My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Sunday, March 20, 2011

Mix campur rojak, gulai, ABC

Salam sejahtera dan selamat hari-hari. Pastikan anda selamat setiap masa juga. Weyh, apa aku merepek ni. Alamak hai... Baru je baris pertama aku taip dah abang aku call. Kacau mood bahagia, mood rajin, idea-idea yang berlambak dalam minda tadi pun terbang entah ke mana. Ngee.... Jangan salahkan dia. Dia rindu aku tu. Hihihi...

Aku cukup kesian dengan blog aku ni. Huhuhu... apalah nasib blog ni dapat tuan seperti aku ni. Aku bersyukur sebab blog ni tak pandai marah orang. Kalau tak, aku ni memang selalu kena marah dengan blog ni gamaknye. Cuba bayangkan blog ni cakap macam ni kat aku 'Hei , ko ni kan pandai-pandai je buka akaun blog ni dulu. Dulu ko rajin update. Tapi sekarang, inilah nasib aku. Banyak spiderweb. Dahla baju tak tukar-tukar.' Hohohoho... kalau blog ni pandai cakap macam tu terus aku buang laptop ni kot sebab terkejut terperanjat dan sewaktu dengannya. Kira lawak sangat la tu. Boleh blah la.

Sedar tak sedar, dah nak penghujung bulan Mac dah. Planner aku seperti biasa setiap hari pastinya ada rancangan. Hari-hari aku berlalu dengan kesibukan pelayanan, buat assignment, siapkan projek, tutorial, kuiz, mid-term, kuliah-kuliah, talk sana sini, jalan sana-sini, meeting tak kira masa. Owh... sibuknye aku. Sebulan lebih lagi aku kena menghadap muka lecturer, masa untuk bertungkus lumus untuk siapkan projek dan lecturer-lecturer pun rush nak habiskan chapter subjek masing-masing.

Semester ni rasa macam semester akhir pula kat UUM ni. Ye la. Mula dah daftar praktikal. Mula dah alert dengan exam-exam professional untuk accountant. Padahal aku ada tinggal satu semester untuk teruskan pengajian di UUM ini dan selepas itu akan keluar untuk jalankan praktikum selama enam bulan. Sekarang isu praktikum dan exam professional. Dalam hidup ni banyak sungguh pilihan yang perlu di pilih dan kita sentiasa berada dalam keadaan dilema. Kena buat list kebaikan, keburukan pula dah.

Tentang keluargaku. Kesibukan aku selama aku jejakkan kaki ke UUM membatasi perhubungan aku dengan keluarga. Macam aku abaikan keluarga pula. Aku tidak berniat untuk sebegitu. Aku cukup sibuk pada siang hari nya. Aku hanya dapat rehat masa aku tidur waktu malam di mana masa itu semestinya mak bapak aku dah tidur dan aku tidak mahu mengganggu istirehat mereka. Sikap aku, kalau aku terlalu penat, aku suka berdiam diri. Dan masa itu aku tidak mahu ada perbualan dengan siapa-siapa. Kalaupun aku terpaksa bercakap untuk jawab pertanyaan orang, aku akan jawab sepatah sahaja.

Dua minggu lepas, bapaku menjalani pembedahan mata. As usual lepas sesuatu terjadi barulah berita itu sampai kepadaku. Dan sejak itu, setiap hari bapaku sering menelefon aku. Tetapi kali ini, aku akan jawab semua calling dari bapaku sebab sebelum tu mak bapak aku marah aku kerana aku mengabaikan diorang. Huhu... ampuni anakmu pak, mak. Dan aku mulai merasa ke'pelik'kan kenapa bapak aku setiap hari call aku ya? Hmm... bila aku tanya kenapa diorang macam-macam la alasan. Syukur juga kebetulan minggu lepas aku tidak begitu sibuk dan aku boleh luangkan masa 5-10 minit untuk berbual dengan mereka.

Satu hari bapaku telefon untuk menanyakan ' Mi, bila passport mu due date?' '2012 pak. Apahal?' 'Tiada. Nak round ke Sabah' 'Hah! Weyh weyh... tunggu aku balik.........' 'Raya tahun ni bila?' 'Masa merdeka pak. Sempat tu kalau mau jalan time tu. Aku masih cuti lagi.' ' Bila ko kena balik UUM nanti?' '9 bulan 9 pak.''Kalau aku nak jalan sekarang la macam mana la?' 'Mesti tunggu aku juga!' 'Hmm... ye la.' Terus bapaku off handphone. Aku pun dengan berkerut dahi memandang handphone ku sambil 'Aik....?'
Ini bermakna diorang ada plan nak cuti-cuti Malaysia lagi la tahun ni. Yeay!!! Aku pelik la mak bapak aku ni. Sabah Sarawak diorang tak jemu-jemu nak pusing tapi haram nak datang ke Semenanjung. Aku offer beli tiket pun diorang tak nak juga. Alasan tunggu aku konvo. Alahai.... diorang ni tak paham aku. Time diorang datang dulu tak cuti-cuti Malaysia sangat. Sekarang ni aku berkeinginan untuk bawa diorang pergi Langkawi ke, Penang ke yang diorang belum pernah pergi tetap tak nak juga.

Abang kesayangan aku pula, dah nak dekat 2 bulan dia di pelapor. Dia selalu sakit. Aku pun pelik, antibodi dia sekarang tak kuat dah. Mungkin dulu tu dia sememangnya selalu berkurung di rumah tiba saat dia kena berjemur di bawah sinaran matahari selama setengah hari setiap hari kenalah dia segala sakit penyakit. Dan dia tetap jalankan tanggungjawab dia untuk menelefon adik kesayangan dia ni. Tak sabar nak jumpa dia bulan 7 nanti. Sekarang bulan 3,4,5,6,7. Huwa.... lamanya tu.....

Hubungan aku dengan si dia. Ok je. Saling saling menyaling. Hihihi... tak tau apa nak taip bila dah sampai kat part si dia. *Sigh* Bukan disebabkan hubungan kami ada masalah. Ok je pun. Merajuk pujuk biasalah tu. Masing-masing mahukan perhatian dari sesama sendiri. Ada masalah masih boleh dibincang dan diselesaikan dengan cara baik. Dan paling penting dia mahu mendalami lebih dalam tentang DIA.

Rakan-rakan. Maaf kalau aku ada menyinggung perasaan korang selama kesibukan aku. Kita semua masing-masing sibuk dan masing-masing ada komitmen tersendiri. Kalau aku tidak terlayan mesej tidak kira melalui telefon, facebook dan email maafkan aku. Aku sekarang hanya mampu untuk membaca sepintas lalu. Kadang-kadang aku terleka, terlalai dengan kesibukan aku. Jika ada apa-apa masalah, rindu, mahu aku menemani kalian jangan putus asa untuk hubungi di telefon aku ya. Hehe... aku pun rindu korang juga.

Ok dah. Aku ada masa lebih setengah jam untuk siapkan diri. Meeting meeting meeting. Lalallala.... Lain kali kalau aku ada mood yang sebegini aku update lagi yer. Dan semestinya akan mix gulai, rojak seperti entry ini. Hehehe.. daaa...

No comments: