My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, October 28, 2010

Jalan2 cari makan

Hari ni aku nak post semua entry2 yang dah nak basi dah ni. Hehehe... balas dendam sebab lama tak ber'blog'ing dan dulu blog aku buat hal selalu je error kalau nak upload gambar. Tadi cuba2, dapat pula. Hah... apa lagi. Jom kita blogging....

Dinner Ramah Mesra Aidilfitri Ad Hoc Sabah pada 12 Oktobe 2010.

Dinner ni sebenarnya khas untuk anak2 Sabahan tapi banyak jugala yang menyibukkan diri tiba2 jadi anak Sabah ni. Padahal dalam IC kat tengah2 dia 13, 06, 02 and what so ever la. Yuran untuk dinner ni hanya RM3. Ya... Rm 3 sahaja. Dinner betul2 dinner yang ada meja dan makanan dihidangkan di atas meja yang ada 10 orang. Ini dinner betul2 tau. Kalau selama ini, apa2 jamuan yang kena bayar rm3 ke rm5 ke mesti makanan tu dah siap2 kena bungkus dalam SATU bungkusan dan hanya perlu agihkan kepada orang dan orang tersebut hanya perlu ambil dan balik bilik makan la sampai habis. Tapi kali ini tak. Event dinner yang setaraf kat hotel. Dibuat di DTSO. Hmm... Muat 30 meja. Masa ni, terasa sangat kami reunion KML pula sebab kami semua berkumpul kat satu dewan ni. Kami semeja pun 7/8 adalah sama2 KML dulu. Huhu... bestnye jumpa geng2 KML. Teringat masa dinner accounting kat KML dulu. Ok la... korang tengok je la gambar kami.
Macam datin kan??? hehehe...

Masuk2 je dalam dewan ni nampak Afy. Apa lagi, "Afy... gambar red carpet cepat!!!" Hahaha...
Thanks kepada camera Afy yang mencantikkan muka kami. Huahuahua... guna SLR tu...

Aku mencari2 gambar kami yang satu meja tu. Tiba2 tak jumpa pula. Huhu...
Tak pe la...

Hanya ini yang mampu aku tayangkan.
Dan gambar terakhir kami untuk malam itu.


Selesai dengan dinner. Nak cerita pasal outing pula.

23 Oktober hari tu adalah family day bagi Cell Group A1.
Kami pergi outing....
Destinasi kami menjelajah Perlis.
Aku bercerita guna gambar je la ek...

Bermula pada pukul 8 pagi, aku bersiap sedia untuk check kereta yang akan kami guna pada hari itu, tapi malangnya ketiga2 kereta yang aku tempah semuanya berkunci dan macam mana aku nak masuk dalam kereta tu??? Aku pun call abang Adi tu. Dia datang dah nak pukul 8.30 pagi. Aku pun ambil driver 2 orang kat cafe MAS untuk bawa 2 lagi kereta yang tersadai kat depan blok aku tu. Takkan aku pula yang nak bawa ketiga2 kereta tu sekali ye tak...

Ok... setelah briefing sekejap dan berdoa, kami memulakan perjalanan. Sebelum itu, snapping first...

Happy family....


Kereta yang kami guna. Kancil jer... nak jimat budget da... RM5/jam.
4 buah kereta. Driver :- Ropin, Yainie, Ed dan aku la...

Sempat jadi model SHELL tanpa gaji kejap... hehe...
Singgah kat Changlun beli minyak dulu.

Lepas tu, destinasi pertama kami adalah....
Tak menyempat langsung. Sampai2 je, buka pintu kereta tutup terus cari port bergambar.... hish...
Aku pun tak nak tinggal juga....

Destinasi pertama kami pada pagi itu adalah Muzium Kota Kayang.
Keluar dari Muzium ni, kami pergi Taman Ular.
Aku tak de gambar kat Taman tu sebab aku melencong ke Kangar kejap.
Beli minyak kereta dan pusing2 Kangar.
Lepas tu kami pergi berkelah di Bukit Ayer...


Ramai sangat orang kat sini sebab hujung minggu. Hmm... hasratku nak mandi pun terbantut.
Malu la I... hehehe...
Kami ramai2 tu hanya memerhati je diorang lelaki mandi.Leaki yang tak mandi hanya dua orang tu je la.

Lapar sangat2... kami singgah dulu kat pekan sebelum masuk Gua Kelam.
Kat sini banyak kedai cina.
Tokey kedai ni pun kaya mengejut hari tu sebab kami pun dah 20 orang.
Pada masa yang sama ada 2 kumpulan kecil yang juga dari UUM makan kat kedai ni.
Masa makan ni, aku tak selesa betul.
Uncle2 auntie2 yang kat kedai ni tengok kitorang semacam. Huhu....
Macam tak pernah nampak orang je...
Taulah kami ni cute2, comei2 belaka... huahuahua


Gua kelam.... Hehehe... terpancar wajah2 ceria family ku...
Erkk... ceria ka????

Gambar wajib sebelum meninggalkan Gua Kelam.
Destinasi kami yang terakhir Padang Besar.
Tak dapat nak bergambar sebab hari hujan lebat masa tu...
Hmm... sangat enjoy that day.
Cuma aku betul2 terasa yang amat penat sangat hari tu sebab dah berapa hari dah tak cukup tidur.
Bermula malam Khamis hari tu,
aku kena bermalam di gereja untuk persiapan Pra- Natal.
Hanya sempat tidur 2 jam je.
Tak de rehat langsung.
Balik je bilik malam hari juamat tu, 
aku call bapa aku sebab siang tu beberapa kali bapaku call.
Aku bercakap pun macam orang mabuk.
Ngantuk sangat2.
Terus tertidur.
Tiba2 terjaga.
Aku ingatkan dah pagi.
Tapi baru je pukul 10. 
Aku bangun untuk mandi dan siap2 pergi last meeting untuk CG outing pukul 11.
Balik dari meeting dah pukul 12 lebih.
Cuba buat tutorial yang kena hantar hari Ahad.
Lepas tu, hang dah otak tidur.
Masa CG outing tu pun aku tak berapa jalan sangat.
Aku terlalu penat dan ngantuk.
Tapi syukur. Semuanya berjalan dengan lancar....

Sem depan kita buat lagi dan kita buatlah kat Penang. Hahahhaah....
Rancangan besar ni....

Rasanya tu je kot yang perlu aku kongsikan.
Penat dah.
Ni pun tengah dua hati nak pergi last kelas ke tak ni nanti.
MALASNYER.................

No comments: