Ini adalah satu sharing daripada rakan seiman yang berkerinduan untuk berkongsi dengan rakan2 seiman yang lain. Petang tadi dia bagi kami dalam persekutuan dalam bentuk kertas dan hanya beberapa orang sahaja yang dapat kertas yang dia edarkan. Dan kini, setelah saya meminta kebenaran daripada saudari itu sendiri dan pendapat ketua Cell Group saya, saya bercadang mahu buat ini sebagai entry blog saya untuk berkongsi dengan rakan2 seiman yang lain. Jadi, di sini, bacalah, renungkanlah, selidiki hati masing2 dan berdoalah.
BACA YOHANES 6:28-29
Ketika saya masih muda dalam kehidupan sebagai Kristian, saya menghadiri satu seminar yang bertema, apa yang perlu kita buat untuk "MENGERJAKAN PEKERJAAN YANG DIKEHENDAKI ALLAH". Saya diberitahu bahawa kita perlu lebih berdoa, lebih berpuasa, mengenal musuh kita dan seterusnya. Saya balik dari seminar itu dengan perasaan keliru. Satu hari, saya mendapati persoalan ini ada di dalam alkitab. Tetapi, jawapannya BERBEZA!!
Dalam injil Yohanes, kita mendapati bahawa Yesus juga ditanya dengan soalan yang sama oleh orang ramai yang kagum dengan mukjizat-Nya. Soal mereka, "APA YANG PERLU KAMI BUAT SUPAYA KAMI MENGERJAKAN PEKERJAAN YANG DIKEHENDAKI ALLAH?"
Perhatikan bagaimana Yesus menjawab mereka. "Inilah pekerjaan yang dikehendaki Allah, yaitu hendaklah kamu PERCAYA KEPADA DIA YANG TELAH DI UTUS ALLAH." Kawanku... perbuatan yang TERUTAMA ialah PERCAYA - mempercayai Yesus yang telah melakukan semua untuk kamu!
Jika kamu bertanya,"Apa yang perlu saya buat untuk terima penyembuhan?" Jawapannya ialah Percaya dalam Yesus, yang "Ia menanggung penderitaan kita dan menyembuhkan penyakit kita" (Matius 8:17). Kita mendengar banyak mukjizat yang Tuhan masih lakukan terhadap penyakit yang berbahaya seperti kanser. Mereka hanya percaya bahawa Yesus telah menanggung penyakit mereka di atas tubuh-Nya. Tidak ada apa yang perlu mereka lakukan, kecuali PERCAYA.
Paulus dan Silas berkata dalam Kisah Para Rasul 16:30-31 "Percayalah kepada Tuhan Yesus Kristus dan engkau akan selamat, engkau dan seisi rumahmu." Mukjizat terjadi dalam hidup, bukan kerana pekerjaan kita melainkan hanya PERCAYA kepada Yesus yang telah mati untuk menyelamatkan dan memberi hidup yang kekal kepadamu. Saudara saudari yang dikasihi, apa mukjizat yang kamu perlu hari ini? Tiada apa yang perlu dilakukan, hanya PERCAYA! Yesus telah melakukan semua untuk kamu. TERIMA SAHAJA!!!
GOD BLESS YOU!!!
No comments:
Post a Comment