My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Monday, June 27, 2011

Kangen sama pacarku. :(



Kondisi aku sekarang tengah angau + boring + tiada semangat + malas. Huh! I dun laik dis feeling.
Na kan... merapu sudah ni...

Ok. back to normal. Hai selamat petang semua dan selamat hari-hari. Aku ni saje je nak mengisi masa lapang aku ni. Boring la sorang-sorang sini. Haish... Macam orang gila cakap dengan kucing yang menjadi teman aku kat rumah ni. Kucing ni pula tersangatla manja. Boleh-boleh nak landing-landing atas kita juga dia nak tidur. Rumah ni punya la luas tempat dia nak landing. Erk... tercerita pasal kucing la pula.

Kalau entry sebelum ni entry dimana aku sedih-sedih tapi sekarang aku dah ada pengganti orang itu. Hmm... Tak tau la mungkin disebabkan aku lonely ke boring ke apa ke aku tak kesah. Janji aku dah sayang dia. Cerita lama biarlah ia berlalu. Aku tak boleh berpatah balik lagi. Hdup kita ni hanya boleh speed je. Kita tak ada gear reverse. Kita sendiri yang tentukan kita nak masuk gear 1, 2, 3, 4, atau 5.

Dimasa aku moody pada hari entry aku yang sebelum ni, aku sangat-sangat berterima kasih dengan kawan aku Encik Muiz. Engkaulah sahabat aku dahulu hingga selamanya walaupun engkau tahu banyak orang tak suka dengan kamu. hehe... Beliau teramatla concern tentang aku. Ala... baru sekali ni je pun. Aku berkali-kali jadi dr. life dia. Bukan dr. love ok. Haha... saling tolong-menolong amalan mulia kita. kan. Then, the next day aku pertimbangkan permintaan seorang yang aku kenal. Si dia juga teman aku sehari-hari bermesej, bergurau senda dan sewaktu dengannya. Sehinggakan masing-masing kalau boleh nak mesej 24 hours. Ah! Apakah perasaan itu wujud lagi atau kerana keadaan. Dan aku tidak nafikan lama-lama aku sayang kepada dia.

Dan sekarang, I HAVE MY 'B'! hehehe... Walaupun yang lama masih sengaja lagi nak berbaik dengan aku, tapi aku tak mahu jadi orang hipokrit untuk mengatakan I LOVE YOU dengan dia. Maaf. Mungkin kita tiada jodoh. Berbahagialah anda dengan si dia. Bagi aku masa lagi untuk tidak mengingati kisah kita dulu. Satu hari nanti ada juga aku akan menghubungi anda kembali tapi kita tak tahu bila. Tolong jangan kacau aku. Pergilah bersama dengan orangyang anda sayang. Aku juga sudah ada orang lain. Sekali lagi maafkan aku.

Kepada B,
Aku tak tahu kenapa aku memilih kamu. Aku hanya ikut kata hatiku sahaja. Hati ku berkata terimalah, lupakan yang lalu, aku cuba untuk menerima dirimu. Maaf. Perkenalan kita berdua untuk pertama kali dulu aku sangat-sangat biadap. Aku bukan seperti perempuan yang terlalu murah ingin menyerahkan diri untuk mendapatkan kasih sayang dari lelaki. Dan akhirnya, kita berdua menjadi satu. Terima kasih kerana membuatkan aku ketawa riang, tersenyum seorang membaca mesej darimu, bercakap dengan dirimu dan sekarang aku keberatan untuk membiarkan kamu pergi ke Brunei bercuti dengan adik beradikmu kerana aku terlalu risau hari-hari aku kembali suram tanpa dirimu. Aku rindu kamu sekarang.Tidak sabar rasanya untuk berjumpa dengan dirimu. Terima kasih B.

3 comments:

mavis viviena said...

waduh2..biasala nya enti lelengau ke mr. ehem. hehee..

John Rennoult [JR] said...

kagen banget2... kahkahkah

Umi said...

mavis v. - hehe... ssshhhh malu ku. ;p

John Rennoult - cet... kedirik yg jiwang ka komen2 urg. ;p