Aku dah senaraikan kat sidebar kat sebelah kiri entry ni pun. Kat sini aku nak tokok tambah tolak darab bahagi je lagi.
My plans.
1. Waiting for my bro out from pulapol 3/8/2011.
2. Raya di Sabah.
Tahun ini kami sekeluarga plan nak beraya kat Sabah. Yeay!!! Dekat setahun juga la kami tak round-round the world sebab selama ni kami kena jaga orang tua kat rumah ni. Sekarang, dah tak ada orang nak kena jaga, senang sikit lah nak jalan sana sini. Sebelum aku balik Bintulu lagi mak bapak aku bagitau aku yang diorang nak pergi Sabah tapi aku cakap kat diorang tunggu aku balik Bintulu je. Bapa aku tu mana tahan drive jauh-jauh sekarang. Nak harap kat abang-abang aku tu, diorang sibuk pula dengan kerja. Hari tu setakat nak pergi Batu Niah pun bapa aku dah mengadu penat drive sorang-sorang. Keluarga besar aku memang satu Malaysia. Sebut je nak bangsa apa. Semua ada beb. Abang bapa aku kahwin dengan Kedayan Sabah dan terus menetap kat Sipitang. Diorang ni Muslim. Sejak aku masuk UUM je aku tak ikut beraya dengan diorang ni sebab raya hanya ada cuti seminggu dua selalunya tak balik. Tahun ni sempat gak beraya dulu sebelum balik UUM. 3. Bintulu - Alor Setar 7/9/2011
Tak sangka dah nak habis dah bulan Julai ni. Pejam celik pejam celik kan mata anda. Hahaha... Aku kena balik awal ke UUM. Dah beli tiket flight pun. Aku guna MAS. Rindu pula dengan kesibukan sebagai pelajar.07 SEP MH 2743 BTU - KUL 1430
07 SEP MH 1252 KUL - AOR 1955
4. Retreat Exco Church 8-9/9/2011
Acara setiap kali pembukaan dan penutupan semester. Untuk semester akan datang ni, banyak aktiviti gereja yang telah dicadangkan dan meeting ini nanti barulah tahu approve ke tidak semua cadangan yang telah dibentangkan pada akhir semester lepas. Salah satu aktiviti gereja. (----->)
5. Misi Orang Asli 5-7/11/2011
Antara aktiviti gereja tahunan. Dalam cadangan tapi tak tau lagi mana tempat nak terjah tahun ni. Harap-haraplah junior kali ini ada yang ada lesen. Dapat juga aku melarikan diri dari drive mendrive ni. Dan satu lagi harapan. Semoga aku tak diberi pelayanan untuk berkhotbah. Hohohoho... aku tak yakin. Aku tak mau beri ajaran sesat. TIDAK!!!
6. Misi Medan, Indonesia 8-10/11/2011
Dalam cadangan. Pastor cakap hari tu ok je. Tapi tengok la dulu kalau dapat sebab ini pelayanan yang sanagt besar dan berat bagi kami setakat ini. Perlukan persediaan yang secukup-cukupnya. Ini bukan hanya saja-saja melancong. PERINGATAN untuk diri sendiri.
7. Baktisiswa Sabahan 9-11/11/2011
Kalau tak jadi Misi Medan, aku nak pergi Sabah pula. Tak ingat pula diorang nak terjah tempat mana. Kebetulan pengarah projek ni junior aku. So, even aku bukan orang Sabah, tapi aku nak juga menyelit jadi orang Sabah, Hahaha... bak kata pengarah projek, 'Saya kan pengarah projek.' Lalallaa... Aku ni suka-suka je ikut. Sambil menyelam sambil minum air la katakan.
8. Langkawi & ThailandSebelum aku graduate dari UUM tu, aku MESTI pergi dua tempat ni. Tempat ni bukannya jauh pun dari UUM. Balik hari pun dapat. Tapi aku ni kan kalau dah sibuk dan ada cuti pun, aku selalu pergi tempat jauh-jauh dulu. Hmm... inilah aku. KL, Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Penang, Perlis aku dah terjah. Tempat yang boleh dikatakan sebelah je ni pun aku payah nak pergi. Semester ni aku mesti pergi. Semester last aku ni. Kalau tak pergi juga kali ni, hmm.... alamatnya tunggu aku dah ada anak la nak datang kat sini lagi.
My dreams/goals pulak
1. Finish my final semester
Balik sekali lagi ni, aku akan tempuhi semester ke-tujuh aku di UUM ni. Nak sangat jadi professional kan. Nah ambik kau 4 tahun belajar degree ni. Kawan-kawan yang lain yang hanya 3 tahun dah grad dah. Hmm... jelesnye tengok diorang farewell hari tu. Tak pe tak pe, satu semester lagi. lepas tu praktikal lepas tu habis. Hoyeah!!!!
Last semester makin nak pecah la kepala ni dengan teori-teori akaun bagai tu. Sabaq je la....
2. Graduate with successful
2. Graduate with successful Bertahun-tahun aku mengerah otak, mengadap buku, mengadap seorang yang bernama cikgu, sir, puan, miss, madam, pensyarah, kena rotan, kena suruh berdiri, kena cubit, akhirnya aku dah nak tamat dengan pengajian degree ku. Baru degree beb. Belum lagi Master, PHD. Ah! Aku nak berehat dahulu. Cukuplah setakat ini. Yang dua lagi tu, nanti-nanti aku sambung. Aku malas!
Aku nak ikut jejak diorang ni ---------->
Miss you my senior!
3. Got my car in 2012
Kat rumah ni memang la banyak kereta. Tapi semua orang guna untuk kerja. Hmm... sekarang ni aku pun susah. Nak jalan kena tunggu orang balik kerja petang baru la boleh jalan-jalan cuci mata. Ni kena tunggu 2012 baru aku dapat kereta sendiri. Ye la. 2012 aku dah start praktikal. Aku ingatkan nak praktikal kat Bintulu je. Tak payah nak fikir rumah sewa or whatever. Biarlah elaun and scholarship aku kecik. Aku kat rumah aku juga. Tak pening tanggung makan pakai sendiri. Rumah sewa yang mahal dan sebagainya. Aku ambik yang kecik je dulu. Bapa aku dan abang aku yang sorang tu sibuk betul nak ambik kereta mahal terus. Ingat aku praktikal tu, sehari masuk kerja terys dapat gaji beribu ribu lemon ke hah? Fikiran yang terlalu arghhh..... kadang-kadang aku meluat dengan kata-kata diorang walaupun diorang bukan orang lain bagi aku. Sabar la. Nanti bila aku dah jadi professional baru kita fikir yang lebih BESAR ye.4. iPad II Apple
Aku nak yang ini boleh? Siapa yang baik hati tolong beli untuk aku. Nak yang ori. Hehehe... hmmm... bila la aku nak dapat ni. Tunggu aku kerja nanti? Entah iPad ke berapa la masa tu nanti. Tunggu je la.
5. DLSR camera
Saya nak ini juga. Tapi bukan untuk masa sekarang. Nanti bila aku dah kerja. Sekarang banyak lagi benda penting yang perlu duit aku. hehehe...
6. Good career
Apa gunanya aku berabis tahun, berkerah otak, kadang-kadang sampai hantuk kepala pun ada. Cita-cita aku nak jadi akauntan yang bertauliah. Nak juga nak juga. Ala... tanpa angan-angan, tanpa cita-cita kita tak akan tahu apa kita nak, apa yang kita perlu usahakan kan ye tak? Biarpun suami aku nanti nak halang aku dari bekerja, aku nak juga kerja. Aku ni jenis yang mahukan duit sendiri. Sekarang pun aku cari duit sendiri. Kadan-kadang bila kocek kosong je minta dengan mak bapak. Hehe... Ye la. Kalau cuti semester tak ada duit la. Buka semester nanti, duit pun masuk la. Sayang kat JPA yang bagi aku duit. Hahaha... 7. Long relationship - Married - Childrens
Siapa yang tak inginkan kehidupan yang sebegini. Nak kan suami yang baik. Hubungan berpanjangan sampai hujung nyawa. Merasai alam perkahwinan. Rasa sendiri azabnya bersalin. Ada anak. Bahagia di sisi suami dan anak-anak tercinta. Masih panjang lagi jalan ini. Semoga kamu yang bertakhta di hati ini untuk selamanya. 






No comments:
Post a Comment