Aku tersenyum lebar apabila melihat gambar ini. Hehehe..... :) Aku nak abadikan kenangan ini di dalam blog inilah.
Rombongan lapan (8) orang sekawan sama-sama balik ke kampung halaman masing-masing menggunakan MAS Airline pada 25 Mei 2011. Perjalanan dari UUM ke airport Kuala Batas yang dibawa oleh pakcik-pakcik sekalian pada pukul 7.30 pagi. 7.30 kunun tapi awal giler pakcik tu sampai, hinggakan aku tak sempat nak make-up. Huh... Seriously masa kawan aku call cakap dia tengah on the way ambil aku, rambut aku masih berbungkus siot...
Dari Alor Setar, penerbangan kami pukul 9.25 pagi dan sampai di KLIA pada pukul 10.30 pagi. Selepas itu, penerbangan aku seterusnya ke Bintulu pada pukul 11.25 pagi. Jadi aku tidak berkesempatan untuk cuci-cuci mata ke luar KLIA tersebut. Rakan-rakan ku, aku paksa diorang hantar aku ke boarding site aku. hehehe... Tengok je la gambar-gambar ni. Gambar di KLIA sebelum aku berlepas.
Gambar ehsan dari Jovita.






No comments:
Post a Comment