Semester baru mesti ada pelajar baru masuk ke universiti ini dan golongan mereka digelar junior bagi kami yang lama sudah 'bertapa' di sini. Dan kami sebagai senior tidak sabar ingin berjumpa, bertemu, berkenalan dengan junior2 atau adik2 kami yang baru masuk.
15 Julai 7.00pm
Masa pertemuan senior dan junior yang seiman di Tasik Guthrie pondok biru. Semua kami menjangkakan hanya akan berlaku peristiwa yang biasa2 sahaja di sana nanti seperti semester yang sudah. Tapi sangat mengejutkan, sambutan luar biasa berlaku pada semester ini. Praise the Lord! Bayangkan pondok biru itu penuh sesak dengan junior2 sahaja. Senior2 hanya sebahagian yang datang sebab ada yang tengah retreat dan yang sewaktu dengannya pada masa yang sama. Sangat memberansangkan junior2 semester ini.
Junior2 yang berasal dari Sarawak.
Junior2 yang berasal dari Perak dan Selangor, KL
(Sorry. Gambar yang lain tak dapat di upload. Kabur la.)
Gembira dengan perjumpaan bersama mereka semua. Happening. Best. Tuhan pasti ada rencana-Nya sendiri menghantar kamu semua ke UUM ini. God Bless U all!!!
Dan 16 Julai. CG Laluan A1 dan A2 Full Gospel Kebaktian BM mengadakan misi pertama kami pada semester ini membawa adik2 kami ke kebaktian BI di Full Gospel Church Alor Setar. Mendapat sambutan. Kami seramai 18 orang + 3 orang membuat misi di Alor Setar. Hahaha... macam rombongan sekolah membawa mereka ni. Pergi Star Parade & City Plaza. Ok la untuk outing first bagi adik2 ini.
(Gambar outing belum ada. Tunggu kumpul sumber ni. Hehe...)
Best dengan adik2 ni. Great to have them. Ada perangai mereka membuatkan kami teringat kembali dengan senior2 kami yang sudah grad. Miss my seniors... Hmmm... Tanpa mereka dulu, siapalah kami sekarang ini. Siapalah yang membimbing kami, memimpin kami ke jalan yang benar. Aisehmen... Main2 juga, aku serius ni tau.
Ok done. Have a nice day today with my brothers and sisters in christ.


No comments:
Post a Comment