Currently Im crying. Because of WHAT???? Tetiba rasa bad sangat setelah aku baca entry blog cik Jannah Asila. (Jan, aku copy paste, edit sikit2 entry ko ya ar. Huhu). Cuba selidiki pula bagaimana dengan anda apabila anda baca perenggan bawah ni.
Lelaki, bila dah minat kat someone, he'll trade anything to have her as his special one. Lepas dah declare, selalunya yang cepat sangat jump into comfort zone adalah lelaki.
Lambat reply message sebab main bola, main futsal, keluar dengan kawan-kawan, "it's okay, tak payah reply. she'll understand". Tak message langsung sebab MALAS nak text , "it's okay, tak payah text. Esok-esok je la text dia. she'll understand". Lagi haru, tak carik langsung, tak call, tak texting, tak jumpa: "She's doing just fine. she'll understand". Lagi baik kau pergi bercinta dengan tunggul kayu yang memang tak ada perasaan . kan? Perempuan bukan Tuhan. Perempuan TAK MUNGKIN BOLEH FAHAM SEMUA BENDA, dan TAK AKAN FAHAM SEMUA BENDA YANG LELAKI BUAT. Apa yang best sangat main ignore-ignore ni? Semacam tak ada motif. Perempuan pun ada perasaan! Tolongla faham! Dah tu nanti-nanti bila dah gaduh besar sampai putus, baru nak tersentap bila perempuan luah macam-macam. Tahu tak, seorang perempuan sanggup tunggu sampai tengah malam semata-mata untuk dapat ONE text message dari orang yang dia paling sayang? No matter how busy we are, perempuan tetap akan cuba untuk contact korang so that you won't feel like invisible. Letih macam mana pun, she'll try to make it up to you so that you feel like someone care for you. Do you guys even realized that? NO.
Tapi kadang-kadang lelaki ni lagi suka buat tak tahu. Kalau girlfriend buat tak tahu, dikatanya ada lelaki lain, tak memahami hidup dia, tak sporting, tak ini, tak itu. Kalau dia buat, tak apa pulak. Kalau dah tak nak in relationship, baik letak fullstop kat situ & teruskan hidup masing-masing. Jangan dera perasaan orang lain. Saya tak mintak duit berjuta-juta untuk rasa happy, tak mintak dibawak naik 5 stars cruise tujuh hari tujuh malam, tak mintak cincin berlian buat hias 10 jari saya ni, tak mintak rumah sepuluh tingkat, tak juga mintak kawen grand-grand macam artis Hollywood ke hapa. Yang perempuan mintak tak banyak pun, all we want is your ATTENTION when we need you the most. Cuma sedikit masa dari 24 jam yangTuhan kurniakan tu untuk buat kami rasa "i-am-someone-to-you", bukan setakat jadi option bila rasa sunyi, bila rasa nak keluar berteman, bila rasa nak makan & ada perempuan kat depan untuk dipandang, bila dah tak tahu nak text siapa, (dan yang paling penting) -> bila dah rasa jeles tengok orang lain ada girlfriend, bukannnnnn .
Hadapi masalah long-distance relationship bukan senang. Dah nama pun jauh , dah sah-sah la tak berjumpa kan? Dah tahu jarang jumpa, reti-retikanla diri tu contact each other. Nak bercakap pun kena through handphone, YM, Skype, surat, kalau tak pun..yang paling jimat, pakai notes ikat kat kaki burung merpati (zaman Hang Tuah punya version). HEHE. Tak susah mana pun~ Boleh jamin la, jari korang takkan putus kalau setakat taip message nak tanya khabar, apa dia buat, hidup lagi ke tak, dan sebagainya. Kalau tak percaya, boleh buat.
Boleh fahamkan apa yang buat aku TERmenangis. Sebab aku pernah rasa sebegini. Conclusionnya, kalau aku la, aku tekankan lagi, KALAU AKU, aku bila dah sayang seseorang, aku sangat sayang orang itu. Begitu juga dengan kekasih lama aku dulu dan abang aku Joseph. Kekasih lama aku dulu, dia yang mula usha aku ok. Aku bukan orang yang mudah bercinta tetapi aku TERjatuh cinta pula dengan dia setelah dia mula 'rapat' dengan aku walaupun masa tu aku tak tahu siapa dia dan tak pernah jumpa pun. Setelah lama 'berhubungan' dengan dia, tipu lah kalau aku kata aku tak sayang dia sebagai kekasih bukan setakat kawan. Tapi hubungan kami tamat sudah. Hehehe.... Ok tutup kisah lama tu.
Sekarang aku hanya ada abang yang aku sayang. Hehehe... siapa lagi kalau bukan mangsa buli aku, mangsa kena belanja aku bila aku balik Bintulu, mangsa jadi driver aku, mangsa bahu dia kena pinjam masa tengok wayang untuk aku menidurkan diri, mangsa tukang reload kadang-kadang dan mangsa yang aku boleh buat sesuka sesuki aku je dengan dia. Opss... terlebih sudah. Aku bahagia sebab aku ada orang yang aku sayang dan ada juga yang sayang aku. Aku tak minta PERLU ada somebody take my heart for my happiness. Cukuplah kasih sayang yang family termasuk abang aku ni dan rakan-rakan yang sayang aku je.
Ok.. aku dah berhenti nangis. Abang sik suruh ku nangis. Lak cepat tua...
No comments:
Post a Comment