My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Friday, July 22, 2011

Day 13- A letter to someone who has hurt you recently

Kepada seseorang,
Tak tau berapa orang la yang aku nak tuju kat surat yang sememangnya korang-korang la yang baca. Diorang memang tak baca pun blog aku ni. hehe...

Aku ingin minta maaf seandainya sikap aku seperti tidak mahu memahami situasi anda sekarang. Tapi tahukah anda bahawa aku ini sangat-sangat memerlukan anda ketika aku keseorangan, keboringan, ke...an dan ke...an lagi? Siapa lagi yang aku mahu 'kacau' jika bukan anda? Aku sudah cuba memahami dan hafal jadual anda. Dalam 24 jam iti, tidak bolehkah dalam masa 10 minit anda meluangkan masa dengan aku? Memang aku seorang yang pentingkan diri sendiri. Aku mengaku itu. Aku tamak dengan kasih sayang anda. Aku sangat terasa dengan anda. Maaf! Aku bukan tidak rindu kepada anda. Ya! Aku rindu anda! Hati aku sangat-sangat menyuruh supaya jari jemari ku ini menekan mesej kepada anda tetapi otakku, mindaku mengatakan biarlah dahulu. Nanti dia akan cari juga aku. Maafkan aku sekali lagi. Aku ingin menyepi sekejap dari diri anda.

Maafkan aku juga jika aku terlalu mengongkong kehidupan anda dahulu semasa kita bersama. Aku pernah sayang yang tersangat sayang kepada anda. Andalah yang berjaya membuka hati aku dahulu selepas kecewa dengan masa lalu. Terima kasih dengan kenangan kita bersama. Dahulu memang aku pernah benci anda, menyumpah anda dan sebagainya. Tapi jauh di sudut hatiku ini, aku masih sayangkan anda. Cuma status hubungan kita sekarang yang berbeza. Diharap anda berbahagia dengan orang-orang yang di sekeliling anda. Hargailah mereka. Aku juga sudah ada yang ingin menyayangi aku. Dan aku pun sayang dia juga.

Aku tidak pernah mengharapkan apa-apa dari anda semua. Aku tak mengharapkan anda beri duit, belanja makan atau apa-apa pun. Aku hanya inginkan keprihatinan anda terhadap aku. Aku ingin anda sedar bahawa aku MASIH WUJUD di dunia ini. Kita semua ada kehidupan masing-masing. Tidak salah kita berkawan dengan sesiapa sahaja. Tidak salah juga jika kita bercinta, bertunang, berkahwin, beranak, bercucu, bercicit. Ini semua adat di dunia ini. Tetapi ingat!!! Adakah semua orang itu ingin bersama anda di kala anda senang atau susah?  Tidak ramai yang ingin bersama kita semasa kita susah.

Aku sendiri pantang apabila orang itu hanya mencari aku apabila orang itu berada dalam kesusahan. Bila dia senang, aku dilupakan dan dia lebih-lebihkan orang lain yang tidak sepatutnya dilebihkan itu. Tetapi aku tidak kisah itu semua walaupun aku pantang. Walaupun anda masih tidak sedar diri sedangkan berkali-kali anda begitu. Biarlah. Tiada guna aku menaikkan darah aku, membuat hati ku hitam bagai. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang walaupun tanpa anda semua.

Aku bukan sekadar kaunter lepaskan perasaan,
luahkan perasaan yang sedih, kecewa, dan pasrah.

Sekian, terima kasih.

No comments: