My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)
Showing posts with label Adekjoseph. Show all posts
Showing posts with label Adekjoseph. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

Kena tukar plan

Selamat hari-hari semuanya. Aku pun selamat gak. Syukur masih diberi peluang untuk bernafas sampai ke hari ini. Hari ini aku tak berapa sihat sangat. Dan beberapa hari ini juga aku memandang sepi dan kosong je apa yang ada kat alam maya ni. Tak ada rasa nak berceloteh kat alam maya la. Musim jari jemari aku ni berat sangat kot. Haha.... Musim rajin pun ada tau bukan hanya musim buah-buahan dan musim eheee... :D

Entry kali ni aku nak tukar planning aku la. Ada masalah teknikal sikit. Ingat tak planning aku yang first iaitu waiting for my bro out from pulapol 3/8/2011. Kejap lagi aku nak tukar planning aku kat side bar juga. Kalau nak penerangannya ada kat entry sebelum ni. Anda boleh klik sini.

Kenapa aku nak tukar?

Sebabnya, abang aku sekarang baru je mendarat kat airport Senai, Johor Bharu beb. Abang aku yang baru lepas training asas konstabel tu. Dia dapat posting ke Kota Tinggi, Johor. Baru je habis kursus induksi 30 Julai lepas. Dia tak ada cuti balik Bintulu la. Hmm... sedih sikit. Tak dapat nak lepas rindu dan motif yang utama adalah untuk cekau dia. hahaha... syhhh... diam-diam ye. Jangan bagitahu dia motif utama aku tu.

Hah! Pasal planning pula. Aku nak cuti-cuti Malaysia ke Johor la nanti. Ye la. Lama tak jumpa abang. Ambil peluang sekali la menyelam sambil minum air. Lagipun bila lagi nak jumpa. Nak tunggu abang aku tu cuti balik Bintulu ke? Hmm... tak tau lagi bila dia dapat balik. Aku ni ok je. Aku masih tinggal satu sem je lagi kat UUM ni. Kalau hendak seribu daya, dari utara ke selatan tak ada masalah punya la. Asal ada MONEY kan! Plan ni tak tau bila nak pergi. Nanti la tengok awal-awal semester ni. Awal semester free sikit dan kad ATM pun ada isi juga. Hehe... semua student U maklum tentang hal tersebut.

Ok la. Nak cau. Panas sangat la dunia ni sekarang kan.

P/s : counting the day.
24 & 25 August :)

Sunday, July 10, 2011

Kenapa begini?

Aku baru je lepas nangis sebab orang yang aku sayang buat aku terkilan. Sungguh aku terkilan. Maaf. Introduction yang sangat tidak bagus. Aku tak ada mood tapi aku nak juga luahkan rasa hati yang tak mampu aku nak ungkapkan dengan kata-kata. Inilah gunanya blog aku. Korang yang tak nak baca, boleh out terus dari sini.

Hari-hari aku sentiasa ingin bermesej dan bercakap dengan abang aku. Kadang-kadang sengaja aku hantar mesej walaupun mesej kosong untuk abang aku supaya aku tahu bila dia on handphone dia. Kalau delivered mesej tu maknanya dia on handphone la tu. Sejak akhir-akhir ni abang susah sangat nak call dan mesej aku. Kalau dia call pun, mesti ada je halangan. Sekejap-sekejap dia bercakap dengan kawan. Sekejap-sekejap dia ini, dia itu, dia apa-apa la. Aku nak cakap, nak update, nak apa-apa dengan dia selalu tak sempat. Selalu tergantung. Buat aku tak ada mood je.

Tadi, abang mesej aku. Aku terus suruh abang call aku. Beberapa minit kemudian, dia call aku. Sanggup aku off dvd player tau masa dia call aku tu. Aku tengah tengik movie tadi tu. Aku nak fokus dengan abang, so aku senyapkan keadaan la. Ye la... bukan selalu pun abang call. Ini pun dah seminggu lebih dah abang tak call aku, tak mesej aku. Aku rindu dengan abang. Tengah aku bercakap tu, dia bercakap lagi dengan kawan dia. Aku sabar je... Aku bercakap lagi, dia potong lagi cakap aku. Lepas tu dia minta kau ulang balik apa yang aku cakap tu. Selalu dia macam tu. Last-last, aku dah tak tahan, aku diam je terus, sampaikan dia ingat handphone dia dah off. Aku peduli apa. Kredit dia pun. Bukan kredit aku. Dah tu, talian terputus. Entah la sebab apa. Mungkin abang yang off kan kot sebab fed up aku langsung tak bercakap walaupun berapa kali dia panggil aku adek.

Abang mesej pula.
"Alu la... K la...'
Ayat orang fed up nak layan orang merajuk. Memang abang aku ni tak reti nak pujuk adik dia ni sejak dari azali lagi. Dah orang merajuk, dia buat orang lagi merajuk lepas tu. Aku tak suka perangai dia tu. Then, aku balas.
"Ya la.dapat kol, lalek ngn org.mala jak. dh kol klaka la ngn kta.tok sik. sibuk ngn kwn.g pulasar la apa la.whatever la. pas ya tauk brik alasan spot check. sik tauk kta tok nangis kak nya. suwei."
"K la..sik caya sikpa la..ska la mun abg kantoi ka, apa ka..."
"Bukan suka abg kantoi.mun dh dpt can kol ya boleh sik berik perhatian klaka ngn adik jak.boh lalek ngn org lain.abg buat adik malas mok klaka bila abg buat adik kdk ya.adik klaka ngn abg, dengarla.tok sik.sibuk juak ngn org.ah!whatever la. u make me cry!"
"Sorry la... abg nang sikpat nak temankan adik buat masa 2 minggu ni..harap adik paham,,bukan abg sengaja nak beri alasan.."
"Mana2 la. x pyh lgsg pun x pe"
"Hurm...skati adik la.."
"M.e.m.a.n.g"

Huwaa..... abang... adik rindu abang... Bukan adik nak biadap dengan abang. Adik sayang abang. Tapi abang balik-balik buat adik terkilan. Memang la korang anggap 'hek eleh... benda macam ni pun nak buat gaya macam ni ke?' Hoi... korang tau ke perasaan aku ni hah!!! Kalau korang ada kat tempat aku ni baru korang tau apa aku tau ni. Erkk... sempat gak aku melalut. Adik nak abang juga...

Walaupun aku ada boypren, yang tak pernah nak fed up dengan aku, tapi aku sayang abang aku juga wei. Aku tetap nak busy body dengan abang aku. Aku tetap sayang lebih abang aku dari boypren aku. Sebab dialah segala-galanya bagi aku. Dari aku kecik sampai sekarang, dia je la yang tau cerita aku. Di kala aku apa-apa perasaan pun sampai sekarang itulah abang aku. Abang, adik tak sabar abang keluar pulapol. 2 minggu dari sekarang. Adik akan tunggu.

Pasal berjauhan kami sudah biasa. Tapi pasal tidak boleh dihubungi, kami langsung tak biasa.
Ok... perasaan dah ok. Aku nak sendirian.

Wednesday, July 6, 2011

Ulang tahun si abang

Selamat petang dan selamat hari-hari. Hehe... mood aku tengah baik ni. Blog aku pun dah santek semacam walaupun aku malas nak bagi dia cantek-cantek lagi. Dah la tu. Tak yah nak over-over.

Bila aku tengok balik entry aku yang lepas-lepas, aku rasa aku tertinggal sesuatu la pulak. Tengok entry yang aku buat pada 29 Jun lepas. Memang sah! Aku lupa. Alamak... Sekarang dah 6 Julai. Baru ko nak ingat?

Macam kes besar la pulak kan. Hehehe... Tak ada apa-apa la. Sebenarnya, aku lupa nak taip entry pasal hari kelahiran abang kesayangan aku tu. 29 Jun yang lepas, hari jadi beliau. Tapi kali ni, tak dapat nak merayakan ualng tahun beliau sebab beliau masih lagi di pulapol menjalani latihan polisnya. Bakal polis tu... Yang aku dapat buat pada hari tersebut, tepat jam 12.00 am aku mengucapkan selamat ulang tahun hanya melalui sistem pesanan ringkas. Itupun pending beb... Diorang tak boleh guna handphone kat pulapol tu.


Gambar ulang tahun abang tahun lepas.


Hari tu aku ingat nak beli hadiah untuk dia. Hehe... aku ada hutang satu hadiah untuk dia. Dompet Alain Delon.
Dah berapa lama dia suruh aku cari dompet untuk dia tapi aku yang selalu cakap nanti nanti nanti dan nanti. Aku sekarang pun dah nak habis study dah ni. Kesian kan abang aku. Hahaha.... Bukan dia tak mampu pun nak beli apa yang dia nak beli. Saja je kami adik beradik ni suka suruh menyuruh membeli barang-barang yang berkaitan. Adalah yang dijadikan kenangan masing-masing kan. Ye la... masing-masing duduk jauh. Selain tu suka-suka 'pow' masing-masing dengan main 'DEAL'. Haha... Deal dia terhadap aku, dia dah tunaikan cuti lepas. Dapat jugala aku purse Hilly Nor. Ala... aku pow orang pun aku pow time ada sale ok. Bukan time harga barang tu beratus-ratus. Untuk barang abang pun tak kira baju, beg or whatever yang aku dah beli untuk dia dulu pun aku beli time sale gak. hehehe.. biasalah. Ikut bajet beb.

Untuk hadiah hari jadi dia ni, aku postpone sampai aku masuk semester nanti la. Tunggu elaun masuk. Sekarang ni tengah bercuti kena bajet sikit. Tak ada income dow... Mana nak cuti-cuti Malaysia raya nanti. Hmm...

Erk... merapu je aku dari tadi. Ketara tak ada benda nak dibuat dah ni. Update tentang abang aku pula, dia sekarang masih di pulapol. Dengar-dengar 23 Julai ni diorang habis training tapi ada Kursus Induksi selama seminggu. 3 Ogos diorang keluar dari pulapol. Tak tahu ada cuti ke tidak. Kalau ada cuti tak apa la juga. Dapat juga la aku jumpa dia di Bintulu ni. Rindu la wei... Abang pun rindu adik juga. hehehe... Kalau abang tak ada cuti dan terus posting, hmm... apa boleh buat. Kalau dekat-dekat Sarawak ni juga dia kena post boleh juga la aku merempat tempat dia nanti. Kalau Sabah? hmm... Tengok daerah mana la pulak. Boleh juga jumpa masa raya nanti. Kalau Semenanjung? Boleh la juga nak usha-usha kejap sambil cuti-cuti Malaysia nanti. Hahaha.... macam-macam plan.

Ok la... ni je tentang abang. Sekian terima kasih.

Wednesday, June 22, 2011

Aku bingung dengan diri aku sendiri

Aku tengah ke'konfius'an dengan diri aku ini. Apa sebenarnya yang aku mahu? Apa sebenarnya yang aku tidak mahu? Aku mahu bagaimana sebenarnya? AHHH! Aku bingung! Boleh tak aku cabut fikiran, akal, minda aku ni dari kepala hotak aku supaya aku tak memikirkan satu hape pun. Boleh tak?!? Aku cuba untuk tidak memikirkannya, tapi ia tetap terlintas di fikiran aku.

Apa sebenarnya berlaku ke atas aku? Aku sememangnya tidak ada perasaan untuk membicarakan perkara ini di sini tapi apakan daya. Aku tidak ada sesiapa pun yang memahami aku selain abang. Abang pada masa ini sungguh terhad untuk dihubungi. Hari-hari aku kebanyakannya aku melayan perasaan seorang diri. Tanpa hala tuju. Tak ada semangat langsung untuk melakukan satu apa pun kerja kecuali makan, tidur, mandi, mengadap benda yang berbentuk segi empat tepat ini iaitu laptop dan tv, kuali, periuk, senduk, sudu, untuk aktiviti main masak-masak, melayan binatang peliharaan, berjalan jadi driver. HUH! Sungguh bosan semua aktiviti ini bagiku, Aku akan tidur lena sekiranya abang akan call aku malam-malam sebelum dia tidur. Itupun cuma kadang-kadang je.

Sebenarnya, aku telah melepaskan salah seorang yang aku sayang. Biarlah. Aku memang tak ada perasaan lagi. Sejak aku balik ke Sarawak ni, aku memang langsung tak hiraukan dia. Kalau dulu handphone ni kalau boleh nak je gantung dijadikan buah rantai kat leher ni. Tapi entahlah. Bila aku dah lepaskan, boleh-boleh pula aku rasa lain macam je. Kenapa aku masih ingatkan dia? Mungkin aku dah terlampau sayangkan dia kot. Tak macam perpisahan kami yang dulu sebagaimana senangnya aku, happynya aku berpisah dengan dia. Aku yang minta perpisahan ini. Aku rasa aku tidak layak dengan dia. Cukuplah dia sudah mengenal siapakah Tuhan yang benar bagi dia. Itu adalah matlamat aku dulu kenapa aku menerimanya untuk kali kedua dimana dia sedang dalam pembelajaran pembaptisan. Sekarang terpulang kepada dia. Dia sudah tahu apa itu dosa. Bukan aku mahu lepas tangan terhadapnya tapi perasaan aku tak ada lagi. Oh Tuhan, ampuni hamba-Mu ini. Aku terlalu mudah untuk mengalah.

Aku masih sayangkan dia. Tapi aku tak mahu ada ikatan kasih dengan dia. Malah aku tak mampu untuk ucapkan 'I LOVE YOU' lagi padanya. Maafkan aku. Jika engkau sedar, sudah lama aku tidak mengucapkan ayat itu. Hanya engkau sahaja yang mengucapkannya dan dibalas dengan 'erm...' dari ku. Kenapa sekarang aku boleh emo pulak? Kenapa sekarang? Apa yang aku mahukan? Jawapannya - aku tak tahu.-

Kepada si DIA, jika kita ada jodoh, lambat laun kita akan disatukan jua nanti. Tapi sekiranya memang tiada, aku harap engkau berbahagia bersama si dia. Biarlah kenangan-kenangan manis antara kita dahulu menjadi sejarah cinta kita. Maafkan aku sekali lagi.

Mungkinkah semua ini disebabkan seseorang? Jawapan aku mungkin. Mungkin aku rapat dengan dia dahulu disebabkan aku sunyi tanpa seseorang dan aku memperalatkan si dia dan hari-hari aku tidak sunyi dengan kehadiran dia. Sekali lagi, maafkan aku. Sekarang aku sedar dengan kesilapan aku.

Hari-hari aku sekarang hanya menantikan sms atau panggilan dari seorang insan yang aku sayang. Adakah aku masih mengharapkan lagi hubungan yang telah tersedia terjalin ini nanti akan terjadi satu keajaiban dimana status perhubungan sekarang akan bertukar kepada hubungan yang aku harapkan? Aku tak tahu. Aku betul-betul tak tahu. Setiap kali ada kesempatan kami untuk bermesej dan berkoling, setiap kali perkataan 'miss you' tidak pernah tinggal.

AH! MUSTAHIL. Di mulut kami masing-masing memperingati bahawa 'kita' tak akan lebih dari itu. Tapi di jauh di sudut hati betulkah satu detik perasaan pun tak ada untuk diri masing-masing? Sekali lagi aku tensen! Aku bingung dengan perasaan aku sendiri. Kalau anda perasan, di blog ini, aku melebihkan seseorang daripada 'boyfriend' aku sendiri. Padahal, apa pun cerita aku dengan 'boyfriend' aku, aku hanya biarkan macam angin lalu je.

Aku tak mampu untuk meneruskan aktiviti menaip ini lagi. MAAFKAN AKU!

Saturday, June 11, 2011

Berhenti sekejap

Selamat pagi dan selamat hari-hari.
Ni sebenarnya aku tengah sibuk tapi tetap juga la nak ngadap muka empat segi laptop ni. Aku teringin nak ber'blog' ni sebab aku tetiber je klik punya klik album-album gambar kat facebook tu untuk cari gambar aku yang paling kiut tup tup buka album gambar birthday abang yang last year. Hmmm..


Secara automatik aku check tarikh hari ini. Baru 11haribulan Jun. Cepatnye masa berlalu. Tak lama lagi birthday abang lagi. Tapi mesti tak dapat nak celebrate sama-sama sebab abang pula yang belum keluar dari pulapor. Huwaaa... Miss my brother..


Eyh eyh... nak reveal satu benda. Malam tadi abang mesej entah hape-hape. Aku pun marah la abang. 'Abang, mun sik da benda mok dimesej bagus abang off hp dan tdo sekarang.'
'Hehehe... ok la dik.'
'Kenak, abang rindu adik ek?'
'Ye la. Lama tak jumpa.'
Huwa huwa huwa.... apa la abang ni kan. Nak juga tersirat tersurat apa ke benda. Kalau rindu sakap la.... tehihihi...

Wednesday, June 8, 2011

Bukan cinta monyet punya pasal

Selamat ber'blog'ging kembali diucapkan kepada aku. Hehehehe... bosan tahap gaban ni wei. Hari-hari ber'jalan' pun boleh bosan gak. Apa yang tak bosan di dunia ni ha???
Aku baru je habis baca novel yang aku beli hari Isnin hari tu. Kedua-dua novel yang aku beli ni memang tip top la. Boleh-boleh time makan pun baca tau. Yang paling berkesan di dalam sanubari, ke lubuk hati, jantung, usus-usus perut aku ni pula novel yang satu ni. Aku promote la kat korang yang baca entry ni supaya beli la novel kita hasil tulisan orang Malaysia. Jadilah rakyat Malaysia yang suka membeli barangan buatan Malaysia. Wei ape da aku ni melalut sampai berkempen ni. Dah cukup!


Ni ha novel yang aku suka tu. Aku beli hari tu kat Popular Parkcity Mall main grab je sebab nak cepat. Ape tak nye orang tunggu aku kat kereta sebab tak ada parking punya pasal. Aku ambik buku ni pun sebab cover dia kiut. Tehihihi... tak pasal-pasal gambar patung monyet yang kiut tu pun salah satu cara promosi gak kan.
Nak juga cerita serba sedikit kenapa novel ni 'berkesan' sangat kat aku. Jalan cerita dia sama banyak tapi lain sikit je dibandingkan dengan kisah hidup aku sekarang. Cuma ending kehidupan aku, aku belum lagi tahu. Sedangkan kat novel ni semestinya novel dia happy ending dan di realiti, aku pun berharap akan sama ending yang serupa dengan novel ini.
Kisahnya menceritakan tentang Nurul Suhana yang hanya mempunyai uminya sahaja menjalani kehidupan setelah ayanhnya dan abangnya telah tiada. Setelah ketiadaan abangnya, muncul Kamal Ilham yang tidak semena-mena menjadi abang angkatnya dikala Hana ketandusan kasih sayang, dan keluarganya hilang tempat bergantung harap. Setiap hari setiap masa hubungan Hana dan Ilham cukup rapat. Setelah itu, Ilham terpaksa meneruskan pengajiannya ke UK dan meninggalkan Hana dan umi selama lapan tahun. Walaupun pada mulanya Hana menunjukkan protes dan tidak ingin Ilham pergi ke UK, tetapi Ilham berjanji supaya menghubungi Hana setiap hari tidak kira melalui emel atau telefon.
Selepas lapan tahun, dan Hana ingin menghadapi peperiksaan SPM, Ilham kembali ke Malaysia. Dari situ bermulalah cerita yang serius. Konflik perasaan peribadi timbul. Ilham tahu perasaan Hana terhadapnya tetapi Ilham menganggap Hana seperti adik kandungnya. Umi Hana juga mengetahui perasaan Hana tersebut. Ilham bertunang dengan Annetalia, kekasihnya yang sama-sama belajar di UK. Sejak itu, Hana bersikap dingin dnegan Ilham. Dikala Hana dilanda perasaan sebegitu, hadir seorang insan Alvin sepupu Ilham. Alvin berjaya mengubah suasana kehidupan Hana menjadi ceria semula. Dari situ, Hana dan Ilham masing-masing keliru dengan perasaan masing-masing.
< Aku skip yang bla bla bla punya part. Kalau nak tau korang beli baca sendiri k.> 
Dan akhirnya, abang angkat kononnya telah menjadi suami kepada Hana. Tada.... habis....

Bila aku baca ni, tak pasal-pasal aku emo semacam. Huhu... aku rindu kat abang aku. Tak terasa pula menitis air mata.
Huwaa..... Nak abang.... < sambil hentak-hentak kaki>

Tuesday, February 22, 2011

Senyum sampai ke telinga

Im smiling! Like picture below. hehe...



Tau tak semalam aku macam orang gila bercakap sorang diri apabila aku teringatkan seseorang yang sangat-sangat aku rindu. Siapa lagi yang aku rindu kalau bukan abang. Si dia? Hehe... si dia setiap hari aku katakan aku rindu juga. Setiap hari juga dia buat aku tersenyum bahagia. Tetapi dengan abang sekarang aku tidak selalu senyum. Aku selalu teringat, tengok gambar abang kat handphone, mengharap malam-malam abang akan call aku dan akhirnya hari aku berlalu sebegitu sahaja. Tika aku bersendirian, tidak tahu nak buat apa, aku selalu teringin sangat nak dengar suara abang seperti yang selalu aku buat dulu-dulu. Dan hari semalam, aku betul-betul inginkan hal yang sebegitu. Aku sedar, aku tak boleh mengharapkan sangat. Yang mampu aku rancang, nanti bila abang ada call aku, aku nak tanya bila abang free. Apa abang buat hari-hari. Yang paling penting, aku nak buat DEAL. Nak suruh dia call aku kalau boleh sekali seminggu.

Hari ini seperti biasa, aku menantikan penantian yang tidak pasti lagi seperti hari-hari sebelum ini. Rutin ku setiap petang akan mandi awal antara pukul 6 hingga 7 waktu dimana si dia main bola dan si dia tidak contact aku pada waktu-waktu sebegitu. Lepas tu aku akan duduk di meja belajar sambil menyiapkan segala kerja sambil tunggu si dia mesej bagitau bahawa dia sudah balik rumah. Sambil bermesej, sambil itu aku balik-balik tengok jam. Kadang-kadang aku terleka online dan buat kerja sampai tidak sedar malam sudah larut.

Untuk malam ini, handphone ku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Apabila ku lihat nombor yang tertera, aku tersenyum dan cepat-cepat ambil nafas panjang sebelum memulakan perbualan. Aku tekan butang terima panggilan dan " ABANG!!!!! " Hehehe.... Apa lagi. Aku terus teringat rancanganku yang kelmarin dan semuanya telah di bagitau, ditanya dan telah di 'deal' kan. Yeay!!! In less ten minutes im done talk with my brother. Hmm.. aku tetap tak puas tapi aku boleh tersenyum sampai ke telinga.

Ok... dats my story today. Dah... aku tak tau nak taip apa dah. IM HAPPY!!!
Aku tunggu 1 minggu lagi untuk dengar suara abang sekali lagi.
Berbahagialah anda selagi anda boleh bahagia.

Saturday, February 19, 2011

In a one call



Cuti....
Setiap kali cuti memang aku ternanti-nantikan sesuatu. Tetapi bila cuti itu berakhir dengan sia-sia, aku hampa di akhir hari. Hujung minggu juga aku begitu. Cuti Tahun Baru Cina aku hampa. Tunggu lagi cuti Awal Muharram. Setiap kali cuti, masa aku memang terisi dengan macam-macam aktiviti. Sampaikan aku rasakan aku langsung tak berkesempatan untuk cuti. Haish!!! Ok cool down babe! Cuti Awal Muharram hari tu aku ada aktiviti dengan FES. Apa lagi jadi mak supir la aku.

Back to the topic. Pada malam hari nya, aku bersiap-siap untuk mengambil salah seorang rakanku di Changlun yang menghantar van yang kami guna pada siang harinya. 8.30pm. Aku ingin masuk ke kereta ku, tiba-tiba telefonku berbunyi. 012? Siapa pula yang punya nombor ni? Helo? Adik... Huwaaa.................. ABANG!!!! Hehehehe.... Syukur kat tempat aku tu gelap. Kalau tak mesti orang ingat aku gila sebab aku terlompat-lompat. Dan aku tiba-tiba tak tau nak cakap apa dengan abang. Abang je yang pot pet pot pet tapi tak dapat lama sebab abang guna public phone. Hmmm... nasibla. Tapi yang penting abang ada bagitau yang dia miss adik dia ni.. hehe... aku pun cerita yang aku ada nangis teringatkannya masa aku sakit hari tu. Miss u bang. Really!

Dan pada tengah malam itu, air mataku tumpah sekali lagi ditemani si dia.

Thursday, February 10, 2011

Aku rindu

Selepas berehat dua hari sesudah berakhirnya bengkel, aku ada program Cell Group pula. Rakan-rakan membuat plan untuk outing. Jalan-jalan sekitar Kedah. Dan kami berjaya melaksanakan program tersebut walaupun aku merasa tersangat penat, ada marah, ada sedih, ada kecewa, ada duka, ada suka. Perasaan untuk satu hari itu bercampur aduk. Aku tidak ada hati nak cerita panjang pasal outing tu kat sini. Lain kali kalau cukup seru, aku share la ye.

Semalam seluruh tubuh badan aku lemah. Aku hanya mampu tidur satu hari. Tiba-tiba satu ketika itu aku teringatkan abang. Aku ingatkan aku sendiri. Aku tak boleh ingat abang buat masa ini sebab abang tak dapat dikontek. Abang dah isolated. Dia ada tapi rasa dia dah tak de. Hmm.... Tempat aku sekarang hanya si dia sahaja. Dan di masa aku tersangat-sanagt lemah perasaan aku, aku dah tak tahan lagi. Aku mengadu dengan si dia bahawa aku tersangat rindu akan abang sampai aku dah tak dapat tahan air mata ku gugur. Ah... aku langsung tak hiraukan perasaan si dia. Tapi masa itu aku tak boleh control perasaan aku sendiri. Aku betul-betul rindu akan suara abang. Kalau di masa dulu, masa aku tengah lemah, tengah sakit, tengah down macam ni in one call to abang, Im fine already.Abang adalah ubat aku. Tapi sekarang????Huwaaaaaaaaaaa................ adik benci abang. Adik x suka abang gik. Abang sik sayang adik. Abang polah adik sakit. Abang polah adik nangis. Abang jaik!!!

Aku tidur pun mimpi abang. Sampai aku dah tak sanggup untuk melihat gambar abang gik. Abang... dengarlah suara hati adik ni. Adik rindu sangat-sangat kat abang. Call la adik. Kejap pun jadi la. Hmm.... Lamanya 6 bulan lagi....

Kepada si dia.
Maaf atas sikap ku malam tadi. Bukan keinginanku untuk aku berperasaan seperti itu. Aku sendiri tidak mahu merasa, tidak mahu mengalirkan air mata, tidak mahu untuk membuatkan anda risau. Maaf sekali lagi. Walaupun anda seperti tidak kisah bila aku mengungkit petrihal abang, tetapi aku tahu isi hatimu bagaimana. Sudah semsetinya anda cemburu. Anda sudah berisaha untuk menjadi 'ubat'ku sebagai ganti 'ubat'ku yang sudah tiada. Aku bahagia bersama anda sekarang. Tapi biarlah ada tahu bahawa di kala ada bahagia, ada juga kesedihan menyelit. Anda bersama aku tidak semestinya sepanjang masa akan bahagia. Bagaimana anda mengatasi tika saat aku down, sakit, sedih itu terpulang kepada anda sendiri dan tolong jangan ikut bagaimana cara abang handle aku bila situasi tersebut terjadi. Tolong jangan membandingkan anda dengan abang. Semestinya ada berdua adalah manusia yang berbeza. Maaf sekali lagi. Saya sayang awak!

Monday, February 7, 2011

Permulaan cuti

Hallo!
Hmmm... dah tak tau nak intro macamana dah. Aku dalam cuti-cuti mood. Cuti aku  bermula 3/2 sampai 11/2. Seminggu lebih juga la. Kerja-kerja aku memang berlambak terutamanya case study. Huh!!! Malasnye nak baca-baca, nak summary summary ni. Cuba la assignment yang lecturer bagi tu isi tempat kosong ke, jawab abc ke, 1+1 ke, dah lama dah aku siapkan. Banyaklah engkau Romy, ingat ko sekarang ni kat tadika ke?
Untuk cuti ni, cuti je aku ada pelayanan besar menanti. Aku ada kem yang ditukar konsep ke bengkel sebab penyesuaian lokasinye. Kem Keluarga Gereja Full Gospel Changlun yang diadakan 3-5/2 di Gereja Full Gospel Church. Gambar-gambar nanti aku upload ok. Semua kat kawan-kawan pula. Pelayanan untuk kem ini sungguh berat. Jangan hanya tengok posisi pelayanan sahaja. Walaupun korang ingat satu-satu posisi tersebut kadang-kadang sangat senang sangat nak buat tapi jangan kamu hanya andaikan sebegitu jika kamu tidak mengalami sendiri.

Aku jadi transporter untuk sepanjang kem. Bermula mengangkut peserta dari UUM ke FGC sebanyak 6 trip. Mengambil makanan di pasar Changlun. Jadi driver pastor. Aku tidak mahu merungut walaupun tersangatlah penat sebab ini sudah pelayanan yang aku sendiri sanggup buat. Ini semua untuk Tuhan.

Kem kali ini sungguh memberkati. Tapi aku ada sedikit tidak enak sebab aku tak dapat involve at the whole camp. Tapi syukur roomate aku ada record sepanjang sesi yang diadakan. Thanks God! Terima kasih sebab Engkau sudah mengutus anak-Mu Pastor Joe untuk menjadikan kamu orang baru. Sangat diberkati.

Sepanjang terlibat dalam pelayanan, aku perasan bila adanya pelayanan besar yang melibatkan seseorang individu tersebut, pada masa itulah sang iblis bekerja keras untuk menjatuhkan anak Tuhan. Terjadi kepada aku sendiri juga tetapi tidaklah terlalu serius. Aku cepat-cepat sedarkan diri bahawa aku tak boleh leka. Kebanyakan kami AJK Pelaksana juga merasakan diri mereka masing-masing ada ancaman dari sang iblis. Jadi berjaga-jagalah! Jangan lupa minta perlindungan.

Aku sedang menanti panggilan dari Kuching. Sangat rindu abang.
Rutin harian ku cuti, pukul 8 terbangun sebab ada orang bangunkan tetapi aku akan bangun dari katil beberapa jam selepas itu. Dan hari dimulakan dengan itu ini sambil menunggu jarum jam menunjukkan pukul 5. Selepas pukul 5, kena tunggu jarum jam menunjukkan 7.30 petang ke atas. Menunggu mesej dari seseorang.
Masalah akan sentiasa datang cuma dari kita sendiri sahaja bagaimana kita handle masalah tersebut. Jangan terlalu murah menggugurkan air matamu.
:)

Tuesday, February 1, 2011

I'll be missing you



Im in missing mood. Huwaaa.... I really miss my lovely brother and si dia. Damn!!! How can I ignore this feeling? I'll try.

Pabila aku teringat akan abang.
Dah 5 hari abang dah masuk pulapor. Hari Ahad semalam aku tertunggu-tunggu abang call aku. Tapi hampa setelah jam menunjukkan pukul 12 tengah malam masuk hari Isnin. Really miss abang. Terasa sangat dah tak de abang, dah tak de tempat nak bermanja, tak de tempat mengadu sakit, tak de sewaktu dengannya. Sekarang ni aku aim cuti Tahun Baru Cina ni. Mesti abang akan dapat handphone dia balik atau at least dia guna public phone la. Kalau tak de pulak dia call, pasrah je la. Hmmm....

Pabila ku teringat akan si dia.
Ya. Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku tak comfirm dengan si dia. Hanya status dalam fikiran je bertukar tapi dalam kenyataan aku langsung tak bersedia. Tapi, bila satu part yang membuatkan aku terasa lemah sangat-sangat. Aku dan si dia untuk membuat deal. Kalau dia dapat lakukan satu hal tersebut (hal itu aku tak dapat nak expose di sini) aku kena bagi apa yang dia nak. Kalau dia gagal, dia kena bagi apa yang aku nak. Dan dia betul-betul berjaya lakukan hal tersebut. Im so suprised. And aku kena tunaikan deal kami berdua itu. Setelah aku tunaikan janji si dia, aku tanya pada si dia apa yang aku dapat kalau aku tunaikan apa yang dia minta. Takkan dia sorang je dapat yang something good kan. Si dia berkata yang dia akan **** (private. hehehe) Statement si dia membuatkan aku rasa lemah yang pada masa itu aku tengah on call di kedai buku POPULAR.

Owh tidak.... Betulkah dia mahu begitu? Betulkah? Sahkah? True kah? Berapa kali aku tanyakan sebegitu kepada si dia untuk meyakinkan diri sendiri yang si dia betul-betul mahu sebegitu. Sempat juga aku berfikir adakah si dia betul-betul sudah berubah? Berjayakah aku membuatkan dia berubah? Aku sendiri katakan kepada si dia, sekarang keyakinan ku kepada si dia tidak 100% tapi jika betul-betul kotakan apa yang dia sendiri deal kan antara aku dan si dia, memang keyakinan aku akan naik terus ke 99.999999%. Sangat besar deal yang dia buat pada aku itu. Kita tunggu dan lihat dan semoga hubungan yang ini akan berkekalan dan tiada lagi cobaan, halangan, rontangan, ujian yang menghancurkan hubungan kita berdua lagi. Sama-samalah kita berubah menuju ke arah kebaikan. Ingat, minta perlindungan dari Tuhan untuk terus sertai dalam perhubungan kita. God bless us...

Friday, January 28, 2011

Bahagia?

Shalom...
Aku tengah good in mood ni. Bahagia je rasa. Hahahha... Kenapa aku berperasaan begini pada saat ini? Sebab ada sebab lah woi... Oppss... ok ok. Nak cite la ni...

Tadi, aku sangat-sangat la penat. Tapi bila aku bercontact dengan orang yang tersayang, tenaga luar biasa datang. Saya tak minum tongkat ali ok! Entah la... Ini hanya perasaan sahaja atau apa aku pun tak tahu. Tapi aku layan juga la perasaan bahagia aku ini. Hehehe... Siapa tak nak rasa bahagia beb? Kalau ada siapa-siapa tak nak rasa bahagia, memangla orang itu orang yang pelik bin ajaib.

Dijadikan cerita, semalam abang aku sampai di Kuching untuk melapor diri untuk latihan jawatan konstabel polis. Jadi memang sudah dijangkakan, kalau masuk je ke pulapor tu, handphone pegawai akan ambil dan kepala diorang semua akan dibotakkan. Try juga la mesej abang pukul 4 semalam tapi fail. Hmm... Malam abang dalam perjalanan ke Kuching tu, kebetulan aku tengah dalam jiwa kacau. As usual aku akan cari abang terus la. Siapa lagi la yang boleh aku cari kat dunia ni. Pada masa itu juga, aku bertanya kepada abang. "Abang, macam mana la adik 6 bulan ni nanti?" "Ala dik, 6 bulan je pun. Lepas 6 bulan, abang keluar juga nanti." "Itu 6 bulan bang. Macam mana la kalau adik ada problem dalam masa 6 bulan tu? Kalau adik sakit siapa la dengan adik?" Huhu... betul-betul rasa kehilangan beb. Ye la... selama ni even hilang sekejap, timbul sekejap, bergaduh sekejap, abang kerja, aku ni sibuk dengan kehidupan study tu, biasa je pun. Tak de rasa apa-apa sebab dulu confident kan ada handphone. Tapi sekarang situasinya lain. Tak de alat perhubungan langsung.

Tadi, tengah rileks-rileks, duduk makan sambil 'berkaseh sayang', tiba-tiba ada incoming call. Nombor dia 082. Hmm... terdetik sejenak, siapa la call aku dari Kuching ni? Hmm.. jawab je la. Mana tau saudara-mara ke kat Kuching tu. Then, aku Hello! there, Hello again. erm... terus jerit "ABANG!!!!!" Abang terus ketawa. Hhahahah.... Hish... syukur je la aku kat bilik. Kalau kat luar tadi mesti orang ingat aku gila. Heee.... aku happy tapi tak sampai gugur air mata k. Aku terloncat-loncat sedikit sahajala sebab aku ingat abang cakap hari tu, " Adik tunggu jak abang call adik. Kalau adik dapat tau abang contact adik mesti abang akan melompat-lompat punya macam lompat katak." Hish... adik tak lompat katak tau masa abang call tadi.

Abang call aku guna public phone. Itu pun kejap. Guna cara tradisional katakan. Hanya berbekalkan duit syiling. Tak lupa untuk katakan "Miss you, abang." Abang pun cakap "Miss you too." Huwaa....

Rasa puas tau kalau kita dah bayangkan begini begini tapi tiba-tiba perkara tak terjangka berlaku. Mana tak rasa excited and happy. Huhu... Really miss abang.... Ini baru je sehari. Belum lagi hari-hari 6 bulan yang akan datang. Hmmm....
Anda bayangkan lelaki hensem kat gambar ni dibotakkan. Huhu... aku tak boleh bayang la. Haha "Mun ada handphone tek dapat tangkap gambar eyh. Nangga kedak ney rupa palak dah botak. Hahahahah...." Abang hanya mampu ketawa dan "Eleh.... "

P/s: He is just my lovely brother and now I have somebody that fall in love too.

Tuesday, January 18, 2011

Keinginanku?

Aku sedang keliru dengan perasaan aku sendiri. Aku tak tahu aku nak apa? Aku nak apa sebenarnya? Wahai hati, apakah yang anda mahukan? Penat otak ku berfikir. Sebelum ini aku menjanjikan bahagia pada diri aku sendiri. Tapi sekarang, aku tak tahu sama ada aku boleh mengatakan bahawa aku bahagia atau aku hanya menipu diri aku sendiri.

Maaf blog. Aku langsung tak ada mood untuk update selama ini. Sejak aku balik ke UUM, bermulanya kehidupan aku di UUM ini, aku terlalu sibuk. Dan hari ini, aku bercadang untuk merilekskan diri aku.

Tidurku didatangi mimpi yang pelik. Aku terbangun, aku masih kuat ingatanku terhadap mimpiku itu. Puas aku membuat tafsiran. Kebetulan abang mesej aku seperti biasa ucapkan 'Good morning.' Dan aku terus menceritakan mimpi yang watak utamanya adalah abang sendiri.

Mimpiku.
Yang paling part aku ingat, aku berlari-lari di satu kawasan pasar kalau tak silap tempat tu di Park City, Bintulu. Aku tak tahu kenapa aku main lari-lari tetapi aku dalam keadaan yang betul-betul kesedihan. Abang mengejarku dari belakang. Sudah puas aku berlari, aku kepenatan dan abang mendapatkan aku lalu memelukku. Yang paling best, tiba-tiba je mak bapak aku ada di situ. Mereka berdua sedih melihat aku sedang kesedihan dipeluk oleh abang lalu mak pun bagitau 'Umi, d ngau ya la. Ya janji ya akan berubah. Ya janji nda nginsap gik, nda main-main gik, ya sayau ke dik.' Kira macam tu la kata-kata mak aku. Aku tak berapa nak dengar sebab masa tu sedang menangis.

Kata abang, mimpi aku ni seram semacam. Entahla bang. Adik tak tau.

Dan terjadilah kisah yang membuatkan aku terkedu dan terus teringat tentang mimpiku ini. Aku belum bersedia untuk share apa yang berlaku. Aku pun bagitau kepada abang, aku tahu apa maksud mimpiku itu. Apa pun terjadi, adik tetap dengan abang. Adik tak dapat dengan orang lain.

Dan conclusion abang, abang tak kata apa-apa tentang apa yang aku katakan tadi. Abang cuma kata "Masa depan kita sik tauk nak...so... redah jak la...klak tauk la jawapan terhadap soalan yang kita tanyakan." "

Adik rindu abang sangat-sangat. Adik mok abang knek tok. Adik sik tauk mok polah apa. Adik cuma tauk yang adik ada abang jak. Adik sik tauk mok padah ngan abang kedak ney. Adik mok padah mesti abang akan padah benda yang sama. Bila abang tanya adik abang patut polah apa dengan adik, adik sik tauk. Yang adik tauk adik mok abang jak.

P/s : To tears, please dont drop down!

Wednesday, January 12, 2011

In memory again



Salam sekali lagi. Tadi aku buka dashboard blog ni, ramai rakan-rakan blogger yang memasukkan entry mereka sempena 11.1.11. Aku baca je la. Dan dalam otak aku, aku hanya fokus untuk nak taip entry pasal memori daun pisang aku semalam. Hahhaha... dan tanpa aku sedar, masa aku nak taip entry ni, aku tersedar yang semalam adalah 11.1.11. Alamak.... aku nak buat tajuk sempena 11.1.11 juga ke ni???

Ah... Tak kisahlah. Yang penting, otak aku, minda aku, hati aku lega bila aku dah luahkan dalam entry ini. Perasaan ku membuak-buak, hatiku meronta-ronta menyuruh jari jemari ku ini menari di atas keyboard lap untuk menaip entry ini.

Ok. Im start the entry.

Tanpa sedar, aku sekarang dah menjejakkan kaki di LCCT sekali lagi dan tanpa sedar sekali lagi aku meninggalkan segala-galanya di Sarawak. Aku tak boleh nak kata aku hanya tinggalkan Bintulu sahaja sebab aku ni banyak tempat yang perlu ditinggal sebab aku bukanlah sekadar anak mak bapak aku sorang jer...

Dijadikan cerita, pada hari minggu lepas, bangun je aku dari tidur terus terfikir ha... aku dapat jalan malam ni. Aku pun tanpa berfikir panjang ambil handphone terus taip mesej "Abang, petang lak balit awal k. Dating ta 2." Abang pun no respond juga masa tu. Selalunya dia akan reply. Aku biarkan je la. Setibanya bapak aku dari pasar, aku terus tanya dia, "Pak, bisi jalai malam to." " Kini d? Eyh... nda tau bejalai malam to. Berserara bungai kita." Huwaa.... cekewanya hatiku. Aku hanya mampu pasrah dengan keadaan. Maksud bapa aku tadi, kami mengingati hari mendiang nenek ku telah dikuburkan tiga hari. Kira macam tu la. Aku pun tak tentu mengerti pak.

Petangnya, tengah aku online sambil menunggu kedatangan saudara maraku. Abang tiba-tiba mesej. "Adik fetch abang ka kelak?" Aku terus erk... nak jawab apa ha? Apa lagi terus call la. Cerita punya cerita, aku bagi dia idea untuk suruh dia minta cuti sehari pada hari Selasa sebab hari Rabu, aku fly. Bincang itu, bincang ini, aku dah tak tahan lagi, last-last banyak sangat halangan yang difikirkan kununnya, aku off handphone. Marah and majuk ngan abang. Ya... aku betul-betul kecewa dengan abang masa tu. Ye la. Dah la jarang jumpa. Lebih-lebih bila abang dah kerja ni. Lagi-lagi pula, abang pun nak cau dari Bintulu untuk training jadi polis 26 Januari ni. Terfikir macam mana la kalau lepas ni aku dah tak dapat jumpa abang lagi. Hmmm... aku memang tak dapat tanpa abang.

Cerita hari minggu tersebut terhenti sebegitu sahaja. Sampailah pagi semalam.
Aku dibangunkan orang pada pukul 6.30 pagi. Aku tersangat-sangatlah malas untuk bangun sebab aku sakit selesema. Kerja aku awal bangun pagi tu sebab bapa suruh temankan dia pergi poliklinik untuk check mata dia. Punya la lama nak kena tunggu. Heee... doktor tu tak mengerti perasaan orang yang menunggu lama ke. Tengah aku duduk-duduk melihat pelbagai gelagat yang ada di depan mataku itu, abang mesej "Adik dapat lewat balit ka?" "Mksd" Bla bla bla... mesej seterusnya malas la nak taip. Kesimpulan mesej, abang bagitau bahawa dia balik kerja pukul 1 lepas tu dia dapat keluar dengan aku. Hoyeah hoyeah....

Disebabkan lama tunggu doktor nak datang kerja tadi, sakit aku makin menggila-gila. Bukan aku yang jadi gila ok! Lebih pukul 9.30 baru lah bapak aku selesai. Balik je ke kereta, satu tayar pulak la kurang angin. Pancit. Kena pergi bengkel tukar tiub. Lepas tu pergi Sesco bayar bil elektrik. Lepas tu pergi bank pula, bank in duit, bayar apa yang sepatutnya. Huwaa.... dah selesai urusan di pasar, singgah kejap kat rumah uncle. Dekat pukul 1 petang barulah sampai di rumah dengan selamatnya. Kepala toksah cakap la beratnya berapa kilo.; Hingus meleleh-leleh. Haduh2... sengsara beb.

Ingatkan nak tidur kejap sementara abang on the way ke rumah aku. Tapi... biasalah. Kalau aku nak dating dengan abang memang kompem dup dap dup dap jantungku yang amat deras sekali sampai aku boleh kena sakit demam panas kadang-kadang sejuk semacam. Erkk... ada ke penyakit macam tu? Ada la. Aku selalu kena. Hahahhaa...

Tidurku tak keruan. Last-last aku tunggu abang sambil baring kat ruang tamu menonton tv. Pukul 2 abang sampai. Dia tengok la betapa serabutnya aku. Heh... ada aku kisah rupa aku. I be myself la wei... Then, sesudah aku hidangkan minuman kepada si dia, aku pun memandikan diri untuk menyegarkan diri. Hehehe... Setelah selesai segalanya, kami berdua pun berdua-duaan. Eceh... yo la tu. On the way turun pasar tu, kami dua senyap je. Aku masih dalam mood sakit. Stesen pertama kami berdua adalah RTM Bintulu untuk kirimkan surat di sana.Lepas tu merayau-rayau kejap di City point dan Li Hua Plaza. Tak ada apa pun kat sana. Saja merenggangkan kaki yang memang malas nak jalan ni. 

Lepas tu, abang ajak pergi Mall. Ok fine! I agree with that opinion. hehe... terus terbayang Sushi King. Perut pun apa lagi. Berkeroncong la mereka-mereka yang ada di dalam itu. Aku bagitau abang, "Adik lapar...." "Lapar nak makan la tu." "Sushi King k.... hehehehe" "Ok." I like!!! 

Nyam nyam nyam... cedappp....


Kesan jenayah yang ditinggalkan...


Sampai di Mall, pergi bergambar dahulu. Abang nak ambik gamba untuk renew lesen dia. Then, kita serbu Sushi King. Apa lagi, bedal 9 plate sekali beb. Syukur ada diskaun 20% untuk weekdays. Diskaun-diskaun pun lebih RM40 juga la habis di situ. Aku tak kisah. Janji perut aku kenyang, aku suka hati sebab bukan aku yang bayar. Muahahahhaha....  


Lepas tu, aku terus ajak abang masuk The Bay. Masuk-masuk je ingatkan nak tengok kasut. Tiba-tiba pulak la mata aku terus melekat pada benda yang sememangnya aku idam-idamkan dari bulan 6 tahun lepas. Purse Hilly Nor is there!!!! Huwaaaaaaa........... Aku terus pandang abang. "Abang..........'" Start la aksi bodek membodek. Hehhehe... Abang macam senang je berkata YA semalam. Aku makin suka la. Hehehe... kalau korang tengok aksi aku semalam, memang korang pun kerut dahi tengok macam sales girl yang semalam tu juga. Abang cakap, nanti kita ambil, kita ambil duit dulu k. Ok ok... Janji abang jangan pulak pura-pura lupa sudah. Bila aku tengok purse tu kan, aku tak kira berapa duit yang aku ada masa tu. Yang aku tau, aku nak beli juga padahal duit dalam purse aku masa tu tak sampai RM50. Bila abang tanya, " Adik mauk ya kah?" "Aok." "Bha... belilah." Itu yang aku pandang abang tu. Barulah aku check harga purse tu. Harga dia RM86 dan ada diskaun 50% jadi RM43. Masa aku tengok kat Parkson Kuching dulu, harga lebih RM200. Bila dah lepas sale pun harga dia masa tu RM100++. Kalau abang tak menyanggupkan diri nak beli untuk aku pun, aku akan beli guna duit aku sendiri. Tapi maybe abang tak nak 'berhutang' dengan aku lagi tu dia terus nak belikan tu.Korang ingat entry B.A.L.I.K R.U.M.A.H ;) untuk mengetahui cerita di sebalik tabir ini.

Aku tersangat gembira!!!! Yeppiiii.... Aku dapat purse HN. Mula la aku mengucapkan kata-kata sayang aku kepada abang yang memang aku sayang itu. Hehehe... Cayang abang.....!!!!
My purse.... "Abang, adik terus guna tadi. hehehe..."

Lepas tu, Dah senang hati keluar dari Mall, aku ajak abang pergi Waterfront tapi hujan. Ala... tak best la.

Kami dua pergi Farley. Kat Farley, kakak abang suruh beli sayur untuk lauk malam tu. Terpaksa la beli sayur kat Sing Kwang dan balik ke rumah abang. Turun balik pergi MDS lepas tu lepak di Kopitiam.

Di kedai makan pun nak bergambar.
Tu pun aku control-control beb... ahhaha....dah orang rajin snap snap



Dah jenuh melihat orang, lepak di Waterfront alang-alang hujan dah berhenti. Di sana terungkai segala-galanya. Pukul 11 malam kami berdua balik. Banyak lagi yang mahu kami kongsikan tapi masa sangat-sangat cemburu. Hmmm.... emo la pulak tiba-tiba. Ok la. Aku stop typing dulu. Rindu ngan orang tersayang tiba-tiba. :(
Adik akan ingat hari marik bang. Sik tauk gik mun dah tok kita dapat jumpa. Abang pun akan cau dari Bintulu. Mun sama-sama ta dua cuti masa yang sama pun sik tauk kita berkesempatan untuk jumpa atau sik. Hope our relationship still and still..... longer and be more closer. Sayang abang. Terima kasih untuk Sushi King, terima kasih untuk HN purse. Adik happy sangat. Lak adik beli untuk abang wallet nok marik ya k. Hehehe... Love you... opsss... seseorang itu kalau baca jangan jeles ek.

Monday, December 6, 2010

Tentang abang aku PART 2

Sambung entry sebelum ni.

Lepas tu Joseph ni single kan, tiba- tiba pula la lepas peperiksaan percubaan PMR kami terapat. Tak tau la kenapa. Yang aku paling ingat masa kami kelas Moral. Sebelum tu kami kelas BM dan dapat kertas ujian kami balik. Masing-masing sibukla buat pembetulan sampai terbawa-bawa ke kelas Moral tu. Aku duduk la di tempat biasa aku. Si Joseph ni pula lambat masuk. Masuk je dia, dia ambil kerusi kat meja barisan sebelah leas tu duduk mengadap aku. Dia duduk mengadap aku tu!!! Haish... tetiba kan. Aku dah mula dah menggelabah tak tau nak buat macam mana dah. Last-last aku redah je la. Huhu... Tak kan la aku nak bangun lari dari tempat tu sedangkan dia dah letak buku, barang-barang dia kat atas meja aku. Dia terus la tanya macam mana markah kertas BM. Apa-apala sewaktu dengannya. Sejak hari itulah kami bermesra. Kami berapat. Kami berkawan. Pergi library masa kelas bacaan sama-sama. Kalau waktu lain, aku tak boleh nak bermesra dengan dia sebab masa tu aku masih terikat dengan bestfriend aku ni. Kalau bestfriend a.k.a ex dia nampak, lain macam pula kan. Masa kelas bacaan tu, kawan aku sorang tu masuk kelas satu lagi. Jadi senangla aku dengan Joseph ni bercakap. Kalau kat kelas sendiri pretend la macam tak berkawan. Cetekkan fikiran dulu-dulu.

Tapi macam mana la aku nak sembunyikan hubungan kami kan. Kalau kawan aku ni tak nampak pun, kawan aku yang lain cerita juga kat dia. Sepanjang aku be'rapat' dengan Joseph, sepanjang tu aku mengenali dia. Dia satu kampung dengan aku. Kapit. Macam-macam la kami cerita dan akhirnya tiba 25 September 2004, masa kelas Bacaan juga, aku melamar dia sebagai abang angkat. Hahaha... sebenarnya lain yang aku nak cakap tapi lain pula yang keluar dari mulut ni. Lagipun dia lahir tahun 88 jadi sesuai la jadi abang aku kan. Mesti korang tanya kenapa dia lahir tahun 88 tapi sama tahun sekolah dengan aku. Sebab dia ni dulu sekolah cina dan masa nak masuk tingkatan satu tu, dia terpaksa masuk kelas peralihan dulu. Faham tak??? Kalau tak faham, buat-buat faham.

Bermula la hubungan kami makin dirapatkan. Masa aku lamar dia jadi abang ni kan, aku tak tahu pun dia dah ada girlfriend baru. Huh... syukur la tak lamar dia jadi boyfriend. Kalau tak malu la aku. Kebetulan pula, rumah auntie aku sorang ni sama taman dengan rumah dia. Bila cari-cari je, rupa-rupanya berdepan je pun rumah diorang. Lagi la aku bersemangat nak pergi rumah auntie aku ni. Bukan nak jumpa auntie pun. Nak jumpa abang. Hahahaha....

Hubungan kami diteruskan ke tingkatan empat. Masing-masing dengan kelas masing-masing sebab abang (mula dah panggil abang sebab dah rasmi jadi adik dia kan ;p) masuk kelas akaun, aku pula masuk kelas sains. Aku minta masuk kelas akaun juga awal tahun tu tapi tak dapat. Berapa kali masuk keluar pejabat tak juga dapat jawapan. Last-last aku stay je la kat kelas sains tu. Bukan sebab aku nak sama-sama kelas dengan abang ke nak apa. Aku ni memang minat akaun la. Sampaikan aku ambil extra paper akaun untuk SPM tau. Tentang girlfriend dia tu, awal masuk persekolahan kami tingkatan empat ni, perempuan tu minta putus. Jadi aku tak kisah la nak berapat dengan dia.

Tahun tu jugala timbul segala rahsia hati aku. Disebabkan abang bercinta tanpa bagitahu adik dia ni. Sedangkan lepas dia break dengan ex dia yang kedua tu, dia pernah berjanji dengan aku dia tak kan bercinta lagi. Masa tu aku tak tahu la apa sebenarnya perasaan aku. Apa sebenarnya yang aku mahu dari dia. Aku betul-betul tak tahu. Yang aku tahu, aku kecewa. Sangat kecewa. Entah sampai berapa bulan kami berdua tak bertegur. Sebab aku terlalu ego. Lama-lama, aku jugalah yang terpaksa runtuhkan ego aku ni sebab aku sangat rindukan abang. Aku tak sanggup hilang abang.

Kalau korang nak tau, bila kami berdua sama-sama, ramai yang tertanya-tanya aku dengan abang ni sebenarnya apa ye? Kekasih ke adik-beradik? Ah... lantak korang la nak fikir apa. Janji kami berdua bahagia. Begitu juga la dengan abang. Abang aku ok je. Kami berdua terlalu rapat melebih girlfriend abang. Smua girlfriend-girlfriend abang dulu kan, semuanya atas dasar nama bercinta tapi hubungan diorang tak menunjukkan diorang sepasang kekasih. Dan ketiga-tiga hubungan abang itu hanya bertahan selama 5 bulan sahaja.
Di hujung tahun masa kami tingkatan empat tu, sekali lagi abang jadi single sampailah kami SPM. Habis SPM dan sampai sekarang hubungan kami berdua tiada gangguan. Cuma selisih faham sikit tu dulu-dulu ada lah. Biasalah emosi tak stabil lagi. Dan sekarang kami berdua masing-masing dengan hidup sendiri tapi walaupun kami berjauhan hubungan abang adik itu segar lagi. Dan aku, sudah dapat stabilkan hati aku ini dan menerima abang sebagai abang aku. Semakin aku dewasa, sambil aku dewasakan juga rohani aku, semakin itu aku boleh handle perasaan aku terhadap abang yang dahulu kala tersangat susah untuk dikawal.

Abang cakap dengan aku,
       Adik, biarlah hubungan kita berdua begini. Biarlah abang sebagai abang adik dan adik sebagai adik abang. Cuba adik fikir, kalau kita bercinta dulu, kita tak akan kekal sampai sekarang. Adik sendiri tengiok bagaimana hubungan abang dengan ex-ex abang. Adik sendiri kira berapa lama hubungan abang dengan ex-ex abang dapat bertahan. Adik nak hubungan kita macam tu? Tak nak kan. Terima kasih sebab jadi adik abang. Abang sayang sangat kat adik.

Itulah kata-kata yang aku pegang sampai sekarang. Ya memang benar aku tak boleh kehilangan abang. Aku tak sanggup tak ada abang. Aku nak abang. Adik sayang abang. :)

Seperti yang aku maklumkan tadi, keluarga kamu berdua sudah tahu hubungan kami berdua apa. Kalau aku balik Bintulu tiada siapa yang dapat kawan aku keluar melainkan abang. Teringat suatu ketika dahulu masa pertama kali abang datang rumah aku, kebetulan mak bapak aku ada. Bila abang dah balik je, aku duduk menonton tv dengan mak aku. Mak aku apa lagi, 'Ehem... hensem gak ya nyak tadi.' Hahaha... Mak aku ingat abang tu boyfriend aku la. Kuat aku ketawa masa tu. Last-last aku cakap kat mak, 'Nibuh la mak berharap. Aku ngau ya dah 'cop' dirik menyadi pun.' Hahhaha.... Sekarang kan, kalau aku nak keluar ke, semestinya aku akan bagitau mak bapak aku yang aku nak keluar. Dan kalau aku keluar tu, semestinya aku dengan abang. Ada satu masa tu, mak aku cakap aku ni suka sangat keluar. Nanti terjadi apa-apa siapa yang susah. Aku bagitau mak aku, 'Ala... korang taukan dengan siapa aku keluar. Korang tau juga mana dia tinggal kan.' Hahhaa... Miss my mom.

P/s : Cerita aku ni ringkas sangat. Sebenarnya lagi panjang cerita aku tentang abang aku ni. Tapi aku malas la nak panjang lebar. Biarlah itu kenangan aku dan abang dan orang yang berkaitan sahaja. Hehhee... Dan sebenarnya aku ada juga post kat blog dalam Friendster aku dulu. Baru teringat lepas kau habis taip ni. Hahhaa... suka menyusahkan diri sendiri.

Finish. :)

Tentang abang aku PART 1


Terfikir pula nak buat entry special kisah abang kesayangan aku. Banyak yang tanya, abang yang ko maksudkan tu boyfriend kau ke? Abang apa tu? Abang betul kea tau abang ehem-ehem? Hish… korang ni kan fikir yang bukan-bukan je. Cuba korang tengok status aku kat mana-mana tak kira kat FB, FS, FA, FC, FF mana-mana la, semua status aku SINGLE ok. Makna single tu adalah aku masih solo, tidak berpunya, bukan hak milik siapa-siapa pun kecuali Tuhan aku. Huhu.... Aku tengah menegakkan kebenaran ni.
Panjang pula intro aku. Sebelum aku merapu dengan lebih panjang lagi, baik aku kembali ke track asal.

Alkisah tentang JOSEPH CHONG yang aku panggil abang a.k.a abang kesayangan aku. Bagi yang tak tahu siapa Joseph Chong ni, inilah nama abang aku yang selalu appear dalam entry aku. Ada juga gambar dia kat sebelah kiri ruangan info blog aku ni. Hensem kan??? Opsss… korang jangan nak memandai nak tackle dia ek. Kena isi boring kat adik dia ni dulu. Buat audition macam orang buat Miss Universe tu. Kalau adik dia ni cakap ‘OK, ko boleh couple dengan abang aku.’ Barulah korang ada can. Hehehe…

Aku ada 5 orang abang termasuk 2 orang abang angkat. Aku paling bongsu antara kami adik beradik dan hanya aku sahaja perempuan. Abang aku pertama adalah abang angkat aku yang mak bapak aku angkat sejak dia dari kecik. Lepas tu tiga orang abang kandung aku dan seterusnya abang aku yang paling ‘muda’ dan paling aku rapat adalah Joseph Chong, abang angkat yang aku ‘angkat’ sendiri. Hehehe… Tapi aku angkat-angkat pun kedua-dua family kami tau yang kami ber’angkat’. Kebetulan Joseph ni pun anak bongsu dalam keluarga dia dan dia ada dua orang kakak. Joseph paling bongsu dan hanya dia sahaja lelaki dalam adik-beradik mereka. Lepas tu, muncul pula aku dalam hidup dia, dapat la dia adik perempuan. Cak….

Bagaimana aku boleh ber’angkat’ dengan abang aku ni?

Ha… dengar sini ada satu cerita.

Dulu-dulu time sekolah mana la aku ni pernah bercinta wei. Aku budak baik la. Sampaikan aku tersenarai dalam 100 pelajar yang akan dapat 7A dalam PMR. Huahuahua… mimpi je pun. Bermula masuk sekolah menengah, tengah nak naik level jadi dara masa tu. Form 1 dulu dah mula cari lelaki hensem dan masa tu kami sekawan yang sama kepala cari lelaki hensem apa lagi, sangat bahagia apabila tiba masa kelas bacaan di mana pelajar Islam masuk kelas agama dan pelajar Cina masuk kelas bahasa Cina dan kami yang not in the list ni ada kelas sendiri iaitu kelas Bacaan. Kelas aku 1D bergabung dengan pelajar kelas 1E. Kelas tu kan, lelaki dia semua hensem-hensem, cute-cute. Hahahaha… masa tu masih malu-malu lagi nak berkawan dan salah seorang daripada diorang tu termasukla abang aku Joseph ni. Opss… cerita bukan bermula di sini ye sebab masa ni even sama kelas 2 kali dalam satu minggu sepanjang satu tahun tu, aku tak pernah bertegur pun dengan lelaki-lelaki 1E. Malu-malu kucing katakan.

Masuk Form 2, masa ni sekolah rombak semula polisi dimana pelajar pandai bercampur satu kelas dengan pelajar kurang pandai. Kalau sebelum ni, sekolah ni guna polisi pelajar pandai kat kelas pandai la. Maka aku pun TERmasukla dalam kelas 2I. Ada seorang cousin aku ni masuk kelas 2O. Kelas kami sampai abjad Q la. Biasalah sekolah paling besar di Sarawak katakan. SMK Bintulu. Aku ada masukkan kelas 2O dalam perenggan ni sebab Joseph ada dalam kelas tu. Hehehe…

Lepas tu masukla Form 3. Masa tahun ni pula, polisi sekolah setengah kelas form 3 tu akan bersekolah waktu pagi dan setengah pula kelas waktu petang. Maka kelas 3B – 3J akan sekoalh petang dan kelas 3K – 3Q sekolah waktu pagi. Kami yang dari kelas 2I tahun lepas masih sama kelas lagi. TAPI kami menerima tambahan pelajar dimana pengawas yang tahun lepas dari kelas 2K – 2Q tu akan bersekolah petang sebab diorang semua kena bertuga petang dan bukannya bertugas pagi. Dan kelas kami menerima kalau tak silap 2 orang kot pelajar baru masa tu. Walid dan Joseph Chong masuk ke kelas kami. Yah, kami satu kelas dah. Opss… belum masuk ke part menarik lagi. Baru intro beb… Masa 3I ni, aku duduk depan meja cikgu sebelah kiri papan hijau kelas tersebut. Jadi, aku ni budak baik la dalam masa kurang satu tahun aku duduk depan meja cikgu. Ngeh3… dan Joseph pula duduk sebelah kanan dekat dengan pintu kelas. Kalau aku duduk menyandar dinding tu, aku dapat tengok dia straight je. Hahhaa… kantoi aku selalu buat begitu.

Dalam enam bulan persekolahan tingkatan tiga tu kan, korang percaya tak, aku hanya tiga kali je bercakap dengan Joseph ni. TIGA kali. 3 ok. 3… Semuanya dia tanya ‘Buku ni ke yang cikgu suruh hantar?’ Sebab masa tu dia ni salah seorang murid yang famous jugala dalam kalangan cikgu. Disebabkan aku ni duduk depan meja cikgu maka dia pun tanya la aku. Walaupun masa kelas Pendidikan Moral dia duduk belakang aku, tetap juga tak pernah bercakap dengan dia. Betul! Aku tak tipu beb…

Satu hari di bulan Julai, semua kami sibuk dah nak ulang kaji untuk persiapan PMR. Satu masa di kelas Moral ni, kami sekawan bercadang nak pergi library. Ada la seorang kawan aku ni bercakap dengan Joseph. Masa tu aku duduk depan bukan di tempat biasa aku duduk. Kawan aku ni ajakla dia pergi library sama dan dia suruh bawa sekali girlfriend kalau ada. Terus Joseph jawab, ‘Ala, girlfriend saya tak ada la hari ni.’ Sambil dia tending-tendang kerusi depan dia tu. Masa tu ada seorang bestfriend kami tak hadir sebab datuk dia meninggal. Mula-mula kami sekawan blur siapa la yang dia maksudkan tetapi last-last kami dapat tangkap juga la siapa yang dia maksudkan. I don’t want to mention name in this because hmmm… aku rasa benda ni sensitive pula tetiba.

Bila tau yang salah seorang bestfriend kami tu sebenar sedang bercouple dengan Joseph, kami marah juga la sebab dia tak pernah pun bagitau kami sedangkan kami tak pernah berahsia pun. Yang hairannya, mereka dua sama satu kelas pun tak ketara la perhubungan diorang. Hebatkan diorang ni berahsia. Aku apa lagi, balik sekolah petang terus emo la sebab pujaan hati milik kawan sendiri. Huhu… Ya… masa tu aku dah mula menaruh hati kat Joseph. Diam-diam je la wei.

Lepas bestfriend aku a.k.a girlfriend Joseph tadi datang ke sekolah, sambil kami segeng berkumpul bercerita aku dengan nada sedih bagitau kat kawan aku ni. ‘***, ko ni kan bergerek dengan orang tu tak bagitau kami pun.’ Dan kawan aku ni jawab, ‘ Aku dah nak putus dengan dia pun. Aku suruh ** bagi surat aku kat dia bila balik nanti.’ Tet…. Huh… sungguh mengejutkan. Aku baru je tau diorang ada hubungan dan tiba-tiba nak putus. Ok… aku tak tahu apa perasaan aku masa tu. Aku gembira? Happy? Ntah. Yang aku tau, Joseph single dah. Huhu…. Keesokan hari, aku hanya perhati kawan aku ni dan Joseph je. Sorang buat tak tau, sorang terus jadi pendiam, terus jadi rajin. Aku hanya mampu geleng kepala.
p/s: aku penat. Panjang lagi cerita aku ni. Korang nak baca ke tak nak baca ke, lantak korang ek. Aku tak paksa korang pun. Hhehehe…. Sambung kat Part 2 la.

Sunday, December 5, 2010

Untuk abang

Aku berasa bersalah dengan cerita abang tadi. Dengan apa yang dia ceritakan tadi, membuat aku mengucap syukur dengan sepenuh hatiku. Memang aku tau, sebelum dia mahu menceritakan apa sebenarnya dah berlaku, dia ingat aku akan marah teruk dengan dia, aku akan benci dia. TAPI, reaksi aku, aku hanya mampu ketawa. Kalau orang lain dengar cerita dia tu semestinya akan meradang bagi nak rak silap-silap dah jadi hulk. Hahahaha… Mesti abang pelik kenapa aku hanya mampu ketawa terbahak-bahak. Haish…. Aku bayangkan bagaimanalah muka abang masa ‘tu’. Hehe.. jahat kan aku. Aku tak cakap aku baik pun. Kwang3….

Aku dah jangka dah benda ni akan berlaku satu hari nanti tapi aku tak pulak sangka jadi secepat ini. Haish… belum lagi aku sempat memendam rasa, jiwang-jiwang, emosi sorang-sorang. Dah dah, cukup cukup. Hee…

Aku mengucap syukur dengan apa yang terjadi. Abang cakap tegurlah dia, ingatkanlah dia kalau dia dah nak menyimpang. Hmm… macammana la aku nak ingatkan dia sedangkan aku tak tau apa yang dia lakukan sehari-hari. Bukan aku berkepit dengan dia 24 jam pun. DAN bukannye abang nak report apa yang dia buat hari-hari. Hahaha… Aku hanya mampu iye je kan la. Jaga hati abang katakan.

Aku faham kenapa benda ni boleh berlaku. Aku tak salahkan siapa-siapa pun sebab kita hanya manusia. Kadang-kadang kita kalah dengan daging kita, keinginan kita. Sebab aku pun selalu macam tu. Hee… tak ada siapa pun yang sempurna, pendeta, father, sister, ustaz, ustazah dan lain-lain pun walaupun diorang ni ‘alim’ sangat tapi kadang-kadang diorang akan berada dalam dilemma dengan dunia.

Sama-sama lah kita mengenal baik dan buruk, dan konklusi aku hari ni, Marilah kita sama-sama belajar untuk matang dalam rohani. :)

“Berjaga-jagalah dan berdoalah, supaya kamu jangan jatuh ke dalam pencobaan: roh memang penurut, tetapi daging lemah.” (Matius 26:41)

‘Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.’ (Roma 12:2)

‘Berkatilah siapa yang menganiaya kamu, berkatilah dan jangan mengutuk.’ (Roma 12:14)

‘Janganlah kamu kalah terhadap kejahatan, tetapi kalahkan kejahatan dengan kebaikan!’ (Roma 12:21)

‘Pencobaan-pencobaan yang kamu alami ialah pencobaan-pencobaan biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dank arena itu, Ia tidak akan membiarkan kamu dicobai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicobai Ia akan memberikan kepadamu jalan ke luar, sehingga kamu dapat menanggungnya.’(1 Korintus 10:13)

‘Sebab dukacita menurut kehendak Allah menghasilakn pertobatan yang membawa keselamatan dan yang tidak akan disesalkan, tetapi dukacita yang dari dunia ini menghasilkan kematian.’ (2 Korintus 7:10)

‘Karena itu, selama masih ada kesempatan bagi kita, marilah kita berbuat baik kepada semua orang, tetapi terutama kepada kawan-kawan kita seiman.’ (Galatia 6:10)

‘Tujuan nasihat itu ialah kasih yang timbul dari hati yang suci, dari hati nurani yang murni dan dari iman yang tulus ikhlas.’ (1 Timotius 1:5)

‘Jika mengaku dosa kita, maka Ia adalah setia dan adil, sehingga Ia akan mengampuni segala dosa kita dan menyucikan kita dari segala kejahatan.’ (1 Yohanes 1:9)

Inilah yang aku dapat apabila aku evaluasi balik cerita abang tadi.

Pesanan kepada abang:-
             Abang, walaupun adik jauh dari abang, ingat adik sentiasa ingat abang dan risaukan abang. Mungkin selama ini kelakuan adik kadang-kala merimaskan abang. Kadang-kala mungkin abang terasa adik mengongkong abang. Adik tidak berniat begitu. Adik sangat sayangkan abang. SANGAT. Apa-apapun bang, adik tetap ada bersama abang. Adik tak boleh benci abang. Langsung tak boleh. Sebab adik sayang abang. Seperti yang adik bagitahu abang suatu ketika dahulu, setiap inasan di bumi ini mempunyai rahsia yang tidak dia ingin sesiapa pun tahu. Adik pun begitu. Ada rahsia yang adik simpan dari dulu sampai sekarang yang hanya adik dengan Tuhan je tahu. Abang ingat adik lebih matang dari abang. Taka bang. Adik masih belajar lagi. Mungkin di situasi sekarang adik boleh menasihati abang. Mana tahu jika adik dalam situasi abang sekarang ni pun, abang boleh nasihat adik macam tu. Hmm… Apa-apapun di akhir kata adik, abang masih ada adik.

Dari adik yang abang sayang.

Sunday, November 28, 2010

Honestly, I...


Miss this guy so much!!!
Huwaa....
Can't wait to go back then...



Thursday, July 1, 2010

Just realize it

Di masa aku merajinkan diri 'merolah' (atur setting laptop untuk buat dia 'santek la kononnye) laptop kesayangan aku ni, aku ter'realize' satu gambar yang aku suruh abang edit untuk aku dulu2 pada zaman purba kala.. eyh.. macam lama sangat da...
Ni ha... gambar saya yang di edit oleh abang. Aku terharu bila baca ayat tu. Selama ni aku tak perasan pula ada tulisan kat tepi sebelah kanan tu. Bayangkan, punyala lama aku tak sedar beb... Ish3... memang macam tak hargai kerja orang langsung. Anyway... thanks abang...