Malam tadi aku mencipta sejarah dalam hidup aku beb... Apa aku buat??? Aku tengok World Cup FIFA...
Tak pernah2 aku tengok orang main bola secara live di televisyen sepanjang aku hidup nak dekat 21 tahun ni. Selama ni kalau aku tengok pun, aku tengok yang review je. Tengok macam mana pemain skor gol, nak tahu berapa gol yang mereka skor... tu je la. Tetapi semalam disebabkan team yang kiranya hebat dan rugi kalau aku lepaskan peluang untuk tidak tengok secara live match tersebut, aku pun tengok. Germany VS Argentina tu. Dua2 pasukan hebat. Aku memang sokong German ok. Dari dulu lagi. Dan akhirnya tak sia2 aku tengok.. Germany win... Yeah.. Nasib baik la match ni boleh ditonton pada pukul 10 malam waktu Malaysia. Kalau awal pagi, jangan harap la aku nak tengok. Dan kemenangan itu boleh membuatkan aku tersenyum lebar semasa tidur. Ehehehehe...
Lepas habis match, aku menjalani rutin harian aku untuk tidur. Aku masih layan fb aku sambil rehat2 di katil ku yang terchenta tiba2 aku dapat panggilan misteri (kununnya). Aku tengok je nombor fon yang tertera, mood aku dah spoil. Damn... Rasa hati nak je aku buang handphone aku ni tapi aku sayang la. Tu
pasal la aku selalu off my fon tak tentu pasal sebab tak nak orang ganggu, spoil mood aku. Tak best ar kalau orang spoil2 mood ni. Hee...
Apa dia nak cakap, nak tahu???
Jadi tak pergi Miri tadi?
Kenapa nak tanya pula? Kalau aku jadi pergi pun, kamu nak buat apa la? Sekarang dah 00.00 AM. Dah masuk hari Ahad dah pun. Kenapa nak sibuk2 dengan aku ada pergi Miri ke tak? Disebabkan bini engkau dah tidur sekarang, engkau cari aku la? Ooo... hari tu bila aku tanya macam mana dengan appointment, kamu cakap tak tahu, lagi2 dah janji dengan bini la apa la... Hey.. u ingat aku ni apa ar??? Sekarang kamu nak salahkan aku, cakap aku yang mungkir janji, cakap aku ni cakap tak serupa bikin, aku ni lupa kawan, aku ni orang jahat... Ah... what so ever la u...
Betul!!! Itulah ayat yang aku cakap, yang aku sembur, yang aku bagi kat dia. Dia cakap aku merajuk. Aku bukan merajuk. Aku terlalu marah. Aku benci kamu.
Haish... masa aku taip ni pun aku penuh dengan emosi tau. Mengingatkan cakap dia semalam memang aku nak lempang je budak tu. Syukur la kamu tu jauh dari aku. Kalau tak, lama dah aku bunuh kau. Aku cakap dengan dia memang aku tak pernah ambil hati langsung walaupun sikit. Aku memang hina dia, kutuk dia, perli dia depan2 dia. Hey... aku tak buat belakang u ok.(kecuali in this blog. kepda yang membaca diam2 ar) Aku tak nak jadi orang hipokrit, penipu, berjanji manis macam kau.
Remind myself :
DONT EVER CONTACT HIM AGAIN.
DONT EVER REMIND HIM AGAIN.
THROW AWAY ALL THE STUPID MEMORY THAT I HAVE WITH HIM.
Haish....

No comments:
Post a Comment