My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Saturday, June 26, 2010

Di waktu aku meluangkan masa dengan blog ku

I say HAI again… Hehe… lama tak blogging beb. Aku tak de mood nak blogging la kebelakangan ni. Mood aku ok jer… Tak de masalah pun. Cuma aku TERsangatlah M.A.L.A.S. untuk menaip. Aku busy layan drama Smallville. 3 season dah habis. Bayangkanlah… aku makan, aku menghadap laptop aku, aku tido pun aku ngadap laptop aku untuk layan Smallville. Aku jalan2 round d world tu lain cerita la. Hehe…

Inilah rutin aku. Berkurung dalam bilik, layan lap, Kalau keluar je dari pintu rumah aku yang besar tu, memang aku jadi pilot @ co-pilot ( jadi driver @ jadi orang yang duduk sebelah driver sebagai pemandu arah @ tengok kereta ada ke tak untuk overtake) la tu. Bukan senang beb nak jadi pilot ni. Hmmm… Kalau bapak aku dah ketuk pintu bilik aku, memang la tu. “Mi, am ngau ku.” Ngee…. (ajak teman la tu.)

Apa yang jadi kebelakangan ni ek.. Hmm.. sebenarnya aku dalam mode malas ni. Tapi aku nak juga masuk entry baru dalam blog ni. Kesian lak blog aku terbiar je. Hish… aku masih manusia yang prihatin la beb.

Minggu ni kami sekeluarga mood berkabung. Jadi tak boleh la enjoy sakan beb. Nak jalan pun gitu2 jer. Tanda hormat kepada yang telah tiada. Hari ni baru la kami ‘ngetas ulit’. Jadi esok lusa tak ada berkira lagi la. Bukan maksudnya tak akan ingat lagi pada yang tiada. Di dalam hati, jiwa dan raga masih terpahat my lately grandpa.

Lepas balik dari kampung hari tu, keesokan harinya kawan aku datang ke rumah aku. Terharunya aku mereka sanggup datang rumah aku yang boleh dikatakan jauh jugalah bagi yang baru ke rumah aku ni. Sebenarnya tak jauh pun. 20 @ 30 minit dari bandar Bintulu cuma rumah aku ni di kawasan pedalaman. Rumah aku bukan lah double storey, teres, flat, kondo, apartment @ whatever it is. Rumah aku cuma rumah kampung je pun tapi bukan rumah panjang ok. Rumah sebuah je. (Pengetahuan bagi yang tak pernah ke rumah saya)

Drama lagi…

‘Orang gila’ tu mempersoalkan lagi.

‘If I want to accept u now, what will u do?’

Aku soal balik.

‘Accept u?’

Hee… aku palinglah tak suka ayat yang macam tu. Lalu aku pun berterus terang dengan dia.

‘Hey, u mengatakan yang u will accept me, macamlah aku yang tergila2kan kamu. Macamlah aku ni yang merayu2 dengan kamu untuk balik semula denganmu. E… please la…’

Ye… benar… aku tak tipu… aku berkata begitu kepadanya.

Aku soal dia balik. ‘ If I NOW say that ‘I want to be with u again RIGHT NOW’, what will u do?’

Huh… aku malas la nak taip apa yang dia cakapkan. Its all rubbish babe. Damn u…

Fikiran aku minggu ni slalu fikir pasal my lovely cousin. (yang aku hantar interview ke Kuching hari tu).


 Dia dapat tawaran dari UTP dan USM. Mula2 memang bingung la nak pilih mana U nak masuk nanti. Tapi the latest news from him, its already confirm he enter USM. Ok la tu. Lagi yang membuatkan aku bingung. Hal biasiswa… Hmm… budak ni kan memangla lurus dan bendul. Bukan aku mengutuk beb. Dia cousin aku yang genius, lagi2 dia seorang LELAKI jadi SEPATUTNYA dia lagi bijak, pandai, cerdik, pintar, dan paling penting B.E.R.A.N.I. Berani atas segala2nya terutama risiko. Sekarang ni tak tau la… Uncle aku yang kerja offshore tu ada masalah nak balik rumah. Masih di kapal la. Aku berdoa ni, harap2 dia dapat balik untuk hantar cousin aku tu ke Penang 1hb ni. Kalau tak, aku juga la tu nanti. Kalau aku… memang cukup penat la aku ni nanti. Tak ape la. Sekarang memanglah aku susah kerana dia. Nanti dah dia cukup matang tau lah dia tu nanti. Hmm….

My planning.

Bingung aku beb. 29hb ni macam mana ek?? Dahlah aku ni kureng sikit dah ni. Tapi aku dah buat appointment. Macammana aku nak batalkan? Boleh ke aku buat tak tau jer? Hish… Tak boleh la… Mi, ko jangan buat kerja gila beb. Nanti orang tu frust menonggeng ha… tak ke banjir Bintulu. Hmm… Aku minta Tuhan buka jalan untuk aku. Amen…

Miri…

Aku nak pergi Miri… Aku dah bagitau bapak terchenta aku, aku nak pergi Miri 3hb ni.. Bapak aku ok jer.. Hehe… kan kami ni memang tak pernah lelah untuk round2 d world babe… Ye la… Bintulu to Kuching aku dah. Miri je lagi. Limbang and Lawas lain cerita la. Baru aku perasan, kalau aku cuti memang cuti aku terisi dengan perjalanan yang jauh. Dari Bintulu sampai Kuching. Dari Bintulu sampai ke Kota Kinabalu. Memang wajib setiap kali aku cuti semester. Miri, I will coming soon. Tapi mak aku macam tak mau je hari tu. Tak pe… bapak aku dah on jadi aku tak risau. Hehehe…

Planning cuti bulan 12… Hmm.. banyak sangat dah dirancang ni. Member2 aku nak ajak g Miri before Christmas. Kenduri arwah datukku dalam rancangan 18/12. Abang kedua aku nak buat majlis kahwin time Christmas. Nak buat trip ke Sabah lagi tak confirm.

p/s : Pak, nti ka ngaga trip ke Sabah mesti maya aku cuti ar… E… memang la aku slalu ke KK tapi plan kita ka round 1 Sabah, mana boleh aku tinggal. Huhu…

Today…

Mak aku balik kampung dengan adik2 dia, ipar dia, dan anak2 buah dia. Aku?? As usual la beb jadi co-pilot bapak aku. Tadi uncle aku singgah di rumah. Bapak aku ketuk bilik aku la. Hmm.. mana lagi nak ajak jalan la tu. Ingatkan nak jalan2 round2 pasar Bintulu jer. Hehe… Aku sampai Sg. Asap beb tadi.. Memang aku ada niat nak pergi sana pun hari tu tapi tak teringin sangat la. Aku pun lama dah tak pergi sana. Rasanya lepas aku masuk matrikulasi kot last aku pergi sana. Terima kasih la buat uncle ku tershayang itu sebab dia sudi membawa kami berdua (bapa & anak) untuk menemanimu yang keseorangan untuk pergi travelling supaya tidak mengantuk semasa memandu. Ney mak… kami tadi round ney… Keh3… mak balik esok aku jeleskan dier… lalalla…

Dan hari ni juga aku dapat tau senior aku ada kat Bintulu. Hmm… sebagai hormat dan buat baik pada orang, aku bagitau je la kat dia kalau nak jalan atau nak lepak ke roger2 la saya yer… jangan malu2. Aku kasi cerita sama gua punya bapa, bapa aku punya la sibuk nak jemput dia nak ajak jalan2. Hee… cekiwa la beb… dia kerja la.. Busy mengalahkan PM.

Ok.. malas2 aku, dah 2 page juga la aku taip. Hmm… Ni la tabiat aku kalau dah jari ni menaip macam2 je nak merapu. Aku nak END kat sini la. Aku belum apa2 lagi ni. Sampai2 je kat rumah, masuk bilik terus menghadap lap. Hee… teruknyer anak dara ini. Ah… like my heart la kan…

END.

No comments: