My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)
Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Dimanakah saia?

Hey... selamat pagi dan selamat hari-hari semua :)

Aku nak bagitau kat sini bahawasanya aku masih bernafas lagi di dunia ini. Siapa yang ada menyangkakan bahawa aku tak ada lagi di dunia ini? Orang itu sungguh kejam.
Persoalan : Kenapa aku menghilangkan diri dari blog?
Alasan : 1.   Tak ada masa nak menaip.
              2.   Tak ada ada mood nak bercerita.
              3.   Malas.
Yah... jawapan yang ringkas, padat dan sangat mudah difahami. Kadang-kadang aku rindu juga nak luahkan perasaan di blog ni. Tapi apakan dayaku. Dagingku terlampau kuat mempengaruhi akalku. Sekarang ni pun aku mengular buka laptop kat bilik rehat. Hahaha... Jangan ada sesiapa report kat supervisor aku tapi yang penting semua kerja aku dah siap hokey!
Bagi pengetahuan yang tidak tahu situasi aku sekarang, aku sekarang sedang menjalani praktikal untuk semester terakhir aku menuntut di Universiti Utara Malaysia di tempat aku sendiri iaitu Bintulu di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Terakhir sekali aku minta maaf bagi apa-apa je la apa yang aku perlu minta maafkan dari korang. hahaha...
 

Wednesday, February 1, 2012

Hilang tanpa berita



Selamat malam kalian. Di malam yang mulia ini aku mengambil kesempatan untuk merajinkan diriku membersihkan 'rumah' labah-labah di setiap website yang aku ada seperti blog ini, twitter, dan banyak lagi. Huh!!! Inilah aku. Kalau sibuk, aku hanya bertenaga untuk membuka 'mukabuku' sahaja sudah memadai untuk aku. Setiap pagi sambil breakfast aku hanya membuka mukabuku, baca apa sahaja berita, announcement atau sebagainya yang newspaper online dan rakan-rakan post di mukabuku. Setelah usai membaca, memberi komen kalau berminat atau ingin menanyakan hal yang lebih lanjut atau like bagi status yang memerlukan perhatian kita, aku akan log out dan sambung kerja seterusnya. 
Kehidupan student final year memang mencabar minda, hati dan perasaan. Sampai nak dating pun kena booking hari sekian-sekian awal-awal tau. Hahaha... Biasalah. Masing-masing ada komitmen. Dan sekarang, aku bebas! Bersedia untuk menempuh alam realiti pula. Cepatnya masa berlalu....
Ok sekian... entry ini hanya sekadar untuk memberitahu kalian semua bahawa aku masih hidup.

Yang benar,
umiluvheart :)

Saturday, August 20, 2011

Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Ini gambar aku masa sambut birthday abang pada 29 Jun 2010 di Sushi Tie.

Ini pulak gambar aku 8 July 2011 di salon teman sis Rose gunting rambut.

Perubahan???

1. Umur meningkat 1 tahun. Hahaha... :D
2. Dari rambut straight nak buat curl.
3. Kesayangan bertukar orang. =p

Hmm... tak tau aku ni berubah apa lagi.
No idea~

Day 27- Why are you doing this 30 day challenge

*gambar hiasan*

Morning all. Mari kita sambung hari yang ke 27. hoho... Dah nak habis dah. Cuti aku pun dah nak habis. Oh my! Back to school again. Hahaha...

Persoalan : Kenapa aku buat challenge 30 hari ini?

Jawapan :
Sebab aku tengah cuti lebih 3 bulan dan aku dah tak ada apa nak buat kat rumah. Kat rumah ni aku selalu keseorangan dan ahli keluarga yang lain semua cabut dari rumah ni dari pagi sampai petang. Kerja aku hanya 'menghidupkan' diri aku je la. Bukan setiap hari setiap masa masa aku terisi dengan aktiviti. Ada masanya juga aku bingung apa yang perlu aku buat. Nak main game, banyak juga game kat laptop ni tapi aku dah boring dengan game. Nak buka mukabuku pun tak tau nak buat apa. Hmm... Cuti salah, tak cuti lagi gila dengan pelbagai komitmen.

Ok la. Setakat ni je luahan perasaan aku. Nak sambung hari ke 28 pulak. :)

Friday, August 19, 2011

Day 26- What you think about your friends



Dah cukup seru untuk sambung hari ke 26 untuk challenge ini. Hehehe... sorry le terabai sekejap. Kalau taip entry tanpa ada hati tak menjadilah sesebuah entry tersebut.

Tajuk entry ni, apa pandangan aku terhadap kawan-kawan aku?

Aku ada banyak kenalan dan ada kenalan tersebut hanya sekadar touch n' go dan ada kenalan yang biasa-biasa je dan tak lupa juga kenalan aku yang kamceng. Ke mana-mana boleh sama kepala. Hehehe... Tetiba rasa rindu pula dengan kawan-kawan aku.

Kawan-kawan aku semuanya ok jer. Biasalah setiap manusia ada keistimewaan, ciri-ciri kemanusiaan yang tersendiri. Bukan semua orang nak sama je dengan kita sorang kan. Aku tak kisah orang tu sejahat mana pun asalkan kita tak ikut dia jahat sama dengan perangai dia tu. Aku tetap jadi orang yang baik sentiasa. Hahaha... teringat diorang Ronald, Charleston and Elyas. Sama kelas masa Form 4 and Form 5. Diorang bertiga ni dan sorang lagi penyibuk Modwin memang 'hantu' dalam kelas. Ada je kes hari-hari sampai Cikgu Kow Pei Hoon pening kepala. Kesian cikgu-cikgu yang mengajar kelas kami. Tapi sekarang mereka berempat dah jadi orang berguna. Ronald dalam proses untuk digelar Father di Catholic. Elyas nak jadi pakar X-ray (lama pulak tak dengar cerita Elyas. Ok ke dia sekarang?). Charleston dah kahwin dan baby dia cute. Hmm.... bila la nak jumpa baby tu dari dulu tak berkesempatan nak jumpa sebab Charleston tak ada kat Bintulu. Dia kerja kat KL. Modwin??? Bahagia dengan 'bini'nya dan jadi Perdana Menteri di UMS. Haha... busy je sentiasa kalau dia balik di UMS sebab hari-hari pergi 1Borneo untuk cuci mata.

Sepanjang hidup aku, diorang je la kawan-kawan aku yang 'hmmm....'. Yang lain ok ok la. Kehidupan insan biasa. And see.... sejahat-jahat diorang, senakal-nakal diorang boleh jadi orang yang berguna sekarang. Kagum dengan diorang.

Bagi kawan-kawan ku yang lain, korang memang best. Aku tak boleh nak mention nama korang kat sini sebab korang banyak sangat. Bagi yang PERASAN dia adalah kawan aku, anda patut bangga dan kembang hidung sekejap sebab kita berkawan. Hahaha.... Miss YOU all F.R.I.E.N.D.S. Korang memang rock. Nanti kita jumpa and buat reunion k. Hmm... rindu zaman-zaman dulu.

Kepada kawan-kawanku dari sekolah tadika St. Anthony, SK Orang Kaya Mohammad, SMK Bintulu, tuisyen AA, tuisyen Medan Jaya,tuisyen SMART, sama bas sekolah, Kolej Matrikulasi Labuan, dan Universiti Utara Malaysia....
Glad to know you all :)

Sunday, August 7, 2011

Day 25- What I would find in your bag

Sunday evening and I am so so so bored. hmmm.... and now im continue with my day 25.

Apa yang korang jumpa dalam beg aku tu? Sini aku nak bagitau. Aku ada 2 jenis beg. Beg malas dengan beg rajin. Haha... beg malas aku beg yang kecik je. Beg rajin pula handbag aku la yang aku guna bergaya. Sebab aku rajin bergaya so aku guna la handbag. Lalalalalala...

Beg malas aku tu, aku guna masa jalan kejap dan dekat dan senang di bawa. So dalam beg malas tu mesti ada:-

1.   Duit
2.   Kad ATM
3.   Kad broadband Maxis
4.   Lesen kereta
5.   Handphone
6.   Lipgloss
7.   Sikat

Dalam beg rajin aku tu pula:-

1.   Purse yang dalamnya mesti ada duit, pelbagai kad, lesen dan  sebagainya.
2.   Perfume
3.   Penadol biasa dan menstruasi
4.   Ubat gastrik
5.   Lipgloss
6.   Compact powder
7.   Sikat
8.   Pad
9.   Earphone
10. mp4
11. Handphone

Semua semua ni mesti ada sebab aku ni memang la selalu sakit tiba-tiba, emergency tiba-tiba dan bergaya secara tiba-tiba. Erk... ada ke bergaya tiba-tiba? Hahaha... ok la. Done with day 25.

Saturday, August 6, 2011

Day 24- A letter to your parents

Kepada ayahanda dan bonda yang aku cintai, sayangi dan kasihi,

Pertama sekali anakmu ini ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian berdua. Kalau kalian tiada di dunia ini, anakmu ini juga tidak berkesempatan untuk melihat dunia ciptaan Tuhan ini. Terima kasih kerana bersusah-payah bertungkus-lumus siang dan malam mencari rezeki untuk kami adik-beradik hidup cukup dengan segala-galanya. Tidak membiarkan kami lapar tidak cukup makanan. Tidak membiarkan kami kekurangan walau apa pun harta benda.

Secara peribadi dari anakmu ini, maaf dan ampun diminta kerana kekasaran bahasa pada kalian berdua, tidak mendengar kata, tidak patuh, degil dan macam-macam lagilah yang sewaktu dengannya. Anakmu tahu, sejahat-jahat mana pun anakmu ini, kalian berdua tidak pernah membuang kami sebagai anak kalian. Seteruk mana pun apa yang anakmu telah lakukan anakmu ini tahu kalian berdua cukup sayang akan kami. Tidak ingin kami hidup tidak tentu arah dan merana.

Untuk aku sendiri, sememangnya aku adalah satu-satunya anak harapan anda berdua kerana abang-abang yang lain sudah ada hala tujuan dan kehidupan masing-masing. Hanya aku sahaja yang tinggal. Maaf diucapkan sekali lagi. Aku tahu harapan kalian sungguh tinggi melebihi gunung everest tapi aku tak cukup kuat untuk itu semua. Tapi aku akan pastikan aku akan capaikan harapan kalian walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.

Secara jujur, aku tidak suka dengan desakan, paksaan yang melebihi kemampuan aku. Aku selalu memberontak dalam diam. Menangis dalam hati. Dalam diam aku sudah tidak ingin tinggal di rumah ini. Sebab itulah aku ambil keputusan untuk belajar jauh-jauh. Jauh dari rumah. Tidak mahu tahu apapun masalah di rumah ini.

Apapun, terima kasih kerana tidak mengongkong kehidupan aku walaupun satu masa dahulu aku pernah menyoal soalan yang sangat bodoh iaitu 'adakah betul aku anak kalian berdua?' kerana pengabaian kalian berdua terhadap aku sejak dari kecil lagi. Tapi memang segala sesuatu yang terjadi ada hikmahnya. Jika kalian tidak membiarkan aku berdikari sejak kecil lagi, aku tidak akan menjadi seperti sekarang.

Terima kasih sekali lagi. Halalkan makan minum anakmu sepanjang hayat ini.

Dari anakmu,
umi.

Day 23- Something you crave for a lot

Saturday morning...
Selamat bekerja bagi yang bekerja, selamat berhujung minggu bagi yang tidak ada buat apa-apa, selamat hari-hari bagi orang yang tengah bercuti seperti aku. Berhati-hatilah di jalan raya ketika anda memandu. Pesanan dari penaja. Hehehe... dah mula dah nak merapu.

Entry ni lama dah ada tapi tak tau nak taip apa. hmmm...  Nak tak nak kena teruskan juga ni.

Kita sambung hari yang ke -23.

Baca tajuk sekejap. Dalam bahasa Inggeris. Kalau di'translate'kan guna google translate dia akan jadi macam ni dalam bahasa Melayu nya. Sesuatu yang anda inginkan untuk banyak. Aku ter'bingung' sekejap. Hehe...

Maka, aku pun buat keputusan untuk buat entry ini secara umum. Maksudnya aku nak buat rojak la ni.

1.   Aku sekarang nak hanging out dengan kawan-kawan aku kat Bintulu ni. Tapi aku ni pemalas sikit. Biasalah. Sekarang kat panas punya la berbisa. Aku tak ada kereta. Nak guna bas? Alamak... malas sesangat la pulak. Aku rindu kat korang semua. Sorry ek. Aku memang la selalu keluar tapi aku keluar hari-hari aku selalu ada urusan. Pukul 5 petang aku kena ambil uncle aku balik kerja pula. Macam mana nak jumpa korang. Dahla abang tak balik ke Bintulu pulak. Tunggu la nanti-nanti ek. Bagi yang ajak pergi K-Box, aku pun teringin juga ni nak buat Bintulu hujan. Biar sejuk sikit. Hehehe....

2.   Hari tu aku ada mengidam Big Apple. Kalau tak pun Nash Donut pun boleh juga. Bintulu tak ada donut-donut tu. Donut biasa adalah. Someone post for me Big Apple one pack please!!!


3.   Aku nak rasa air tangan datuk aku buat pekasam. Huwaaa..... nak juga!!!! Telan air liur je la sebab datuk aku dah tak ada buat selama-lamanya pun. Rest in peace aki. Aki sentiasa dalam ati kami.

Setakat ini je la aku nak kongsikan. Benda yang memang aku nak pada saat ini. Ada lagi yang aku nak tapi tak desperate sangat la.Nanti-nanti dapat juga. Hehe... Ok da....

Wednesday, July 27, 2011

Day 22- What makes you different from everyone else

Setiap individu mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Mana ada manusia sama sejibik antara satu sama lain. Even kembar seiras pun ada ciri-ciri yang membezakan mereka. Tak percaya? Cuba la cari kembar-kembar yang seiras tu dan bandingkan diorang.

Apa yang membezakan aku dengan orang lain?

1.   Nama aku yang macam nama lelaki tetapi berjantina perempuan. Senang orang nak ingat.
2.   Nampak pendiam tetapi bila dah bercakap pot pet pot pet.
3.   Persekitaran aku menyebabkan aku matang cepat.
4.   Selalu memikirkan apa yang perlu aku buat untuk tahun-tahun yang akan datang.
5.   Jarang mengharapkan orang lain.

Itu je yang boleh aku fikir untuk masa sekarang. Apa-apapun, jadilah diri kita sendiri. Tak perlu nak klon-klon orang lain.

Day 21- A picture of something that makes you happy

Diorang ni nakal.
Tanpa diorang hidup aku sepi.
Macam sekarang. Hahaha...
Miss U ols guys.

Wordless Wednesday #2 Buat apa tu?




P/s: Kami buat penyerap bunyi gunakan kotak telur tu.
Aku tukang bagi diorang ni makan supaya diorang bersemangat buat kerja.
Buat dari petang sampai awal pagi. Sangat penat tapi enjoy sebab ramai2.
Upahmu besar di syurga nanti.

Monday, July 25, 2011

Entah apa-apa


Ini blog aku. Aku punya suka nak post apa. Berapa entry dalam sehari, aku punya suka juga. Ikut mood aku nak berblogging sampai mata lebam, sampai habis idea. Kadang-kadang aku tengok je blog ini tanpa ada hati untuk membuat entry baru. Kadang-kadang rajin yang amat sangat. Kadang-kadang malas yang TERamat sangat. Biasalah manusia.

Sunday, July 24, 2011

Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

Hmm... rasanya entry ni susah sikit nak expose.
Kena juga ke?
Apa boleh buat.
Tayang je la.

Can we???
Nothing is impossible right.
Hope so!

Day 19- Nicknames you have; why do you have them

Setiap orang yang di sekeliling kita akan memanggil kita dengan nama yang mereka suka untuk panggil kita. Jadi makin banyak orang yang kita kenal, makin banyak la nama timangan yang kita dapat.

Nama penuh aku yang bapa aku bagi time aku keluar dari perut mak aku dulu ROMY ANAK NYAWAI.
  1. Mak bapak aku panggil aku umi and mi. Abang aku yang pertama dan saudara mara pun sama.
  2. Abang aku yang second and third panggil aku mit. Hmm... mentang-mentang la aku paling kecik dari kami adik beradik. Sekarang aku dah besar pun still lagi panggil tu.
  3. Ada juga saudara mara panggil aku 'ndu'. Hmm...
  4. Abang kesayangan aku panggil aku adik. hehe
  5. My hubby panggil aku honey and sayang.
  6. Kawan-kawan pula ada yang panggil nama penuh je, ada juga yang panggil nama singkat.
Lalalala.... ok done!

Day 18- Plans/dreams/goals you have

Aku dah senaraikan kat sidebar kat sebelah kiri entry ni pun. Kat sini aku nak tokok tambah tolak darab bahagi je lagi.

My plans.
1.    Waiting for my bro out from pulapol 3/8/2011. 
Selalunya aku yang selalu tinggalkan abang kat Bintulu ni selama 4 bulan atau 5 bulan untuk teruskan pengajian. Itupun kami dihubungi dengan talian telefon dan internet. Ok la sikit sebab boleh berhubung. Tapi kali ini, aku mendahului abang selepas itu abang pula tinggalkan Bintulu. Dan paling sengsara lagi, kami berdua tidak boleh berhubung. Abang tidak ada telefon dan dia seperti katak di bawah tempurung. Ah... aku rindu sangat kat abang. Minggu depan dia keluar dari pulapol. Tapi tak tau lagi dia dapat balik Bintulu atau tak. Kalau tak balik, kalau dia di postkan ke tempat yang boleh aku jejak, aku akan buat jejak kasih juga. Kalau jauh, nasib aku la. At least lepas seminggu ni boeh berhubung melalui telefon. Miss you bang. Adik tunggu kepulangan abang.

2.     Raya di Sabah.
Tahun ini kami sekeluarga plan nak beraya kat Sabah. Yeay!!! Dekat setahun juga la kami tak round-round the world sebab selama ni kami kena jaga orang tua kat rumah ni. Sekarang, dah tak ada orang nak kena jaga, senang sikit lah nak jalan sana sini. Sebelum aku balik Bintulu lagi mak bapak aku bagitau aku yang diorang nak pergi Sabah tapi aku cakap kat diorang tunggu aku balik Bintulu je. Bapa aku tu mana tahan drive jauh-jauh sekarang. Nak harap kat abang-abang aku tu, diorang sibuk pula dengan kerja. Hari tu setakat nak pergi Batu Niah pun bapa aku dah mengadu penat drive sorang-sorang. Keluarga besar aku memang satu Malaysia. Sebut je nak bangsa apa. Semua ada beb. Abang bapa aku kahwin dengan Kedayan Sabah dan terus menetap kat Sipitang. Diorang ni Muslim. Sejak aku masuk UUM je aku tak ikut beraya dengan diorang ni sebab raya hanya ada cuti seminggu dua selalunya tak balik. Tahun ni sempat gak beraya dulu sebelum balik UUM.

3.     Bintulu - Alor Setar 7/9/2011
Tak sangka dah nak habis dah bulan Julai ni. Pejam celik pejam celik kan mata anda. Hahaha... Aku kena balik awal ke UUM. Dah beli tiket flight pun. Aku guna MAS. Rindu pula dengan kesibukan sebagai pelajar.

07 SEP    MH 2743   BTU - KUL   1430
07 SEP   MH 1252   KUL - AOR   1955



 
4.     Retreat Exco Church 8-9/9/2011
Acara setiap kali pembukaan dan penutupan semester. Untuk semester akan datang ni, banyak aktiviti gereja yang telah dicadangkan dan meeting ini nanti barulah tahu approve ke tidak semua cadangan yang telah dibentangkan pada akhir semester lepas. Salah satu aktiviti gereja. (----->)

 
 
 
 
   
5.     Misi Orang Asli 5-7/11/2011

Antara aktiviti gereja tahunan. Dalam cadangan tapi tak tau lagi mana tempat nak terjah tahun ni. Harap-haraplah junior kali ini ada yang ada lesen. Dapat juga aku melarikan diri dari drive mendrive ni. Dan satu lagi harapan. Semoga aku tak diberi pelayanan untuk berkhotbah. Hohohoho... aku tak yakin. Aku tak mau beri ajaran sesat. TIDAK!!!
 
 
 
 
 
 
6.     Misi Medan, Indonesia 8-10/11/2011  
Dalam cadangan. Pastor cakap hari tu ok je. Tapi tengok la dulu kalau dapat sebab ini pelayanan yang sanagt besar dan berat bagi kami setakat ini. Perlukan persediaan yang secukup-cukupnya. Ini bukan hanya saja-saja melancong. PERINGATAN untuk diri sendiri.


 
7.     Baktisiswa Sabahan 9-11/11/2011
Kalau tak jadi Misi Medan, aku nak pergi Sabah pula. Tak ingat pula diorang nak terjah tempat mana. Kebetulan pengarah projek ni junior aku. So, even aku bukan orang Sabah, tapi aku nak juga menyelit jadi orang Sabah, Hahaha... bak kata pengarah projek, 'Saya kan pengarah projek.' Lalallaa... Aku ni suka-suka je ikut. Sambil menyelam sambil minum air la katakan.

 
8.     Langkawi & ThailandSebelum aku graduate dari UUM tu, aku MESTI pergi dua tempat ni. Tempat ni bukannya jauh pun dari UUM. Balik hari pun dapat. Tapi aku ni kan kalau dah sibuk dan ada cuti pun, aku selalu pergi tempat jauh-jauh dulu. Hmm... inilah aku. KL, Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Perlis aku dah terjah. Tempat yang boleh dikatakan sebelah je ni pun aku payah nak pergi. Semester ni aku mesti pergi. Semester last aku ni. Kalau tak pergi juga kali ni, hmm.... alamatnya tunggu aku dah ada anak la nak datang kat sini lagi.

My dreams/goals pulak
1.     Finish my final semester

Balik sekali lagi ni, aku akan tempuhi semester ke-tujuh aku di UUM ni. Nak sangat jadi professional kan. Nah ambik kau 4 tahun belajar degree ni. Kawan-kawan yang lain yang hanya 3 tahun dah grad dah. Hmm... jelesnye tengok diorang farewell hari tu. Tak pe tak pe, satu semester lagi. lepas tu praktikal lepas tu habis. Hoyeah!!!!
Last semester makin nak pecah la kepala ni dengan teori-teori akaun bagai tu. Sabaq je la....
2.     Graduate with successful
Bertahun-tahun aku mengerah otak, mengadap buku, mengadap seorang yang bernama cikgu, sir, puan, miss, madam, pensyarah, kena rotan, kena suruh berdiri, kena cubit, akhirnya aku dah nak tamat dengan pengajian degree ku. Baru degree beb. Belum lagi Master, PHD. Ah! Aku nak berehat dahulu. Cukuplah setakat ini. Yang dua lagi tu, nanti-nanti aku sambung. Aku malas!
Aku nak ikut jejak diorang ni ---------->
Miss you my senior!

3.      Got my car in 2012
Kat rumah ni memang la banyak kereta. Tapi semua orang guna untuk kerja. Hmm... sekarang ni aku pun susah. Nak jalan kena tunggu orang balik kerja petang baru la boleh jalan-jalan cuci mata. Ni kena tunggu 2012 baru aku dapat kereta sendiri. Ye la. 2012 aku dah start praktikal. Aku ingatkan nak praktikal kat Bintulu je. Tak payah nak fikir rumah sewa or whatever. Biarlah elaun and scholarship aku kecik. Aku kat rumah aku juga. Tak pening tanggung makan pakai sendiri. Rumah sewa yang mahal dan sebagainya. Aku ambik yang kecik je dulu. Bapa aku dan abang aku yang sorang tu sibuk betul nak ambik kereta mahal terus. Ingat aku praktikal tu, sehari masuk kerja terys dapat gaji beribu ribu lemon ke hah? Fikiran yang terlalu arghhh..... kadang-kadang aku meluat dengan kata-kata diorang walaupun diorang bukan orang lain bagi aku. Sabar la. Nanti bila aku dah jadi professional baru kita fikir yang lebih BESAR ye.

4.     iPad II Apple
Aku nak yang ini boleh? Siapa yang baik hati tolong beli untuk aku. Nak yang ori. Hehehe... hmmm... bila la aku nak dapat ni. Tunggu aku kerja nanti? Entah iPad ke berapa la masa tu nanti. Tunggu je la.
5.     DLSR camera
Saya nak ini juga. Tapi bukan untuk masa sekarang. Nanti bila aku dah kerja. Sekarang banyak lagi benda penting yang perlu duit aku. hehehe...
6.     Good career
Apa gunanya aku berabis tahun, berkerah otak, kadang-kadang sampai hantuk kepala pun ada. Cita-cita aku nak jadi akauntan yang bertauliah. Nak juga nak juga. Ala... tanpa angan-angan, tanpa cita-cita kita tak akan tahu apa kita nak, apa yang kita perlu usahakan kan ye tak? Biarpun suami aku nanti nak halang aku dari bekerja, aku nak juga kerja. Aku ni jenis yang mahukan duit sendiri. Sekarang pun aku cari duit sendiri. Kadan-kadang bila kocek kosong je minta dengan mak bapak. Hehe... Ye la. Kalau cuti semester tak ada duit la. Buka semester nanti, duit pun masuk la. Sayang kat JPA yang bagi aku duit. Hahaha... 

7.     Long relationship - Married - Childrens
Siapa yang tak inginkan kehidupan yang sebegini. Nak kan suami yang baik. Hubungan berpanjangan sampai hujung nyawa. Merasai alam perkahwinan. Rasa sendiri azabnya bersalin. Ada anak. Bahagia di sisi suami dan anak-anak tercinta. Masih panjang lagi jalan ini. Semoga kamu yang bertakhta di hati ini untuk selamanya.


Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why

Kate Middleton

Boleh tak aku jadi orang ini untuk sehari? Hahaha... ini angan-angan je. Korang yang baca entry ni jangan ketawa-ketawa, sindir-sindir, senyum-senyum sokmo ek. Aku tau, korang pun teringin juga kan. Hep!! Jangan tipu diri anda sendiri. Hahahaha..... :)

Aku nak jadi Kate Middleton ni sehari je pun. Ye la... tak ramai orang-orang biasa yang dapat berkahwin dengan putera raja beb. Pewaris takhta lagi tu. Di Malaysia ni, nak berkawan dengan anak pengawal Perdana Menteri pun payah. (Apa la yang ko merepek ni mi?) Sangat mengagumkan selepas Puteri Diana. Aku nak jadi Puteri Diana tak boleh pula sebab dia lama dah meninggal. Nanti orang cakap aku hantu Puteri Diana pula. Hahaha...

Sebab aku nak jadi dia ni?
Dia ni kan isteri pewaris takhta. Dapatlah aku nak men'cekau' apa yang aku nak dalam sehari tu. Aku nak apa wishlist aku seperti iPad II, (woo.....), kamera DLSR yang paling cun di dunia, dan yang sewaktu dengannya lah. Aku dah jadi tamak sekejap. Haha... Ala... setakat benda yang 'kecik-kecik' ni tak luak duit putera tu. Ini baru sikit. Belum lagi aku nak beli tanah, banglo sebesar banglo mendiang Micheal Jackson, banglo je. Istana tak mau. Beli limosin lagi. hmmm... itu semua lain kali la.

Aku tak nak popular macam Kate Middleton ni. Tak senang pula nak shopping. Hmm... sekejap lari sana, sekejap lari sini. Sekejap flash sana, sekejap flash sini. Muka mesti sentiasa senyum. Pakai baju santik-cantik sentiasa. Alahai... rimasnya...

Hmm... hidup susah, mati pun susah. hahaa... teringat dialog apek yang dalam cerita Madu Tiga tu. Dah... baik aku stop sekarang sebelum aku lebih merapu lagi.

Friday, July 22, 2011

Day 16- Another picture of yourself


P/s: Aku nak buat rambut sampai sekarang tak dapat-dapat. Hmmm....

Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play

Hmm... dalam iPod aku ada banyak folder lagu.
Antaranya Malay, Hollywood, Hangyul, Planetshaker, Trueworshipper dan Pujian Penyembahan.
Untuk entry ni, aku nak listkan yang Malay je la k.

Lagu favourite aku untuk sekarang.
  1. Sedetik Lebih - Anuar Zain
  2. Selamat Tinggal - Dina ft. Zizan
  3. Jahatnya Cinta - Stacy ft. Akim
  4. Terbaik Untukmu - Tangga
  5. Kerna ku sayang kamu - Dygta
  6. Jatuh Cinta Lagi - Matta
  7. Munajat Cinta - The Rock
  8. Baik-baik sayang - Wali
  9. Aku Cinta Kau dan Dia - Ahmad Dhani
  10. Tiada lagi - Amy Search

Day 14- A picture of you and your family


Aku tak ada gambar satu family sebab sekarang kami jarang berkumpul satu keluarga.
Kalau berkumpul pun mesti ada event kat rumah ini dan masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.