Aku tak boleh nak bayangkan kalau berpisah dengan kau, duhai sahabat. Sekadar memandang kau dari kejauhan selama ni pun dah cukup mencengkam hati ni!
Persahabatan adalah lebih kukuh daripada cinta. Sahabat akan kekal hingga ke akhir hayat. Tapi cinta begitu rapuh sifatnya dan belum tentu dapat dipertahankan hatta setelah orang yang bercinta itu menjadi pasangan suami isteri sekalipun.
Jangan sesekali membuka ruang di jiwa untuk berasa sedih atau apa-apa yang negative sekalipun. Ini kerana sebaik sahaj ruang itu dibuka, rasa sedih, malas, tidak berkeyakinan, rendah diri dan segala macam perkara yang negative akan menguasai diri sepanjang malam.
Hidup ini terlalu singkat. Jadi kenapa perjalanan hidup sesingkat ini harus diisi dengan hati yang sedih dan tidak gembira?
Wanita jika mencintai seseorang lelaki, akan setia dengan lelaki itu untuk selama-lamanya. Malah selalu mendengar kisah ibu tunggal yang menolak untuk berkahwin lagi walaupun usia masih muda; walaupun ada lelaki yang mahu menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi jarang kaum lelaki begitu. Malah ramai yang kubur isteri masih merah, sudah menggatal hendak berkahwin lagi atas alas an tidak sanggup untuk hidup dalam kesunyian.
Kenapakah aku berperasaan begitu? Aku tidak membenci kaum Adam. Cuma jiwaku bagaikan telah kosong. Hatiku seperti telah dilarikan oleh seseorang. Entah oleh siapa dan entah dilarikan ke mana!
Sampai bila aku harus mengharungi kehidupan yang sunyi dan membosankan ini? Naluriku meminta untuk diisi dengan cinta seorang lelaki. Tetapi bagaikan ada sesuatu yang sedng menariknya ke belakang; yang membuat aku merasakan bahawa aku tidak memerlukan mereka dalam hidupnya.
Mana ada persahabatan yang cukup akrab antara lelaki dengan perempuan yang tidak berakhir dengan keintiman perasaan. Be realistic! Lelaki dengan perempuan ini umpama cas elektrik negative dan positif yang saling menarik antara satu sama lain.
Kalau sudah mencintai seseorang,cintai dia sepenuhnya. Seperti juga kalau ingin melakukan sesuatu, lakukan sepenuh hati. Kalau tidak, sampai bila pun tidak Berjaya sepenuhnya.
Kadangkala kedewasaan mampu menhapus keceriaan seorang remaja. Kedewasaan memerlukan tanggungjawab. Itulah hakikat kehidupan.Daripada seorang bayi yang tidak tahu apa-apa, kiata akan membesar menjadi seorang kanak-kanak.Ketika itu hidup kita berlalu tanpa perlu memikirkan segala macam masalah. Asalkan perut terisi, segalanya terasa baik-baik dan sempurna belaka. Alam kanak-kanak akan berlalu dengan begitu pantas dan masa remaja pula mengambil alih. Kita masih leka, masih berseronok-seronok dan kadangkala tinggal di alam mimpi kerana semuanya disediakan oleh manusia yang dipanggil papa, mama, ayah ataupun ibu. Dan masa remaja itu juga tidak kekal lama, lalu kedewasaan mengambil alih. Ketika itulah kita diuji dengan sebukit tanggungjawab. Kita perlu mencari nafkah untuk diri sendiri, isteri serta anak-anak. Tiada masa lagi untuk bermimpi.
Bukankah cinta merupakan motivasi terbaik bagi setiap manusia untuk lebih Berjaya dan berkeyakinan menempuh hidup? Cinta adalah terapi yang mencetuskan semangat. Rugilah klalau orang bercinta, hidupnya semakin leweh ataupun berendam air mata. Cukup rugi!
Cemburu memang perlu. Cemburu tandanya sayang. Tetapi membiarkan diri dikuasai oleh rasa cemburu membuatkan seseorang itu tidak mampu hidup dengan tenang.
No comments:
Post a Comment