Sukacita syurgawi telah tercurah di dalam diri ini yang berlimpah-limpah hendaknya.
Intro ku ini berkaitan dengan apa yang telah anak-anak Tuhan lakukan pada malam 18 November 2010 yang lalu.
Salah satu hari yang bersejarah bagi kami yang melayani.
Syukur syukur syukur kami panjatkan kepada-Mu Tuhan....
Atas kasih setia-Mu.
Atas penyertaan-Mu bagi setiap peribadi kami.
Terima kasih yang tidak terhingga dari kami Tuhan.
Kami dapat rasakan hadirat-Mu, kuasa-Mu yang luar biasa malam itu.
Sangat luar biasa.
Terima kasih atas saat yang indah bagi kami Tuhan. Terima kasih.
Intro ku di entry ini dimulakan dengan ucapan syukur ku.
Berkaitan dengan Konsert Kebangunan Rohani.
Pengarah projek adalah Brother Rami yang dilaksanakan di bawah Jabatan Benjamin FGC.
Persediaan bagi konsert ini mula fokus selepas Brother Rami usai pelayanan Misi Benjaminnya pada 31 Oktober lepas.
Bagi aku sendiri yang terlibat dalam pelayanan penari rebana, kami bermula pada 31 Oktober tersebut juga.
Bermula dengan perjumpaan bagi taklimat ringkas tentang konsert ini dan seterusnya perjumpaan cari paten dan belajar paten rebana.
Yang menjadi cikgu kami adalah Sis Josphen seorang yang berpengalaman dalam tarian rebana.
Yang menjadi cikgu kami adalah Sis Josphen seorang yang berpengalaman dalam tarian rebana.
Selepas 3 kali perjumpaan, kami mula fokus dengan latihan demi latihan sampailah kami berlatih bersama para pemuzik di gereja.
Dan akhirnya pada 17 Oktober, kami rakan sepelayanan yang bermula dari worship lead, pemuzik, penari rebana, khotbah @ pengarah projek, lightning, dan multimedia kami berkumpul bersama di gereja dan mengadakan second last praktis di FGC dan malamnya kami mengadakan Doa Semalam Suntuk untuk siapkan hati kami yang melayani.
Keesokan harinya, 18 Oktober, pagi2 kami bangun, bersarapan bersama-sama dan mula bergerak dari Changlun dan menuju ke destinasi utama kami pada hari itu di Full Gospel Alor Setar (FGA) di mana tempat kami melayani pada malam itu.
Kami bersama-sama 25 orang menunggu bas dan Tuhan bagi kami bas yang terbaik iaitu Jalinan Hadisya yang hanya dipenuhi kami sahaja.
Sampai di Alor Setar, aku ketuai rakan-rakan turun di depan Pacific.
Kami exco masih mencari Pastor Linda bagaimana destinasi kami selepas itu.
Kebetulan Pastor Linda sedang melayani di luar kawasan jadi kami terpaksa bergerak sendiri ke FGA.
Sebelum itu, aku cukup risau dengan rakan-rakan sepelayanan aku yang berada dalam kelaparan dan kami bercadang makan di kedai simpang gereja.
Sama-sama kami berjalan kaki dan Puji Tuhan, kalau dulunya kami merasakan pergi ke FGA sangat jauh berjalan kaki dari Pacific tetapi hari itu, kami rasakan cukup dekat.
Selepas kami usai makan, aku ketuai juga rakan-rakan pergi ke gereja dan kebetulan kami mahu masuk ke simpang gereja, Pastor Linda muncul dengan keretanya.
Syukur.
Masuk sahaja kami di FGA, kami bersiap sedia tetapi banyak masalah kami terutamanya alat muzik yang akan kami guna untuk malam nanti.
Di situ hanya ada drum dan keyboard. Gitar akustik kami bawa sendiri.
Para pemuzik dan pastor cuba selesaikan masalah tersebut.
Dan puji Tuhan sekali lagi dekat jam 5 petang kami bermula untuk latihan yang terakhir kalinya.
Dan tiba masanya malam itu, mula-mulanya masing-masing kami berdebar-debar dan syukur sekali lagi kami berjaya habiskan konsert dengan sempurna dan terpancar di wajah terumatanya rakan-rakan sepelayanan sangat2 bersukacita sampaikan malam itu kami bercerita sampai awal pagi.
Keesokan harinya 19 Oktober kami terpaksa 'check out' dari FGA awal pagi sebab ada kebaktian pada jam 10 pagi itu.
Kami dihantar Pastor ke Shahab Perdana dan ada yang terus balik ke UUM dan kebanyakan kami terus pergi ke FGC berehat di sana.
Syukur bagi-Mu Tuhan.
Disaat persiapan Konsert ini, banyak dugaan dan cabaran kami tempuhi terutamanya pengarah projek yang turut membawa khotbah di masa konsert tersebut.
Penuh dengan ancaman, kecaman dari si iblis yang tidak senang melihat anak-anak Tuhan terus bangkit dan bersinar.
Dan aku sendiri pun sebelum konsert malah di hari kami mahu melaksanakan konsert juga ada si iblis yang mahu mencucuk jarum terhadap aku sendiri.
Sangat-sangat sakit kalau secara manusiawi tetapi aku gagahkan juga apabila ku ingat Yesus Kristus sentiasa menyertaiku.
Inilah yang mampu aku sharingkan tetapi banyak sebenarnya perkara indah yang tidak mampu aku sharing di dalam entry ini.
Hanya bagi kami yang melayani dan bagi yang sama2 datang memeriahkan konsert pada malam itu dapat rasakan nikmat indahnya saat itu.
Aku kongsikan gambar2 kami di entry yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment