My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Wednesday, July 13, 2011

Day 04- A habit that you wish you didn't have

Erk... tetiba aku blur bila part ni. Aku siap translate tajuk di atas guna google. Dan google mengatakan 'Sebuah kebiasaan yang anda ingin, anda tidak mempunyai.' Haha...memang la encik Google ni. Translate yang sangat straight. Aku masih tak dapat idea. Hmmm... aku bagi je la apa yang mampu k.

  1. Aku rajin masak tapi aku tak suka mencuci pinggan mangkuk, periuk, kuali semua. Boleh tak aku rajin semuanya supaya orang tak komplen aku ni malas?
  2. Suka beli novel dan buku motivasi yang menarik perhatian tetapi sangat berat bila nak kena beli buku rujukan untuk study.
  3. Baca novel boleh tahan sampai boleh baca masa makan tapi buku FAR aku yang tebal tu, aku tak pernah nak khatam. Baru buka 2 mukasurat,, mataku ini pun tertutup. Boleh tak buat FAR tu macam buat karangan novel? Mesti best baca kalau goodwill bertemu dengan non-controlling interest tapi diorang tak boleh nak bercinta sebab takdir diorang sorang di sebelah asset dan sorang di tengah-tengah ekuiti dan liability.Hahahaha... pandailah aku buat cerita.
  4. Kalau alu rajin, aku amatlah rajin. Tapi kalau aku malas, aku tersangatlah malas.
  5. Aku mesti nak buat kerja. Kalau tak ada kerja, aku cari kerja. At least aku mengadap muka segi empat ni. Kalau aku tak kerja, maknanya aku tidur. Tidur pun kata kerja juga beb.. hahaha...
  6. Kadang-kadang kalau aku malas, aku tak pedulikan orang sekeliling aku sebab aku pedulikan diri aku sendiri. Kalau aku lapar, aku makan sendiri. Kalau korang lapar, korang pandai-pandai cari makan ye. Hehe
  7. Kalau aku tiba-tiba diam tandanya aku tak puas hati. Hati-hati dengan mood aku masa tu.
Hmmm... dah tak tahu nak goreng apa lagi. Ini je la yang mampu aku buat.

No comments: