My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Sunday, September 18, 2011

Reveal


Aku rasa aku ada mood untuk menaip ni. Haha... apa-apapun salam bagi yang membaca blog aku yang tak seberapa ini. Masih dalam mood yang malas-malas. Jangan ada yang ikut-ikut mood aku yer. Tak baik untuk kesihatan. Haha... ok cukup segala merapu. Kita go on to the next paragraph.

Siapa yang baca tentang kisah aku dalam blog ini angkat tangan??? Ok fine. Aku tak nampak tangan korang tu kecuali kamu ambil gambar then post comment di bawah entry ini. Bagi yang mengikuti alkisah kehidupan aku, semestinya ada yang tahu apa yang berlaku terhadap aku sejak dua menjak ni. Honestly, Im dilemma. Masih tidak berani lagi untuk berterus terang tetapi malam semalam, kawan-kawan aku terlalu concern dengan aku sehinggakan mereka sudah mengetahui apa sebenarnya berlaku dan ada sesetengah mereka masih tidak percaya. Ada juga yang positif thinking tapi syukur mereka semua memahami. I LOVE YOU ALL <3 

Begini kisahnya.

Bagi yang mengenali aku secara rapat sememangnya mereka akan terkejut dengan aku sekarang ini. Ya. Aku ada kesayangan dan baru sahaja memulakan perhubungan lebih kurang 3 bulan lepas. Aku bersama kesayangan juga perhubungan jarak jauh dan sekarang kami hampir-hampir tidak berhubungan langsung sejak aku bercuti ke Sabah raya lepas tapi masih in relationship.

Di masa cuti sememangnya aku kesunyian di rumah. Ada kesayangan pun, hmm.... baguslah kalau ada 10 mesej dalam satu hari tu. Sangat boring di rumah. Siang hari lagi la. Tinggal aku je di rumah dan apa yang aku mampu buat, online, tengok tv, and anything that I can do. Petang-petang ambil uncle balik kerja pukul 5. Sampai rumah masak, makan then buat hal sendiri lagi. Inilah rutin harian aku di rumah. Dalam kesunyian itu, terselit satu manusia dalam hidupku. Mula-mula dalam alam maya je pun. Lepas aku bercuti di Sabah baru la aktif texting. Just texting ok. Bermulanya percutianku, im getting closer to him. Then, teasing each other. Texting wish morning and good night. Niat ingin membalas atas segala kebaikannya masa percutian kami dulu mula mengikat aku dan dia sendiri.

Kalau orang baik dengan kita, kita patut berbuat baik kepada dia juga kan. Aku pun berbuat begitu. Minta pertolongan dengan dia, belanja je dia makan sudah la. Hahaha... Penat jadi driver, aku dah ada pengganti dah. Haha... Until one day, he call me then bla bla bla. Erk... is it??? Blur* Also thinking of the future but both of us think that let the future tell us then. Just let it be. We try our best. Tapi satu kesilapan aku hari itu. Aku masih belum mahu berterus terang dengan keadaan aku sebenarnya. Kawan yang prihatin menasihatiku supaya berterus terang awal-awal. Jangan biarkan lama-lama nanti masing-masing terluka. Satu lagi masalah koman di antara kami adalah religion. Sangat sensitif sebenarnya perkara ini tapi *speechless*.

Pagi tadi pukul 10, kami berdua berbicara tanpa gangguan di satu tempat. Semua aku jelaskan dan dia sendiri mendengar dengan terbuka. Perhubungan sekarang berjalan lancar. Cuma satu sahaja yang kami fikir. Future kami kabur-kabur. Langsung tidak nampak.

Terima kasih kepada kawan-kawanku Nelly, Bilin, Ac, Agnes, Biey sebab memahami keadaanku. Kamu semua sangat ambil berat. Haha... Love you all.
Kami berdua betul-betul tidak sangka yang kamu tahu secepat ini. Jangkaan si dia at least lepas mid term. Haha... well you are good in LSI = Love Scene Investigation.
Bagi yang sudah tahu, kamu simpan-simpan je untuk diri kamu sendiri. Bagi yang baca entry ini, siapa pun anda aku meminta kerjasama anda semua, baca dan sematkan dalam hati anda sahaja. Biar yang lain tahu sendiri.

Aku : Kenapa pilih saya?
Dia : Apa yang berlaku masa cuti hari itu? Itulah jawapan dia.
(Lonely)

No comments: