Akhirnya aku kehilangan datukku yang terchenta pada 14 Jun 2010. Aku sangat2 terkilan dengan ketiadaannya. Dari sebelum gawai hari tu hati aku memang tak senang langsung. Aku nak balik kampungn tapi tak dapat. Hari tu lepas aku balik dari Kuching ingat nak balik terus ke Kapit tapi tak dapat juga. Kalau aku mengingatkan itu, tiba2 je air mata aku mengalir. Kalaulah aku jadi balik hari tu, at least aku dapat berjumpa dengan datukku semasa dia masih hidup.
Aku teringat gawai tahun lepas, kami berkumpul kat rumah aku ni. Sempat jugalah datuk aku pakai baju yang aku beli untuk dia. Sempat jugalah datuk aku jalan2 di Bintulu dan Johor Bharu. Dia tak ada sakit apa semua, tak pernah marah2, tak pernah sakit hati dengan anak2, cucu2 dia. Kalau kami sekeluarga balik kampung, memang bilik kat rumah panjang tu kecoh dengan gurau senda. Tak ada gaduh2 punya. Nenek dengan datuk aku memang seperti belangkas. Tak pernah berenggang. Memang best couple la beb. Ini… tiba2 je dia rebah. Hari tu kena strok tapi dah keluar hospital. Lepas tu masuk hospital balik sebab dia kencingkan darah. Makin hari makin teruk. Uncle aku mula2 memang tak nak contact kami kat Bintulu ni. Alasan dia, tak nak kacau mereka kerja. Tapi hari tu setelah mak bapak aku balik, barulah datuk aku dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mungkin dia memang tunggu mak aku kot. Ntahla… memang mengejutkan memang tak disangka2.
Kami balik 15hb. Semua adik beradik mak aku balik. Memang bestlah kami dapat berkumpul semua tapi dengan suasana yang tidak sesuai begitu yang mencacatkan keadaan. Hmm… aku pun dah tak de mood nak teruskan menaip ni. Terkenangkan datukku yang pernah tidur di bilik aku, lagilah aku tak dapat tidur. Sayang nenek aku. Sedih aku tengok nenek aku masa aku cium dia bila nak balik semalam. Apa boleh buat. Menangis air mata darah sekalipun datuk aku memang tak akan kembali lagi.
No comments:
Post a Comment