My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, February 17, 2011

"Siap untuk diutus?"

Salam damai kepada semua...

Sekarang aku ada mood nak update blog yang sudah ada sikit sarang labah-labah. Entry yang perlu di'publish'kan pun banyak dah terkumpul. Tanpa membuang masa, mari kita sama-sama walk-walk in the blog. Hehehe...

Mula-mula aku nak share gambar masa kami Camp Keluarga Full Gospel Church yang akhirnya menjadi bengkel dan bukannya kem. Untuk melaksanakan bengkel ini, kami AJK Pelaksana sangat-sangat diberi masa yang cukup singkat. Kami hanya boleh buat semua persiapan terakhir kurang lebih 2 minggu dari masa semester sesi kedua 2010/2011 ini bermula. Kami cuma dapat tempat camp sahaja yang di 'booking' oleh pastor sejak tahun lalu lagi.

Segala persiapan kami siapkan segera. Kami menjangkakan 40 atau 60 peserta akan ikut kem ini. Lokasi kejadian di Pendang Lake Resort yang akan dilaksanakan pada 3 - 5 Februari 2011. Tema telah ditetapkan pada minggu pertama kami meeting iaitu 'Ini aku, utuslah aku' dari Yesaya 6:8.

Mulanya, kami sedikit gentar dengan keadaan kewangan kami masing-masing yang belum tentu masuk bila. Semua mengharapkan wang pinjaman atau biasiswa masuk untuk comfirm akan ikut serta camp ini. Kami telah jemput jemaat dari Perlis tetapi mereka seminggu dari tarikh camp telah mengatakan mereka tidak dapat ikut sebab masalah kewangan. Kami AJK Pelaksana masing-masing beriman sahaja supaya kami dapat memenuhi kuota peserta untuk cukup menampung belanja sewa tapak camp dan pengangkutan.

Pada minggu terakhir pendaftaran camp, 3 hari sebelum camp, kami AJK Pelaksana gentar dengan bilangan peserta yang mendaftar hanya 15 orang sahaja tidak termasuk AJK Pelaksana yang 11 orang. Dua hari sebelum hari kejadian, kami berusaha berikhtiar cara lain untuk jalankan camp ini. Kami telah berusaha bersungguh-sungguh. Di masa yang sangat suntuk begini, si iblis bekerja keras untuk menjatuhkan iman anak Tuhan. Cukup dahsyat kuasanya sampai kami 5 orang yang mula 'diutus' mahu menyerah kalah tetapi atas kata-kata semangat masing-masing untuk setiap peribadi untuk Tuhan juga tiada yang lain, kami kuatkan semangat. Kami dahulukan Tuhan untuk bekerja dan Puji Tuhan kami berjaya melaksanakan Bengkel tersebut walaupun bukan seperti yang kami idamkan. Tapi kami percaya, semua yang terjadi adalah rancangan dari DIA. Dia yang berkuasa atas kita, DIA maha mengetahui, rancangan DIA cukup indah bagi kita.

Ini gambar-gambar sepanjang bengkel diadakan.
Tak banyak tapi cukup untuk gambaran anda.

Ahli kumpulan aku. Ice-breaking. Diorang buat tag nama untuk kumpulan masing-masing.
Maaf rakan-rakan sebab aku tak dapat iku 100% dengan kamu orang.
Harap anda faham dengan komitmen yang perlu aku galas di bahu ini.


Ceria bersama.

Inilah kami ahli kumpulan ANDREAS!!!
LOVE YOU ALL.

Acara tradisi. Masukkan tag nama ke leher masing-masing bagi menandakan camp
BERMULA!
Dalam banyak2 gambar, gambar ini juga yang paling besar
Wanita Hari Ini!
Terselit seorang hero.
Aktiviti petang hari kedua.
Explorace sekitar Changlun.
Panas + mengantuk menunggu team2 sampai ke satu2 stesen.
Ini mereka.
Siap mengikut perintah.

Cabaran yang dilalui bagi seorang anak Tuhan.
Jangan cepat mengalah rakan-rakan.
Pasti ada sesuatu yang indah bagi kamu.

Ini aktiviti waktu senggang.
Apa lagi. Jom free worship to HIM!

Penghargaan. Tiada pengalah semua pemenang.

"Ini kami, utuslah kami" tetapi adakah anda siap untuk diutus?

Pastor Joe Mosinkai.
We love you, pastor.


-THE END-

No comments: