kereta sekurang-kurangnya VIVA la pak... belum ada duit manyak ma.... kecil-kecil dulu bila sudah ada manyak luit nanti kita beli keleta besar la.... (dah bincang dengan mak bapak aku semasa beberapa hari sebelum aku balik ke UUM cuti semester lepas)

20.   Kalau dulu aku hanya jemaat biasa di Full Gospel Church Changlun. Tetapi hujung bulan lepas aku dengan rasminya masuk ke dalam keluarga exco FGC kebaktian BM. Sungguh besar tanggungjawabku sekarang. Yang pasti, sekecil mana pun pelayananku, aku perlu berkomitmen penuh dan ya... upahku besar di syurga.

21.   Single dan telah berpengalaman dalam bercinta jarak jauh selama setahun. Puji Tuhan. Walaupun cinta jarak jauh betahan juga tau sampai satu tahun. Sekarang aku fokus dengan pelayananku di FGC dan di UUM ini,

22.   Keluarga besar aku keturunan sebelah mak aku dari datuk nenek ku iaitu mak bapak mak aku sampai ke pangkat cucu mak aku semua sekali dalam masa sekarang adalah 84 orang. Ada entry lama aku yang menyenaraikan silasilah keturunan mak aku. Kalau balik rumah panjang, memang tak cukup 2 bilik besar beb.

23.   Datuk aku a.k.a bapa sebelah mak aku baru je meninggal 14 June lalu. Rest in Peace grandpa. Dan 18 Disember ini kami buat majlis untuk memperingati mediang datukku. Tidak sabar mahu berkumpul sekali lagi bersama-sama keluarga besar ku.

24.   Im proud to be daughter of Jesus Christ.

25.   Impianku, ingin menjadi seorang penyanyi lagu rohani dan mengadakan konsert seperti GMB, True Worshipper, HillSongs dan PlanetShaker.

God Bless... Sama-samalah kita datang kepada-Nya dan Ingat... Dia selalu menyertai kita. Dia Maha Kuasa, Maha Hebat, Maha Ada, Maha Agung, Maha Tinggi. Come join me worship HIM alwayas. 

Oppss... soalan ini hanya perlu jawab 25 isi penting sahaja. Banyak lagi point aku ni tapi tunggu la tiba masa lain pula dapat soalan yang perlu jawab 100 atau 1000 point baru aku tambah. Huhu... Ok la. Nak study dulu. hahaha... Have a nice day. :)

Friday, November 5, 2010

Tema : Hormati ayahmu dan ibumu

Aku mahu kongsikan renungan ini.

1 Samuel 1: 19- 28

Baca ayat ini dahulu. Buka alkitab anda.

Kenapa aku kongsikan firman ini? Sebab seperti yang aku bagitahu sebelum ini. Temaku hari ini adalah 'Hormatilah ayahmu dan ibumu.' Kenapa aku ingin bawa tema ini? Sebab hehe... (masa aku khotbah ini, aku belum bagitau sebab dia. Di pengakhiran khotbah baru aku bagitahu kepada mereka.)

Aku ingin fokuskan tentang Hana di sini. Hana adalah salah seorang isteri Elkana. Elkana ada dua orang isteri. Seorang lagi adalah Penina. Hana telah ditutup oleh Tuhan kandungannya. Maka, Hana tidak dapat melahirkan anak. Penina ada anak bersama Elkana. Penina selalu menyakiti hati Hana perihal dia tidak dapat melahirkan anak.

 Satu hari di Silo, dia berdiri dan dengan hati yang pedih dia doa sambil menangis tersedu-sedu.
Ayat 11 "TUHAN semesta alam, jika sungguh-sungguh Engkau memperhatikan sengsara hamba-Mu ini dan mengingat kepadaku dan tidak melupakan hamba-Mu ini, tetapi memberikan kepada hamba-Mu ini seorang anak laki-laki, maka aku akan memberikan dia kepada TUHAN untuk seumur hidupnya dan pisau cukur tidak akan menyentuh kepalanya."

Perhatikan ayat ini. Dengan sunguh2 Hana berdoa dan bernazar tanpa dia memikirkan tentang diri sendiri dan anak itu. Setahun kemudian, Hana mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki yang bernama Samuel. Dia bagi nama Samuel kerana, "Aku telah memintanya dari pada TUHAN."

Selepas anak itu cerai susu dari Hana. Dia menyerahkan Samuel atas jagaan Eli di Silo. Perhatikan sekali lagi di sini. Di masa dia menyerahkan Samuel kepada Eli, Hana tidak berdua hati sekali pun. Tidak berfikir untuk menarik balik nazar yang telah dia buat sebelum ini. Sedangkan sebelum ini, TUHAN pernah menutup kandungannya dan telah disakiti oleh Penina. Dia berika juga anak itu kepada Eli.

Persoalan di sini, jika anda, Sanggupkah setelah anda disakiti, sengsara sangat, telah dihina madu sendiri, dipandang rendah, tiba2 sesudah kamu bersusah payah beranak, kamu serahkan terus anakmu kepada TUHAN.
Sanggupkah anda?

Dalam konteks ini, aku ingin membuat kesaksian tentang diri aku sendiri. 
Aku ada 4 adik beradik. Aku anak bongsu dan satu2nya perempuan di kalangan kami adik beradik. Jarak umur aku dengan abang2ku sangat jauh. Abang2 ku lahir ada tahun 77, 78 dan 80 dan aku lahir pada tahun 89. Sangat jauhkan. Dan ini membuatkan generasi kami berbeza. Di masa aku mula kenal dunia sebelum aku masuk ke tadika, aku masih ingat lagi, di masa itu abang2 aku semua sudah habis sekolah dan bekerja. Dan hanya aku seorang sahaja budak kecil di rumah. Aku tiada orang jaga. Bapaku bekerja dengan kerajaan. Ibuku suri rumah sepenuh masa tetapi dia bergiat dalam perkebunan, menjual sayur2 dan buah2. Masa kecil aku, aku sering diheret ke mana2 ibu bapaku pergi. Kadang2 aku ditempatkan di rumah saudara2 ku kerana ibu bapa ku outstation ke tempat lain. Aku sering menangis kerana sering kali ditinggalkan.

Tetapi masa itu, aku cuma tahu erti gembira bila dapat sesuatu yang aku ingini dan menangis kalau aku tidak dapat sesuatu yang aku ingini. Biasalah budak2. Bila umur aku mula meningkat lagi. Aku kenal apa itu perasaan sedih, kecewa, dan macam2 lagi perasaan. Terutamanya masa aku Tahun 5 dan 6. Masa itu aku ada tuisyen petang. Pukul 2 hingga 4. Aku kena tunggu bapaku balik kerja untuk jemput aku balik. Kadang2 bapaku ambil aku pukul 7 lebih. Bayangkan anda seorang sahaja di tempat yang tidak berapa 'baik' dan anda hanya budak kecil baru berumur 11 atau 12 tahun, selalu jumpa pelbagai jenis orang. Sangat menggerunkan bukan? Pada masa itu, aku sering menangis sambil menunggu bapaku sampai.

Umurku meningkat lagi. Di masa aku Tingkatan 3,4 dan 5, aku mula kenal apa itu emosi. Di masa itu, aku memberontak seorang diri. Sehingga aku bertekad, selepas SPM aku ingin keluar dari rumah,dari Bintulu malah dari Sarawak dan Sabah sekalipun. Dan ya... Doaku terjawab juga setelah aku mendapat tawaran untuk masuk ke matrikulasi Labuan. Itupun aku terpaksa tolak tawaran maktab sebab aku tahu kalau aku terima aku akan kembali ke Sarawak. Setelah habis di matrik, aku bertekad mahu keluar dari Borneo pula. Di masa aku isi borang UPU, ada 8 pilihan di sana, tiada satu pun univeristi di Sarawak, Sabah malah Labuan sekalipun aku masukkan. Memang kena reject awal2 dan pilihan aku semuanya di Semenanjung. Dan UUM juga 3 pilihan utama ku.

Jika kita imani apa yang kita mahu akan dapat, kita akan dapat juga, seperti ayat firman di Matius 7: 7 -11.
Dan ini aku sekarang. Aku masih hidup dengan bahagianya. Dan di masa aku mula bertumbuh di dalam rohani, aku menilai kembali kehidupan aku masa lalu. Dan masa itu baru aku sedar, aku sepatutnya mengucapkan syukur atas apa yang ibu bapaku lakukan terhadap aku. Aku sangat sayang kepada mereka walaupun pernah satu ketika dulu, aku pernah mengatakan aku BENCI mak bapaku. 

Setelah aku menilai kembali, syukur atas segalanya. Aku boleh berdikari sendiri. Bukan mahu membandingkan, bukan mahu menghakimi di sini dan bukan juga membangga diri. Aku ingin kongsikan tentang sepupuku yang dapat 10A dalam SPM. Dia seorang lelaki tetapi dia tidak berani pergi ke tempat orang lain sendiri. Sebab takut, terlalu dimanjakan. Aku juga yang kena teman dia. Aku tidak gentar jika aku mahu ke tempat orang lain dengan bersendiri. Ingat dan percaya sahaja kepada-Nya. Pasti engkau akan ada jalan. 

Banyak sebenarnya aku mahu sharekan di sini. Situasi aku di atas tadi cuma konklusi dalam kehidupanku. 

Apa yang aku ingin simpulkan di sini, apa2pun, INGAT ibu bapa kita. Mereka yang terutama setelah Tuhan. Ingat, mereka telah membesarkan kita, menjaga kita, beranakkan kita, bersusah payah mencari rezeki untuk kita. 

Kita tidak mampu untuk membalas jasa mereka yang terlalu besar seperti jasa Tuhan yang mengambil kita sebagai anakNya. Kita cuma mampu MENYENANGKAN mereka sahaja. 

Sebagai renungan, Baca firman Tuhan di Roma 8:28 dan 1 Korintus 10:13.

Ini sahaja sharing aku. Tuhan memberkati...

Wednesday, November 3, 2010

Tidak mampu menghalang pekerjaanNya

Seperti yang pertama aku ucapkan dulu,
Tuhan kita hanya SATU.
Syurga dan neraka juga ada SATU.
Cuma kita di dunia ini mempunyai agama yang berlainan dan cara ajaran yang berlainan.
TAPI, dasar kita semua agama adalah K.A.S.I.H.
Hukum asas agama kita juga sama
seperti jgn mencuri, jgn jgn jgn tu semua.

Semua manusia dilahirkan memang sudah dalam keadaan berdosa.
Kerana disebabkan Adam dan Hawa yang mengingkari perintah Tuhan dahulu.
Dan semua manusia juga ada sudah kunci pintu syurga di tangan masing2.
Cuma kita sendiri yang perlu buat keputusan untuk mahu masuk ke 'rumah yang indah' tersebut atau tidak.

Aku sebagai salah seorang kawanmu, tidak sanggup melihat engkau menderita di dunia mahupun di akhirat.
Begitu juga aku perbuatkan untuk orang lain.
Bukan hanya engkau sahaja.

Mari kita sama2 datang ke arah kebaikan, tinggalkan kejahatan.
Mari kita sama2 datang kepadaNya.
Mari kita sama2 mencari, berseru kepadaNya.
Sebab hanya pada DIA seorang sahaja tahu apa kebenarannya.
Hanya dia sahaja yang mampu selidiki hati kita.
Aku tidak mampu selidiki hatimu.

Aku juga masih dalam proses pembelajaran untuk men'dewasa'kan rohani ku.

Bukan aku ingin merebut peluang ini untuk melakukan penginjilan di saat kekurangan engkau pada saat ini.
BUKAN.
Jangan salah faham kawan.
Walaupun kita berlainan agama, aku tetap menghormati agama engkau.
Tetaplah berpegang teguh kepadaNya.
Tetaplah percaya kepadaNya.
Engkau belum terlambat lagi.
Ubahlah dirimu satu persatu.
Aku tidak berhak untuk memaksamu untuk berubah 100%.
Aku hanya mampu menasihati, memperingati sahaja.
Hanya dirimu sahaja yang boleh mengubah dirimu sendiri.
Tiada orang lain.
Dalam proses engkau ingin berubah,
minta tunjuk ajar dari Tuhan.
Bagaimana aku harus melakukan perubahan?
Apa yang harus aku buat?
Minta perlindungan daripadaNya.
Minta jauhkan diri dari segala iblis2 yang mahu mencuri masuk ke ruang kecil.

Tetapi, apabila kamu meminta daripadaNya,
INGAT, jangan engkau pandai2 buat kesimpulan sendiri untuk melakukan perbuatan yang mahu engkau lakukan.
Tanya lagi sekali untuk mendapat kepastian,
adakah betul aku perlu lakukan itu?
Jika engkau lakukan sesuatu mengikut kata dagingmu sendiri,
engkau akan binasa.

Di masa engkau ingin ke tahap perubahan,
si iblis tidak pernah tidur, tidak pernah putus asa untuk menghancurkan engkau.
Jangan bagi ruang untuk si iblis masuk ke dalam dirimu.

Berjaga2 lah selalu.

Di dalam rohani kita,
kita mulakan dengan bertumbuh, berakar dan selepas itu kita berbuah.
Saat ini, imanmu yang dulu sudah mati, sudah bertumbuh dalam dirimu.
Mana yang engkau mahu?
Bertumbuh di atas batu, pasir atau tanah yang subur?
Aku galakkan engaku marilah kita sama2 betumbuh di tanah yang subur.

Selepas engkau bertumbuh, engkau akan berakar.
Tegapkan pokokmu. Stabilkan kedudukan engkau dalam rohani.
Jangan pernah goyah. Terus bersama denganNya.

Sudah engkau stabil dengan imanmu itu, di situ kita berbuah.
Sentiasa tabur baja dan siram pokokmu itu supaya tidak pernah layu dan berbuah lebat di akhirnya.
Sembahyang di masa yang tetap. Terus berdoa.
Pasti dan TERJAMIN di kemudian hari engkau akan mendapat sesuatu yang indah daripadaNya.

Praktikkan ini dahulu wahai sahabat.
Ini adalah tahap pertama untuk tingkatkan dirimu dalam rohani.
Masih banyak lagi yang perlu engkau pelajari.
Buatlah satu persatu.
Jangan tergesa2.

Ini renungan yang aku mahu kongsikan untuk kali ini.
Di masa yang lain aku ingin mengongsikan bagaimana kita mahu menjadi DEWASA DALAM ROHANI.

Friday, September 3, 2010

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan.
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Yang ini aku copy paste dari note seseorang dari FB.
Aku copy paste ni bukan saja2 nak bagi banyak entry blog aku ni.
Aku copy paste sebab aku sekarang ni belum ada feeling lagi nak baca
dan aku nak simpan dalam blog ni sebab aku tak nak nanti tak de lagi dah note tu kat 'rumah' aku.
Ok then. Aku nak beristirehat dulu.
Aku penat sangat.
Esok lusa aku kasi mantap ni blog la.
Huhu... draf aku bertimbun2 nak kena publish.

Saturday, August 7, 2010

P.E.R.F.E.C.T

Everybody want a perfect life. P.E.R.F.E.C.T.
Its a easy word to pronounce but its difficult to do.
Sememangnya apa pun yang ada di dunia ini tidak semuanya dalam keadaan yang sempurna.
Apa yang kita perlu lakukan adalah saling melengkapi.
Misalannya, seseorang itu kekurangan sesuatu dan seseorang itu berkelebihan di bahagian tersebut. Makanya, orang yang bekelebihan terhadap sesuatu bidang itu haruslah melengkapi, share dengan seseorang yang kekurangan.
Kita sendiri perlu tahu, alert dengan keadaan seseorang yang berada di sekeliling kita apa yang diperlukan apa yang seseorang itu kurang pada sesuatu masa.

Tuesday, August 3, 2010

Ayat2 yang ...

Aku terfikir mahu share ayat2 ini dalam entry blog aku.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
...dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap2 diri manusia, ia laksana setitis embun yg turun dari langit,bersih & suci.Cuma tanahnyala yg berlain-lainan menerimanya.Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhla oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu,
...langkah serong & lain2 perkara yang tercela.Tapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yangg tinggi & lain2 perangai yg terpuji.

Mahu tahu mengapa aku memilih ayat2 dari seseorang ini?
Kerana selama ini, orang yang post ayat2 ini semua bukanlah mat jiwang, mat cintan, atau mat2 yang berkaitan dengan cinta. Aku tertanya2 la juga kenapa dia post ayat2 ini di ...
Ehehehe...itu hak dia juga kan.
What can I say......

Monday, July 26, 2010

Can I?

If having the love and care of a guardian angel is the happiest thing in life.
Would I have double the happiness if I met two guardian angels?

You knew that it would hurt me, yet you still do it!

Why should I promise you?
Because I don't know who else to love except you.
You're very important to me.
I'll always care for you and will protect you.
Wherever you are, I'm always only a turn away.
So that you can see me easily.

Thank you for letting me know how to go about loving someone.
Blame it on the bad timing.
But I still want to thank you for giving me a wonderful past.

That means you have no more flowers in your garden?
I think I can still find a rose that truly belongs to me.
Roses are everywhere.
You must think about the exact flower you want be taking action.

You and me different people.
What's gone is gone.
The present and the future are more important.

Am I just going to forget about it???

People walk at different speeds.
Some walk faster, some walk slower.
If two people want to be together, they must synchronize their steps.

Keep our memories in our heart.
Remember that memories are love.

Saturday, July 17, 2010

Beautiful life

Seketika aku tertarik dengan video yang kawan2 se'fb' aku post dan aku ingin kongsikan dalam blog ini.
Hayatilah...

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU : Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya petik.

CIKGU : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

Sekian~

Its a life

When we were five, they ask thus what we want to be when we grown up?
I answers worse things like astronaut, president and in my case a princess.

When we're ten, they ask again.
We answer rock star, cowboy or ...

but now, we grown up, they want serious answer.

Well, how about thus?
Who the hell know?

This is the time to make hard and fast decisions.
This is the time to make mistake.
Take the wrong train and stuck somewhere.
Fall in love. A lot!
Major in philosophy because they no way to make carrier all about.
Change your mind and change it again.
Because nothing permanent.
So make any mistake as you can.
That will someday when someone ask we what we gonna be,
we wont have to guess.
We'll know!

Monday, May 24, 2010

So...

Aku tak boleh nak bayangkan kalau berpisah dengan kau, duhai sahabat. Sekadar memandang kau dari kejauhan selama ni pun dah cukup mencengkam hati ni!

Persahabatan adalah lebih kukuh daripada cinta. Sahabat akan kekal hingga ke akhir hayat. Tapi cinta begitu rapuh sifatnya dan belum tentu dapat dipertahankan hatta setelah orang yang bercinta itu menjadi pasangan suami isteri sekalipun.



Jangan sesekali membuka ruang di jiwa untuk berasa sedih atau apa-apa yang negative sekalipun. Ini kerana sebaik sahaj ruang itu dibuka, rasa sedih, malas, tidak berkeyakinan, rendah diri dan segala macam perkara yang negative akan menguasai diri sepanjang malam.

Hidup ini terlalu singkat. Jadi kenapa perjalanan hidup sesingkat ini harus diisi dengan hati yang sedih dan tidak gembira?



Wanita jika mencintai seseorang lelaki, akan setia dengan lelaki itu untuk selama-lamanya. Malah selalu mendengar kisah ibu tunggal yang menolak untuk berkahwin lagi walaupun usia masih muda; walaupun ada lelaki yang mahu menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi jarang kaum lelaki begitu. Malah ramai yang kubur isteri masih merah, sudah menggatal hendak berkahwin lagi atas alas an tidak sanggup untuk hidup dalam kesunyian.



Kenapakah aku berperasaan begitu? Aku tidak membenci kaum Adam. Cuma jiwaku bagaikan telah kosong. Hatiku seperti telah dilarikan oleh seseorang. Entah oleh siapa dan entah dilarikan ke mana!

Sampai bila aku harus mengharungi kehidupan yang sunyi dan membosankan ini? Naluriku meminta untuk diisi dengan cinta seorang lelaki. Tetapi bagaikan ada sesuatu yang sedng menariknya ke belakang; yang membuat aku merasakan bahawa aku tidak memerlukan mereka dalam hidupnya.



Mana ada persahabatan yang cukup akrab antara lelaki dengan perempuan yang tidak berakhir dengan keintiman perasaan. Be realistic! Lelaki dengan perempuan ini umpama cas elektrik negative dan positif yang saling menarik antara satu sama lain.



Kalau sudah mencintai seseorang,cintai dia sepenuhnya. Seperti juga kalau ingin melakukan sesuatu, lakukan sepenuh hati. Kalau tidak, sampai bila pun tidak Berjaya sepenuhnya.



Kadangkala kedewasaan mampu menhapus keceriaan seorang remaja. Kedewasaan memerlukan tanggungjawab. Itulah hakikat kehidupan.Daripada seorang bayi yang tidak tahu apa-apa, kiata akan membesar menjadi seorang kanak-kanak.Ketika itu hidup kita berlalu tanpa perlu memikirkan segala macam masalah. Asalkan perut terisi, segalanya terasa baik-baik dan sempurna belaka. Alam kanak-kanak akan berlalu dengan begitu pantas dan masa remaja pula mengambil alih. Kita masih leka, masih berseronok-seronok dan kadangkala tinggal di alam mimpi kerana semuanya disediakan oleh manusia yang dipanggil papa, mama, ayah ataupun ibu. Dan masa remaja itu juga tidak kekal lama, lalu kedewasaan mengambil alih. Ketika itulah kita diuji dengan sebukit tanggungjawab. Kita perlu mencari nafkah untuk diri sendiri, isteri serta anak-anak. Tiada masa lagi untuk bermimpi.



Bukankah cinta merupakan motivasi terbaik bagi setiap manusia untuk lebih Berjaya dan berkeyakinan menempuh hidup? Cinta adalah terapi yang mencetuskan semangat. Rugilah klalau orang bercinta, hidupnya semakin leweh ataupun berendam air mata. Cukup rugi!



Cemburu memang perlu. Cemburu tandanya sayang. Tetapi membiarkan diri dikuasai oleh rasa cemburu membuatkan seseorang itu tidak mampu hidup dengan tenang.

Thursday, May 20, 2010

It is true?

Kadang2 mulut ini tak pernah seiring dengan kata2 yang terlafaz dalam hati.


At least, aku dapat ber….. dengan ko, aku dapat luangkan masa bersama2 ko, aku dapat lihat ko ketawa, menangis, merajuk, membebel… At least aku dapat hidup bersama2 ko…walaupun untuk seketika

Itu sebenarnya yang aku nak cakap!

Orang yang memandang ke arah bulan dan bintang tanpa orang tersayang di sisi atau dalam hati adalah orang yang paling sunyi di dunia…

Kalau seseorang itu betul2 tahu apa itu cinta, tentu orang itu tahu bahawa tidak semudah itu untuk mengalihkan rasa cinta pada orang lain.

Honestly, I REALLY2 LOVE YOU & MISS YOU.

Tuesday, May 18, 2010

Hati

Hati bukan seperti kereta. Kalau remuk, hantar kedai, perbaiki dan esok lusa kereta tersebut boleh dipandu semula.
Hati ini kalau sudah remuk, susah untuk dibentuk semula. Mengambil masa. Kalau pun pulih bentuknya mungkin sudah tidak sama.

Monday, May 17, 2010

quotes~

There is always the first time for everything. So, do not run! If not, you will never know, what you’re gonna miss.



Tapi adakalanya, lagi bagus kita tidak mencuba sesuatu itu, kalau masanya tidak sesuai. Ia akan membuatkan kita rasa menyesal seumur hidup.

Sunday, May 16, 2010

quotes

PLAYERS WILL ALWAYS BE A PLAYER.. NO MATTER HOW HARD YOU TRY AND WISH FOR A TRUE LOVE.. YOU NVR GET IT.. WHY? BCUZ... YOU NEVER LEARN HOW TO NOT PLAY AND GET SERIOUS AND YES.. YOU NEVER APPRECIATE SOMEONE'S EFFORT... AND EVEN IF SOMEONE DID LOVE YOU? YOU NEVER TRUST IT.. AND YES! YOU WILL THROW IT AWAY.. DAMN YOU ARE ONE PIECE OF EMPTY CAN!