My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Tuesday, May 11, 2010

Hari ini punya cerita~


Hari ini bapa aku ajak turun untuk uruskan hal2 yang berkaitan. Seperti yang telah ku senaraikan sebelum ini dan tambahan satu lagi adalah format laptop lama ku. Aku terpaksa bangun awal, siap sedia, tolong mak bapakku dengan bisnes mereka.



Di sini, cahaya matahari awal keluar. Jadi, memang memenatkan dan membosankan semasa menunggu masa. Bapaku mengajakku ke mana sahaja dia pergi. Pusing Bintulu awal pagi lepas tu rehat sekejap sementara menunggu jam. Pukul 9 lebih kami berdua pergi EON centre. Hmmm….aku biasa pergi TOYOTA centre tetapi ini pertama kali ku pergi ke EON centre. Jadi aku meneliti setiap kereta yang ada di situ dan membandingkan. Boleh tahan juga. Selepas itu, kami berdua breakfast di Park City. Masa itu juga dealer produk yang ku mahu beli itu bagi mesej untuk mempercepatkan proses penghantarn dokumen. Memang aku mahu settlekan semua itu hari ini, dan lagi satu peluang untuk aku bertemu dengan abang adalah aku perlukan scanner. Yeah…aku perlukan abang masa ni dan abang memang boleh diharapkan. Hehehe…


Aku tidak dapat memikirkan apa2 lagi selain mahu settlekan prosedur tersebut. Masa aku berjalan dengan bapaku di mall memang fikiran aku ada nama abang je. Dialah harapanku masa ini. Hahahaha…


Aku peliklah. Kenapa semasa ku menunggu abang untuk datang kepadaku aku seolah2 nervous. Macam….hmmm….. aku tak tahu apakah perasaan itu. Semasa abang berada di depan mataku, dia bagi aku pilihan dan aku buntu mana satu pilihan yang harus ku pilih. Otakku kosong setelah dia ada didepanku. Why d bekos huh???
Aku memilih untuk follow abang. Aku gembira??? Entah… Tetapi yang penting hari ini aku telah melaksanakan semua senarai yang perlu aku buat dalam satu hari. Apa2pun terima kasih abang dan terima kasih juga dengan mak bapa ku kerana kamu percaya dan tidak melarang kami. Hey…dats my BROTHER ok!!! And I LOVE MY BROTHER.

brother & sister

 

Aku penat. Setelah seharian tanpa henti berjalan, menguruskan semua urusan, berfikir bagaimana dan macam2 hal lagi. Tapi aku gembira kerana semua urusan sudah selesai tanpa apa2 halangan.


Akhirnya, lesen ku di’renew’ semula. Celcom number mak dan aku pun tak dapat guna. Laptop selesai dan tinggal nak ambil je lagi. Prosedur dengan dealer selesai juga. Sekarang cuma menunggu masa untuk dapat handphone baru.


Di rumah pula, baru aku sedar aku tertinggal satu barang untuk resepi aku malam ini. Aku gunakan abang pertama aku pula suruh beli. Terima kasih kerana membeli untukku. Hehehe… Kisah aku dengan abang aku yang ketiga pula, mengajar memasak. Ape da…. Masak benda senang macam masak Maggie pun kena ajar da… Kisah aku pula, kena Tanya balik kampung ke tidak. Abang ke3 dari semalam2 tanya aku balik ke tak. Aku tak tahu la…. Tadi aku tanya abang aku yang first dia cakap diorang balik. Tambahan lagi keluarga aku kat Miri pun ada balik juga. AKU NAK BALIK JUGA LA KALAU MACAM TU…. Tapi jawapan mengecewakan. ‘ Macammana kamu nak balik dah tak ada tempat lagi untuk kamu. Lagipun tiket sudah dibeli. Tak payahla kamu balik. Tolong mak bapak sini je. Lagipun nanti kamu nak balik Semenanjung pulak.’ Ape da jawapan dia ni. Haiya…terus down. Ok la. Tak la aku balik. (dengan nada kecewa).

No comments: