When tempted, no one should say, "God is tempting me." For God cannot be tempted by evil, nor does he tempt anyone; but each one is tempted when, by his own evil desire, he is dragged away and enticed. Then, after desire has conceived, it gives birth to sin;and sin, when it is full-grown, gives birth to death. JAMES 1 : 13 - 15.
ADA PERBEZAAN ANTARA "PENCUBAAN dgn UJIAN"
Perbezaan yang paling penting dari kedua hal ini adalah sumbernya; Ujian datangnya dari Tuhan, namun pencobaan datangnya dari iblis. Pencobaan yang datangnya dari iblis ini mempunyai maksud supaya kita akhirnya melakukan kesalahan dan masuk ke dalam dosa. yOH 10 : 10 “Pencuri datang hanya untuk mencuri dan membunuh dan membinasakan; Aku datang, supaya mereka mempunyai hidup, dan mempunyainya dalam segala kelimpahan.”
Tujuan iblis adalah utk membinasakan kita! Ia ingin agar kita berdosa dan binasa.
ketahuilah bahawa hidup kristian itu tidak bermakna bahawa hidup tidak ada pencubaan..malah semakin kita dekat dgn Tuhan, semakin byk goncangan dlm hidup kita. tp jgn mundur,perhatikan hidup kita agar jgn jatuh. menangi setiap pencubaan, hadapi setiap persoalan..kerana Alkitab berkata apa yg tidak pernah dilihat oleh mata, yg tidak pernah digenrag oleh telinga bahkan yg tak perhan kita fikirkan, itu yg Tuhan sediakan bagi org2 yg bertahan sampai kesudahannya. Haliluyah!!!
apa tujuan ujian yang dari Tuhan itu??
Ujian dari Tuhan adalh utk menguji iman kita. Melalui ujian maka iman kita bertumbuh menjadi iman yang dapat memindahkan gunung.
“Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu.” (Matius 17: 20)
Ada begitu ramai org kristian yg percaya bahawa kita tidak perlu mempunyai iman yg besar karena ayat di atas kata hanya sebesar biji sesawi. tp jgn kita salah, memang biji sesawi kecil, namun tdk bermakna dgn iman kita yg tetap kecil kita mampu memindahkan gunung. Kita perlu memiliki iman yg bertumbuh, seperti biji sesawi yang kecil, yang bertumbuh mjadi pohon.
“Yesus membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal Kerajaan Sorga itu seumpama biji sesawi, yang diambil dan ditaburkan orang di ladangnya. Memang biji itu yang paling kecil dari segala jenis benih, tetapi apabila sudah tumbuh, sesawi itu lebih besar dari pada sayuran yang lain, bahkan menjadi pohon, sehingga burung-burung di udara datang bersarang pada cabang-cabangnya.” (Matius 13: 31-32).
maka dgn ujian-ujian dari Tuhanlah maka iman kita akan bertumbuh!
Di dalam hidup ini, kita akan menghadapi banyak ujian dan pencubaan. Pencubaan bukan dosa. Namun jika kita jatuh ke dalamnya, maka kita akan masuk ke dalam dosa. Ujian dan pencubaan akan membuat kita bertumbuh semakin dewasa.
Jika kita jatuh ke dalam dosa, marilah kita bertaubat, maka Tuhan akan mengampuni. Jangan kita biarkan penyesalan dan penuduhan terus di dalam hidup kita, sebab itu datangnya BUKAN dr Tuhan. Ketahuilah bahawa tanpa ujian kita tidak akan bertumbuh; dan tanpa goncangan kita tidak akan menjadi dewasa.
Taken from note that Bro, Rami tag to me.
No comments:
Post a Comment