My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Saturday, December 4, 2010

0425


Apa kena mengena dengan gambar jam dengan WAKE UP! ni? Sudah semestinya ada kena mengena dengan aku la. Bukan orang lain bukan sesiapa tapi tak tau la kalau ada orang lain sama nasib dengan aku. Huhu... Aku nak melepaskan geram aku kat sini. Aku bukan marah ok. Aku cuma geram. Hehehe....

Alkisahnya setiap hari, alarm handphone aku akan berbunyi pada 0425 ikut jam handphone aku la. Sebab apa? Sebab aku kena jadi alarm clock untuk abang kesayangan aku tu. Dia kena awal pagi bangun untuk pergi pasar beli sayur untuk buka kedai. Dalam minggu exam ni, aku memang tidur awal. Awal apa nya, kalau dah awal pagi. Pukul 3 pukul 4 pagi baru aku tidur. Kena bangun pukul 4.25 pagi pulak. Ok. itu aku tak merungut sebab dah jadi tanggungjawab aku.
Yang buat aku geram ni, macam kes pagi tadi. Haish... ingin je aku simbah abang dengan air kalau dia satu rumah dengan aku sekarang. Punya la payah nak bangun. Aku bangun setelah alarm aku berbunyi. Sambil tu sempat juga aku terlelap sebelum aku sedar aku ada misi 'membangunkan' orang. Setelah aku sedar, aku buat panggilan pertama. Ok... panggilan tak dijawab. Kedua, tak juga. Call kat nombor abang yang satu lagi. Cubaan pertama gagal. Kedua pun gagal. Dan begitula seterusnya. Sambil aku dengar, kira bunyi tut tut tut tu... sambil aku berdoa 'Tuhan, tolong aku bangunkan abang aku tu.' Kadang-kadang sambil aku dengar dan kira bunyi tut tu, sempat pula aku TERlelap. Bila aku sedar terdengar suara perempuan speaking. Haish...

Korang bayangkan aku terpaksa bergumul sendiri dalam masa kurang satu jam. Paling lama aku bangunkan dia tu yang aku sanggup adalah satu jam. 5.30 pagi aku mesti stop sebab aku dah tak larat. Tapi syukur setakat ini abang tak pernah membatasi masa yang aku hadkan. TAPI masih buat aku geram gak. Heee.....
Berapa kali juga la aku pesan, 'Abang set tone ringtone abang tu PALING loud, biar satu Taman Puteri tu dengar ye.' 'Ok dik.' 'Abang set ringtone tu jangan bagi tone yang suruh abang makin masuk dalam mimpi lagi ye.' 'Ok dik.' Aku siap tanya lagi, 'Abang mimpi apa tadi sampai kedua-dua handphone tu berbunyi selama satu jam tak juga dengar-dengar?' 'Tak tau.' Hee... nak je aku terjunkan abang dalam kolam ikan kat rumah aku tu.

Fahamkan perasaan aku bagaimana? Kadang-kadang, masa aku geram-geram tu, timbul perasaan cuak tau. Ye la. Aku dalam masa kurang satu jam keep calling tapi tak ada orang jawab, terfikir 'Ish, mana abang aku ni? Ok ke tak dia ni? Abang letak handphone kat mana ar? Abang silentkan handphone ke ni?' Ini semua bukan kes banyak fikir ke apa. Ini tandanya aku sayangkan abang aku tau.

Aku cakap kat abang, 'Adik balik Bintulu nanti, abang belanja KFC, Marrybrown, Sugarbun, Sushi Tie, Sushi King. Mesti!' 'Alamak, lingkupla abang.' 'Ah... adik tak kira. Cop, sah, agreement, MESTI.'
Aku main-main aku serius tau. ;p Lantakla abang. Siapa suruh. Kadang-kadang tu senang je nak bangunkan mamat ni. Hanya satu panggilan dibuat sudah cukup. Entah kenapa la susah sangat nak bangun. Heee... lelaki lelaki....

p/s : Semoga suami aku nanti tak macam ni. Kalau dia jenis tidur 'mati' gak, jaga la. Setiap hari juga la badan dia lebam dan dia bangun dalam keadaan kebasahan. Ngee...


No comments: