My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Sunday, August 29, 2010

Hairan

Aku tak tau kenapa hati aku tak berapa sedap ari ni. Moody semacam je. Nak kata coming moon lambat lagi ni. Ntah la.... Sebentar tadi aku call mak aku tanya berita lagi untuk hari ketiga berturut2. Aku tanya bapa dah balik rumah ke belum. Mak cakap bapak belum boleh balik rumah lagi. Dia kena stay kat Sibu jap. Tadi doktor cakap bapak tak ada penyakit pun. Tapi yang hairannya dia sekarang tengah sakit. Aku tanya bila bapa boleh balik rumah? Mak cakap hari Selasa ni kot. Itu je yang mampu aku bualkan bersama dengan mak aku.

Huh... aku tak tahu lah sekarang ni. Makin zaman ini maju, makin banyak penyakit yang tidak dikenali dan bapa aku seorang mangsa sekarang.

Tuhan, panjangkan umur bapaku. Aku sayang bapaku. Usir segala sakit penyakit yang ada di tubuh badannya. Berilah damai sejahtera dan sukacita kepadanya. Begitu juga dengan ahli keluarga ku termasuk aku sendiri di sini. Kami semua memerlukan kekuatan dari Engkau. Kami percaya bahawa Engkaulah Allah Penyembuh bagi kami. Apapun kami serahkan semuanya ke tangan Engkau.

No comments: