Dimasa aku mula yakin dengan diri aku sekarang, engkau muncul balik. Segala yang berlaku, semuanya itu keputusan darimu. Aku langsung tak mengucapkan perkataan ‘ya’ atau ‘tidak’. Jadi, itu semua bukan salah aku. Bukan kehendak aku untuk melayanimu sebegitu rupa. Layanan aku itu memang patut engkau dapat. Ia tidaklah sangat kejam seperti yang engkau katakan. Tidak seperti engkau buat kepadaku dahulu. Apa yang engkau kisahkan kepadaku sekarang? Engkau sendiri yang ingin lihat aku bahagia. Kini aku bahagia dengan kehidupan aku. Apa engkau ingat aku tak bahagia tanpa engkau? Huh… Aku tak sepeti perempuan2 yang engkau mainkan itu yang akan meminta2, merayu2 kepadamu. Macamlah tiada lelaki lain di dunia ini. Inilah kata hatiku yang ego. Sebenarnya aku tengah belajar untuk seorang dan aku kini bersyukur aku ada keluarga yang sayang aku, abang2 yang sangat2 sayang kepadaku, dan tidak lupa dengan kawan2ku. Aku tidak pernah membenci engkau malah aku pernah menyayangi engkau. Aku tidak pernah menyalahkanmu tapi aku hanya mampu mengucapkan terima kasih atas segalanya. Atas apa yang engkau beri, atas apa yang kita impikan selama ini, atas apa yang engkau perbuat kepadaku, atas kesudian keluargamu menerima aku dan segala2nya. Dan satu lagi, aku tak mahu menerima maaf darimu.
No comments:
Post a Comment