Salam semua,
Macam lama pula tak update blog ni. hehe... Biasalah tak ada hati. Hati dah di curi orang. Haha... ok cukup! Sekarang ni tak sabar nak taip entry yang panjang lepas aku dah laksanakan salah satu dari planning aku iaitu Raya di Sabah.
Sebelum raya kami kumpul-kumpul orang untuk ikut trip pergi Sabah dan lastly hanya aku, parent aku, abang sulung sekeluarga dengan 3 orang anak buah aku dan cousin aku yang baru balik dari offshore dengan isterinya. Kami ada 10 orang guna 3 buah kereta. Persoalan besar kami sebelum trip. Bila raya??? Sebab kami jalan mesti pada pagi raya.
29 Ogos
Malam tersebut masing-masing tunggu pengumuman raya dan diumumkan esok raya. YEA!!! Terus satu keluarga packing barang. Hahaha
30 Ogos
4. 30 am
Bermulah perjalanan kami.Hari hujan rintik-rintik dari tengah malam. Tak best langsung bawa kereta jalan basah ni. Nak elak takungan air lagi, kalau berlimpas dengan kereta, tak nampak jalan lagi. Haish.
7.00 am
Breakfast di kedai Pujut 7 Miri.
7.30am
Sg. Tujoh mari... masuk Brunei. Best jalan highway di Brunei. Cousin aku apa lagi. Dia uji kereta baru dia tu sampai berapa dapat bawa laju keretanya. Guna jalan short-cut pergi Kuala Lurah. hanya ambil masa 1 jam 40 minit je dari imigresen Sg. Tujoh ke imigresen Kuala Lurah sebab dah speed di highway Brunei.
Sg. Tujoh mari... masuk Brunei. Best jalan highway di Brunei. Cousin aku apa lagi. Dia uji kereta baru dia tu sampai berapa dapat bawa laju keretanya. Guna jalan short-cut pergi Kuala Lurah. hanya ambil masa 1 jam 40 minit je dari imigresen Sg. Tujoh ke imigresen Kuala Lurah sebab dah speed di highway Brunei.
9.30 am
Sampai Limbang. Minum sambil tunggu abang aku yang nombor 2 jemput dan jalan-jalan di Limbang yang hanya ada satu sahaja shopping complex. Tengah hari kami ke rumah abang aku yang dekat dengan airport. Lunch time!
12.30pm
Bertolak dari rumah abang. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati. Hehehe... Terima kasih dengan abang dan kakak ipar susah-susah masak untuk kami. Banyak lagi tu. Perjalanan menuju ke feri Pandaruan lepas limpas imigresen Melakap, Limbang dan keluar dari feri masuk lagi imigersen Puni. Masuk kawasan Brunei lagi. Keluar ke Lawas. Aku tak ingat dah nama sempadan sana. Hehe... Blur sekarang. Di Lawas kami berhenti juga. Aku ambil kesempatan untuk tidur. Penat!
Feri Pandaruan. Sempadan Limbang dan Brunei.
Sungai ni kecik je. Feri pun kecik.
Dapat muat 10 buah kereta biasa.
2.30pm
Dari Lawas aku drive lagi ke Sipitang. Tak jauh lagi pun. Kalau aku speed tak sampai sejam kot sampai Sipitang tapi bos tak suruh speed sebab nak tengok-tengok negeri orang. Bawa je la 80 km/j. Haish... dahla baru bangun tidur suruh bawa lagi macam tu lagi la nak tidur. Kami limpas imigresen sempadan Sarawak dan Sabah di Sindumin. Kat sini kereta dan orang Sabah Sarawak tidak payah cop passport. Limpas je.
Almost 4.00 pm
Sampai di rumah bapa ku Nyanggau di Kampung Pantai-Luagan Sipitang. Meriah!!! Kami satu keluarga besar je pun. hahaha... Rumah bapa ku masih tutup untuk tetamu raya.
5.00 pm
Pusing-pusing di pasar Sipitang yang 90% tutup. Kedai Supermarket je yang buka.
Waterfront Sipitang.
Part of us
Inilah abang angkat aku yang sulung.
Diangkat family bapa aku dan ber'anak'kan bapa aku.
Tapi sekarang dia Muslim dah sebab ikut bapaku di Sipitang.
Lama dah dia tinggal di Sipitang.
Kerja dengan bapa ku di Sipitang.
Bisnes family.
6.30pm
Beraya di rumah sedara sambil jenguk diorang yang sakit. Semoga sembuh cepat ye!
P/s: Aku buat part by part sebab takut orang akan boring baca entry terlalu panjang. First day ni tak banyak gambar sebab kamera tak ada bateri. huhu... guna handphone jer la.





No comments:
Post a Comment