My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, July 14, 2011

Day 09- Something you're proud of in the past few days

Apa yang aku dah buat sampai aku boleh bangga diri? Hehehe... Ini ayat orang yang tak ada idea nak buat entry ni.

Kebelakangan ni, aku suka masak memasak ni. So, aku cerita pasal main masak-masak la ni. Kat rumah ni, aku je perempuan selain mak aku. Mak aku ni, siang dia sibuk dengan bapak aku uruskan ladang. Jadi, kalau diorang je kat rumah ni, diorang masak yang simple-simple je. Senang dimasak dan senang dimakan. Sejak aku ada di rumah ni, diorang makan macam-macam makanan. hehe... Dalam minggu ni, aku tengok yang ada kat dapur tu sayur je. Ada juga daging tapi hari-hari makan daging naik jemu juga. Jadi satu hari tu, aku bua lauk sayur je. Bendi aku rebus, buat sambal. Sedaaaap...... Dan sejak hari tu, hari-hari kena buat sambal. Sampai satu hari tu, mak aku cakap kalau tak ada sambal, nasi yang dimasak tu tak kan habis. Berselera sungguh diorang makan. Hari ni aku nak buat sambal lagi la. hahahaha...

Lepas tu, aku bangga sebab bapa aku dah mula percaya yang aku dah boleh drive keta 'besar' dia tu. Dia ingat aku hanya layak bawa kancil je ke. Tubuh aku je la yang kecik. Bukan aku nak mengutuk bapa aku. Mungkin ada sebab juga dia tak nak aku drive seorang guna kereta 'besar' dia tu. Sekarang, aku dah boleh jadi driver harapan dia la katakan. Bapa aku pun dah tua. Kalau malam, dia tak berapa sangat nampak. Kalau diorang terpaksa jalan malam, aku sangatlah risau kalau aku tak ikut.

Ok la. Takat ni je yang mampu aku share. Tak ada idea la. Otak dah berkarat kot. Lama tak polish. Hahaha...

No comments: