My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Wednesday, September 29, 2010

Dapat taip lagi

Jarum jam sekarang menunjukkan 12.53 pagi tapi jam atas meja aku ni baru sekarang aku perasan dia tak bergerak da... aku compare dengan jam laptop aku dah pukul 2.06 pagi manakala jam hp aku pukul 2.08 pagi. Ah... mana2 la asalkan yang aku tau sekarang hari gelap. Hehehe....
Aku baru je siapkan report yang mengambil masa 1 jam setengah untuk edit copy dan paste. Lepas tu aku makan ayam goreng sambil aku online tengok2 apa yang patut. Sekali tu cuba buka blog untuk new post, ruangan nak taip2 benda alah ni dah tak loading2 dah tak macam hari2 lepas. Before this, blog aku payah sangat la nak loading untuk new post. Kat ruangan post ni tak dapat taip la. Yang dapat taip hanyalah di ruangan 'title'. Dah dekat seminggu lebih gak la aku puasa blog. Facebook aku sekarang pun jarang nak update status. Aku tersangatlah malas. Sangat2. Aky tak main2 tau. Sampaikan sis aku pun mencari aku ke mana aku menghilang sepanjang aku tak online ni. Maknanya sayang juga diorang kat aku ek. Hehehe....
Ok... now tangan aku cukup ligat nak menaip. Jadi apa la cerita aku sekarang???
Hmm... aku nak kongsikan gambar2 aktiviti time kami boring2 di UUM ini lah.
Aktiviti aku sekarang, kalau ada orang memukat, memancing, aku jadi supervisor terhormat mereka. Kalau ada orang ajak main bola tampar, aku memang tersangat rajin ikut tapi aku jadi model tepi padang dan tukang kutip bola. Aiseh... tak la seteruk itu. Aku join main juga tau. Teringat time PJK sekolah2 dulu. Punya la semangat nak main bola. Main apa2 la dengan bola. Semua aku bedal... Tapi dah lama aku retire beb... sampai aku dah tak reti dah. Ye la... masa aku kat matrik dulu mana ada aku pegang bola. Dah namanya student akaun, pegang kalkulator je la jawabnya. Maksud aku kokurikulum aku dulu kena otak pandai meniaga la...
Ok la... gambar2 kat sini aku upload je. Korang tengok la....

Dan aku dah start busy sekarang. Sibuk dengan BOD, EGM dan AGM meeting. Hmm... Nak bermeeting jadi professional ini bukan mudah. Sangat2 ikut kod etika. Dah namanya profesional. Tadi pun aku pergi Alor Setar cari blazer. Bak kata orang kampung, baju kot. Hehehe...
Aku sibuk dengan projek last minute nak kena siapkan. Syukur juga la projek aku sekarang tinggal dua lagi. Chaiyok2...

Lepas ni aku ada banyak juga pelayanan yang menanti. Kalau berpeluang, minggu depan aku kena jadi worship leader di church. Puji Tuhan untuk itu. Terima kasih juga kepada Brother Ramy yang sudi bagi pelayanan. Mungkin dia nampak kerinduan aku. Lepas tu doakan Misi Benjamin yang akan diadakan di Perlis nanti. Pra-Natal juga di FGCA dan FGCC. Dan paling grand sekali, konsert rohani. Kena siapkan hati masing2 sebelum melayani. Apa2pun, kita perlu kerendahan hati untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Owh... tidak lupa juga dengan abang aku. Hari tu seminggu aku tak call dia. Sekali aku call dia, suara dia sangat lemah. Aku tanya kenapa? Dia cakap dia tak sihat. Dan hari itu dia terpaksa off kerja sehari. Dia sudah sakit selama 4 hari termasuk hari yang aku call dia itu. Maknanya, dia sakit sepanjang aku tak call dia. Hmm... sakit angau ke bang... hhehehe... sory abang... adikmu ini sangat la sibuk. Nak call takut kacau pula segala kerja2 aku. Tapi at least mesej la adik lau rindu ke apa ke... hee.... geram adik. Tak pernah2 melarat sakit, ini sampai 4 hari sakit. Kakak je nurse... hmm....
Ok la...aku nak tdo lu... esok lusa sambung merepek...

p/s : pagi nanti la aku upload gambar. Aku malas nak tunggu loading pula sekarang. heheh... jangan mara a.... ^^

No comments: