" Paper final exam aku yang first ni. Hmm... dah la tak study apa-apa kena suruh buat. Hehehe... Demam final exam katakan padahal baru je habis tengok drama Korea 10 episod. Kwang3... So aku pun visit her blog dan Cik Mavis tulis kat entry dia "who are being tagged will do the same trivia as what I did. Hehee. Just to know you better."
Ok. Saya mengikut perintah miss... ^-^
Rasa-rasanya tentang diri aku dah detail kat ruangan information di page aku ni. Tapi... hmmm... takpe la. Aku usahakan untuk dapat A+ untuk paper ni walaupun aku AKAN merapu. ekekeke...
1. Aku bahasakan diri aku kat blog ni A.K.U sebab apa yang tertera di dalam blog aku ni semuanya suara dari lubuk hatiku dan secara automatik tangan aku akan menaip dengan laju di atas keyboard notebook aku ni. Dan sekarang blog aku pun dah tukar nama dari ~ Story morry dalam hidupku ^.^ ~ ke ~ Letter from My Heart ^.^ ~
2. Kalau dulu aku adalah penulis diari yang setia. Entah berapa buku dah diari aku kat rumah aku pun tak ingat. Sampaikan dulu-dulu diari tahunan bapa aku yang BDA bagi kat semua pekerja-pekerja dia aku ambik untuk tulis diari. Tapi sekarang, aku dah tak larat dah nak simpan buku diari aku tu. Sebagai alternatif untuk mengurangkan space buku di bilik aku tu, aku bertukar mood taip je apa yang aku nak kongsi dalam blog.
3. Blog ni dah lama wujud sejak 2008 tapi aku hanya sempat say welcome kat page aku ni. Lepas tu, aku buka blog yang ada kat friendster sebab masa tu zaman friendster. Bila aku buka friendster terus aku automatik buka blog tapi sekarang friendster aku pun dah kureng dah. Sekarang zaman 'buku yang dibaca tak pernah khatam2' pulak.
4. Masuk ke dimensi memperkenalkan diriku ini kepada yang ingin mengenaliku. Mak bapak aku bagi nama aku untuk diisi di sijil kelahiran ROMY ANAK NYAWAI.
5. Aku dilahirkan di atas katil Hospital Besar Bahagian Bintulu pada 4 November 1989.
6. Jantina aku perempuan tau. Nama aku je yang macam lelaki. Kalau dulu2 orang selalu ejek nama aku tapi aku kadang2 marah gak tapi selalunye aku ignore je. Apa aku kisah. Aku bangga apa nama aku macam tu. Mak bapak aku juga yang bagi nama tu. Apa korang kesah dengan nama aku? Aku kacau hidup korang ek? Huhu... tetiba rasa emo pulak.
7. Korang boleh panggil aku dengan nama penuh. Nama manja aku di kalangan rakan ku 'Mi', 'Mye', 'Me'... ah... macam-macam la ejaan dia. Yang penting sebutan tu yang sama. Di kalangan keluarga besar aku diorang panggil aku 'Umi'. Mak bapak aku panggil aku 'Umi' dan 'mi'. Abang-abang aku panggil aku 'mit' sebab aku paling bongsu. Dan abang kesayangan aku Joseph satu-satunya panggil aku 'Adik'. Hehehe.... (tetiba rindu abang pula.)
8. Aku anak bongsu dan satu-satunya perempuan kami adik beradik.
9. Aku ada 5 abang. 3 abang kandung. 2 abang angkat. Pertama abang angkatku Ricket lahir 1974 dan belum berkahwin. Kedua, abang aku Longan lahir 29.08.1977. Dah berkahwin. Ada anak 3 orang. Ketiga, abang aku Kelip lahir 08.08.1978. Dah berkahwin dan ada anak 2. Keempat, abang aku Johnny lahir 06.03.1980. Dan abang kesayangan yang aku 'angkat' sendiri Joseph Chong lahir 29.06.1988 dan masih single.
10. Aku ada 5 anak buah dari hasil perkahwinan abang-abang aku. Yang sulung berumur 16 tahun sedang bersekolah di SMK Bintulu. Cuba bayangkan aku 'auntie' dia baru berumur 21 tahun. Kalau kami berdua berjalan sama, bagi orang yang tak tahu hubungan kami apa, orang akan ingat kami adik beradik. Badan anak buah aku ni lebih besar dari badan aku. Huhu... baru aku sedar betapa kecilnya aku. Ada gambar budak kecik di ruangan information aku sebelah kiri ni, dua orang tu lah budak nakal selalu ikut aku jalan. Francis Xavier 6 tahun dan Claudia 4 tahun. 3 orang anak abang sulung ku.
11. Aku tidak rapat dengan anak-anak buah ku hasil perkahwinan abang keduaku sebab mereka di Limbang. Hanya sekali sahaja aku pernah rapat dengan mereka semasa aku bercuti di rumah mereka selama seminggu.
12. Aku sangat berdikari sejak kecil lagi selalu ditinggalkan bersendirian di rumah.
13. Rumah aku bukan di bandar, bukan perumahan, bukan rumah panjang. Tapi rumah aku adalah sebuah rumah yang didirikan di atas tanah yang bapak aku beli dulu. Jauh dari jiran-jiran. Jiran terdekat kami adalah mertua abang sulung ku. Hehe... Rumah ku 30 minit guna kereta dari pasar Bintulu. Kalau orang tak biasa tinggal sorang2 di rumah aku tu, dia akan takut tinggal sorang2 sebab sangat sunyi. Hanya bunyi kenderaan sahaja yang membisingkan keadaan.
14. Kalau aku tinggal sorang2 di rumah terutamanya malam, aku akan pasang semua lampu yang ada di rumah tu kecuali spotlight la. Aku akan buka volume tv besar-besar. Kadang-kadang kalau aku mula rasa seram sejuk duduk di ruang tamu tu, aku akan berkurung di dalam bilik terchenta aku, buka notebook, tengok movie, drama atau buka lagu besar-besar dan aku akan tidur dengan keadaan lampu terbuka. Kalau mak bapak aku sampai kat rumah tu keesokan pagi semestinya diorang akan pot pet pot pet dengan aku kenapa la buka semua lampu ni??? Ngee... aku hanya mampu tersengih.
15. Kalau aku kat rumah aku sendiri, bila aku mahu siap untuk beradu, masuk bilik, susun siap-siap 'pagar' a.k.a. bantal-bantal aku yang banyak. Bentang selimut awal-awal lepas tu ambil telefon call abang a.k.a Joseph. Bila abang dah say 'Hello' aku akan jawab 'Bang, kejap ar.' Pergi ke tempat suis lampu, bersedia untuk lari ke katil dan 'TAP' bunyi suis lampu ditutup aku pun lari masuk berselubung dengan selimutku. Bila keadaan dah reda, baru aku bercakap dengan abang aku. 'Ok bang. Adik dah siap. Nak tidur. Gud nite!' Hahaha.... Perkara setiap malam aku lakukan kecuali bila aku penat sangat-sangat dan aku tak tahu macamana rupa 'han...' ngee....
16. Masa aku cuti semester, aku semestinya akan balik ke Bintulu dan di masa cuti tu aku akan isi hari-hari aku dengan rehat, jalan-jalan, lepak-ing. Rancang cuti-cuti Malaysia. tapi selalunya cuti-cuti Sarawak je la. Cuti yang akan datang ni aku tak ada masa nak jalan-jalan cuci mata.
17. Aku suka travel dengan kereta. Kecuali di Semenanjung sini la aku terpaksa fly dari Bintulu dan guna bas kalau nak pergi ke tempat lain. Semenanjung ni aku dah pergi Kedah belum habis pusing, Perlis, Penang, Perak, Hulu Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor. Seluruh Sarawak aku dah pergi tapi highlight kat sini aku cuma pergi bandar besar je la. Kalau daerah-daerah kecil seperti Mukah, Roban, Batang Ai, aku tak pernah pergi. Sabah pula atas Kota Kinabalu aku belum pergi. Aku selalu pergi Sindumin, Sipitang, Papar, Beaufort, Kota Kinabalu, Tenom dan Keningau. Tenom dan Keningau sekali je aku pernah pergi semasa lawatan sambil belajar bagi pelajar akaun yang dapat A subjek Ekonomi. Dan yang lain aku selalu je limpas sebab abang bapa aku tinggal di Sipitang.
18. Pemegang passport Brunei. Selalu pergi da... Next year cuba nak tukar passport ke international passport. Berangan-angan nak pergi Thailand dan Singapore next year juga.
19. Berfikiran ke hadapan. Sekarang ni matlamat aku satu tahun dari sekarang aku graduate dari UUM dan mulakan praktikum. Nak praktikal di Bintulu je. Tak nak tempat lain kalau boleh. Jimat duit sewa rumah dan sebagainya. Nak duduk kat rumah sendiri juga. Masa praktikum nanti mesti dah ada sebuah kereta sekurang-kurangnya VIVA la pak... belum ada duit manyak ma.... kecil-kecil dulu bila sudah ada manyak luit nanti kita beli keleta besar la.... (dah bincang dengan mak bapak aku semasa beberapa hari sebelum aku balik ke UUM cuti semester lepas)
20. Kalau dulu aku hanya jemaat biasa di Full Gospel Church Changlun. Tetapi hujung bulan lepas aku dengan rasminya masuk ke dalam keluarga exco FGC kebaktian BM. Sungguh besar tanggungjawabku sekarang. Yang pasti, sekecil mana pun pelayananku, aku perlu berkomitmen penuh dan ya... upahku besar di syurga.
21. Single dan telah berpengalaman dalam bercinta jarak jauh selama setahun. Puji Tuhan. Walaupun cinta jarak jauh betahan juga tau sampai satu tahun. Sekarang aku fokus dengan pelayananku di FGC dan di UUM ini,
22. Keluarga besar aku keturunan sebelah mak aku dari datuk nenek ku iaitu mak bapak mak aku sampai ke pangkat cucu mak aku semua sekali dalam masa sekarang adalah 84 orang. Ada entry lama aku yang menyenaraikan silasilah keturunan mak aku. Kalau balik rumah panjang, memang tak cukup 2 bilik besar beb.
23. Datuk aku a.k.a bapa sebelah mak aku baru je meninggal 14 June lalu. Rest in Peace grandpa. Dan 18 Disember ini kami buat majlis untuk memperingati mediang datukku. Tidak sabar mahu berkumpul sekali lagi bersama-sama keluarga besar ku.
24. Im proud to be daughter of Jesus Christ.
25. Impianku, ingin menjadi seorang penyanyi lagu rohani dan mengadakan konsert seperti GMB, True Worshipper, HillSongs dan PlanetShaker.
God Bless... Sama-samalah kita datang kepada-Nya dan Ingat... Dia selalu menyertai kita. Dia Maha Kuasa, Maha Hebat, Maha Ada, Maha Agung, Maha Tinggi. Come join me worship HIM alwayas.
Oppss... soalan ini hanya perlu jawab 25 isi penting sahaja. Banyak lagi point aku ni tapi tunggu la tiba masa lain pula dapat soalan yang perlu jawab 100 atau 1000 point baru aku tambah. Huhu... Ok la. Nak study dulu.
No comments:
Post a Comment