Ok. Hari ini aku rajin nak berblogging sebab aku dah tak ada kerja dah. Hehehe.... inilah hikmahnya kalau buat kerja tak tangguh2. Dapat je terus buat. Tak perlu nak susah payah nak fikir lama2 tentang kerja yang sememangnya berlambak. Ni esok pun ada kelas untuk 3 subjek dan setiap subjek ada tutorial yang nak kena hantar. Dengan bangganya aku mengatakan yang aku sudah siap semuanya. Ngee~
Mula cerita,
Pagi tadi aku ada exam UBS. Ok la... cuma banyak sangat ke'curious'an. Haha... walaupun open book ar... Korang ingat senang ke nak jadi accountant ni ar? Ini baru exam for system tau. Belum lagi exam professional MIA lagi. Hahaha...
Dan untuk hari ini, aku dah tak ada kerja dah nak buat. Plan aku balik bilik tidur la. Memang aku tidur sepuas-puasnya.Tadi masa tidur handphone aku berbunyi. Bapa aku call. Korang tau apa aku buat? Aku buat do no je. Aku boleh siap sambung tidur dengan nyenyaknye lagi tu. Aku tau la bapak aku call sebab ringtone dia berbunyi 'your daddy is calling you. Want to see what you have do. lalalala...' (korang sambung sendiri la). Tadi pun terbangun terkejut sebab bunyi alarm handphone ku menunjukkan pukul 7 petang yang menandakan aku perlu bangun untuk mandi dan bersiap2 pergi latihan untuk misi OA. Aku pegang je handphone tu untuk 'off'kan alarm, aku dapat satu mesej. Mesej tu mengatakan yang latihan malam ni dibatalkan. Lagi pengarah misi OA ada buat misscalled, (masa aku dah silent mode kan handphone aku la tu.) Aku terus call dia. Bla bla bla... dia bagitau tentang latihan tersebut dan pertanyaan aku macammana dengan tutorial yang sis nak pinjam tu. Dengan nada risau, sis Nis jawab ' Itulah... huhu... macamana ni ar?'
Aku pun tiba2 jadi bijak walaupun aku baru je bangun tidur sebentar tadi.Aku bagi cadangan hantar jawapan tu guna email. Kan ke sekarang teknologi sudah canggih. Kita kena bijak unuk gunakan segala kemudahan yang ada.
Dan sekarang, aku nak buat apa lagi yer? Hmmm... Ada juga la kerja aku ni sebenarnya tapi tapi semua kerja tu dihantar lepas cuti dan projek pada bulan 10. Lama lagi.... ilek la... Ngee~ belum ada mood nak buat tu semua. Tengok la nanti kalau aku rajin. Ha... esok semua kelas core paper harap2 lecturer2 kesayangan aku tu tidak la bagi kerja lagi yer. Cukup la sudah almost 3 weeks aku berkorban untuk diri sendiri. Muka aku ni pun dah jadi ladang ternak jerawat dah. Masa untuk hapuskan jerawat!!!! Gunalah OXY 5. Hehehe...
Yang pasal bapa aku tu tadi, aku call juga dia. Mana tau ada apa2 ke. Dia selamat sampai kat Sibu. Dia cakap tadi dia pergi Specialist,doktor kat sana suruh dia pergi Hospital Besar untuk check darah. Aku pun hairan kenapa dekat Rejang Specialist tu tak dapat ambil darah ka? Lepas tu, doktor kat hospital suruh dia jangan dulu balik Bintulu sebab esok nak kena check darah lagi. Belum tau apa penyakit lagi. Huhu... sedih aku dengar bapa aku cakap macam tu. Kesian dia. Walaupun dia sedang kesakitan, suara dia tetap cergas bila bercakap dengan aku. Apa2pun mari kita sama2 doakan bapaku supaya diusirkan segala sakit penyakit yang ada dalam tubuh badannya. Biarlah dia bersukacita sentiasa dan dapat kesihatan yang terbaik.
Ok itu sahaja dariku hari ini. Huhu... aku mengalirkan air mata apabila mengenangkan bapaku. Teringat aku masa dia sakit teruk dulu. Tuhan, panjangkan umur bapaku. Aku sayang bapa aku.
No comments:
Post a Comment