Di saat aku tengah tekun berusaha untuk memahami topik-topik FAR3, aku on facebook dan ada satu yang menarik minatku. Rakan-rakanku yang sama sekolah rendah dahulu sedang sibuk mempromosikan group dan event reunion yang akan diadakan nanti. Diorang suma bergiat aktif untuk meng'reunion'kan geng-geng yang ramai terpisah. Ye la kan. Dah 9 tahun terpisah. Ada sorang dua je yang masih kontek-mengontek sesama sendiri.
Di bawah ni gambar-gambar kami sekelas masa sekolah lama dulu. Sangat la 'sekolah lama' (sila translate ke english) hehe... Dan jangan ketawa kalau ternampak gambar yang melucukan (sebab aku dah ketawa puas tadi. Hahahahhahahaa... ketawa lagi. Dow) Habislah terbang apa yang aku faham tadi ni...
Nostalgia SK Orang Kaya Mohammad Bintulu. (OKM)
Tahun 2 Kuning. (Perempuan)
Tahun 2 Kuning (lelaki)
Masa ni guru kelas kami Ustaz Syukri.
Makanya kami bergambar ikut muhrim la.
Tahun 3 Kuning.
Cikgu Rosnah
Tahun 4 Kuning
Puan Miah
Tahun 6
Puan Latipah.
Cikgu paling aku suka time sekolah rendah.
Dia ajar Matematik.
Dan buat aku sedar masa depanku.
Aku sedar aku minat matematik.
Matematik aku tak pernah fail.
Kecuali Add-Math la tapi SPM aku score gak tau.
Dari tahun inilah aku nekad nak jadi akauntan dan sekarang...
yah... aku hanya perlu melangkah selangkah lagi untuk capai cita2ku itu.
Perasan gambar yang terakhir tu conteng-conteng. Ha... itu kerja time budak-budak dulu. Dan inilah potret yang menjadi bukti bahawa aku wujud sejak dari dulu lagi. Kwang3... adakah???





No comments:
Post a Comment