Hey, I wanna talk to someone but who wanna talk with me??? *sigh*
Entahlah. Fikiran aku sekarang kosong. Aku tersentap dengan kata-kata abang tadi. Terus jadi mood macam ni. Bukan aku takut ke apa. Aku mula rasa tidak confident dengan diri sendiri. Betulkah pilihan aku? Aku tak mahu dipermainkan lagi. Cukup sekali. ARGHHH!!!! Aku bingung. Aku tersangat bingung.
Mari kita flash back apa yang berlaku.
Kalau anda mengikuti entry aku sebelum ini, anda semestinya tahu apa yang berlaku kepada aku currently. Selepas seminggu aku memendam rasa rindu walaupun setiap hari kami berhubungan menerusi alam maya sahaja, tetapi aku tetap tidak puas. Setiap hari aku menghitung hari, detik jam, minit, dan saat.
Akhirnya tiba pada hari yang ditunggu. Bangun awal pagi, bersedia ke terminal bersama sis Rose untuk perjalanan ke Miri. Sampai di Miri, kami dijemput oleh kawan sis Rose. Kami pergi ke rumah Biey. Selepas itu, kami berempat berfoya-foya di Parkson sementara menunggu ketibaan orang yang tersayang. Si dia terpaksa jalan lambat dari Brunei sebab ada masalah teknikal. Kami berjumpa di terminal bas untuk meneruskan perjalanan balik ke Bintulu. Di masa aku menunggu kedatangan si dia, aku terdiam. Aku tak tahu nak cakap apa. Ah! Nervous la pulak. Hehehe... Tapi bila dah berjumpa ala, biasa je pun. Hahahaha....
Orangnya ok. Tersangat cool. Tak pernah marah. Ikut sahaja walaupun kami selalu berlawan pendapat, bermain dengan kata-kata, ah.... lelaki ini membuatkan aku ingin menatap wajahnya 24 jam. Seperti kejadian tengah hari tadi, dia ingin pergi ke tempat praktikalnya, kawan dia suruh dia ini, ini, ini, dan ini. Aku tak boleh nak cerita kat sini. Tadi aku dah cerita kat abang. Abang pun komplen benda yang sama apa aku komplen kat si dia. Tapi dia ni, aduh... ada satu ketika itu aku berhenti sekejap. Walaupun si dia luaran nampak 'samseng' (?) tapi hati dia tersangat la lembut. Dia sendiri mengakui sifat dia itu. Eleh... angkat bakul sendiri kejap. Aku yang tak kena mengena dengan bersungguh-sungguh aku marah, aku bla bla bla kawan si dia yang menyusahkan itu. Haish.... aku bukan apa. Aku tak nakla dia berlembut sangat dengan orang. Disebabkan kejadian tadi pun, dia tersangat penat dengan perjalanan dari Brunei ke Bintulu, dengan duit yang habis begitu sahaja sedangkan ada cara lain yang boleh menjimatkan tenaga dan duit si dia. Aku sendiri pernah 'warning' dengan dia dulu, jangan nak ikut aku je setiap kali. Mesti tegakkan pendirian.
Aku mula terasa rindu lagi. At least tempat dia praktikal tu ada line juga.
B, terima kasih.
With love...
2 comments:
dh bc pngn ya neyy
erkk... hehe :)
Post a Comment