1 September
6.30am
Macam malas je nak bangun tapi excited pula nak jalan di negeri orang. Hahahaha... Mandi dan turun breakfast.
8.00am
Masa breakfast cerita-cerita nak pergi mana. Mari p kaki gunung. Ok mari!!! Lepas breakfast balik hotel kejap ambil selendang aku, tukar kereta. Guna dua buah Hilux tu je. Tapau dulu di KFC bekal untuk di kaki gunung.
Bertolak ke Kundasang! Berhenti di Pekan Kinabalu. Beli cenderahati di sana. Mak aku sempat grab dua gong kecil untuk hiasan. Bapa aku grab sumpit untuk hiasan juga. Aku grab patung monyet yang ada bunyi untuk kucing aku. Hahahaha.... Picnic di sana dengan pemandangan gunung Kinabalu. Teruskan perjalanan ke kaki gunung iaitu Kinabalu Park~ Kami masuk je entrance yuran dewasa RM3 seorang. Bawah 18 Tahun RM1. Masuk je kami guna open air. Sejuk.... Aku yang tak tahan sejuk awal-awal dah guna sweater. Sampai di kaki gunung, kami ambil gambar! Jeles pula tengok orang naik gunung tu. Kebetulan masa kami sampai sana ada kumpulan orang Jepun baru nak naik. Ok. Misi masa akan datang nak naik Gunung Kinabalu. Lepas puas bergambar di sana kami pergi Kundasang. Ingat nak beli sayur untuk bawa balik ke Bintulu. Orang cerita macam sana murah kan. Ye la. Kundasang tu ladang sayur tapi sama je harga dia di Bintulu ni. Last-last kami beli barang makan je untuk perjalanan balik. Dalam perjalanan balik, aku dah terdiam awal dah sebab perut dan kepala aku tak berapa sihat tapi boleh tahan la. Ipar aku yang duduk sebelah aku langsung muntah di situ. Kesian. Tak tahan dengan jalan yang macam ular kejap naik kejap turun.
3.30pm
Tiba di hotel. Aku cepat-cepat naik lepas tu turun semula sebab nak beli barang 'keperluan' di 7elevan. Kejap je pun. Dah selesai urusan aku menyempatkan diri untuk online. Masa online tu, abang aku datang bilik ajak pergi pasar Filipin takut tutup pula. Ye la pukul 6 tutup tu pasar. Aku ingat nak pesan je kat diorang suruh beli udang kering untuk aku bawa balik UUM. Aku nak rehat sambil tunggu NTP sampai KK. Malas nak jalan. Tengok mak aku siap-siap untuk jalan, aku fikir lagi bagus aku jalan sekarang sebab kalau aku lambat jalan nanti, kunci bilik tempat aku, aku ni tak tahu bila balik bilik kan. Bagus aku cabut dulu. Aku sempat fikir ajak diorang Nelly untuk ambil gambar di waterfront dan Jesselton Point. Bukan selalu datang sini berjumpa dengan diorang di sini dan ambil gambar kan. Lastly jumpa Elfira di Centre Point. Kami berdua jalan terus dari waterfront ke Jesselton Point sambil tu cari Nelly. Kami berdua berhenti rehat sambil minum-minum di Jesselton Point. Hari mula nak gelap kami berdua jalan balik ke rumah sewa diorang. Masuk Suria. Shopping Complex baru di bandar Kota Kinabalu. Di rumah sewa diorang, kami bertiga bercerita bergelak ketawa. Sambil tunggu NTP a.k.a laling (aku ada laling baru. haha) sampai KK, kami bertiga makan dulu, pergi K-Box nyanyi tiga lagu yang entah apa-apa. Lepas tu tunggu NTP di kawasan asia city.
 |
| Waterfront KK |
 |
| Shopping complex baru di bandar KK |
 |
| Snap snap at Jesselton Point |
 |
| K-Box! |
9.00pm
NTP!!! Gembira jumpa dia lagi. Masuk je kereta, 'Kita m0 p mana?' '1B!' 'Kenapa laling lambat? Janji jam 7 jam 8. Ni dah jam 9' 'Sorry. Kawan tadi bawa kereta lambat betul. 60km/j dia bawa. Adoo...' Ok start then, four of us happy together eventhough it's a moment. Great to have time with you alls. To my laling also walaupun penat driving dari Tenom --> Kota Belud --> Kota Marudu --> KK beraya. 'Tiapa, ada laling dia ni ganti drive.' Hahahaha... Kami hantar Elfira dulu ke rumah kakak ipar dia di Kingfisher. Nak keluar dari Kingfisher laling aku blur kejap mana nak keluar. Last-last orang Bintulu ni juga tunjuk jalan. Laling cakap ' Haish... laling siapa juga kan...' Hahahaha... Pergi 1Borneo gara-gara hanya ambil gambar sebab aku dan laling memang dah penat berjalan seharian. Pijak entrance dan ambil gambar jadi la. Malas nak jalan tapi kami kena tunggu adik Nelly keluar dari church la pulak. Punya lama. Aku balik-balik tanya 'Nel, lama lagi ka?' Laling apa lagi, 'Berapa kali m0 tanya da' 'Laling!' Ok dah kena tumbuk. Haha...
10.00 pm
Baru la adik Nel balik. Dijadikan cerita. Adik Nel ni tadi tunggu di tepi jalan besar tu untuk senang ambil dia. Laling ni tadi berhenti la di tepi jalan tapi tayar pijak rumput suda. Aku ni sudah bagi amaran sana sikit parking tapi belum sempat nak pindah dah tersekat di situ. Aku dah agak dah tapi tak la risau sangat sebab kereta besar kan maksud aku Hilux. Masa nak jalan sikit pergi depan tu, tayar dah tenggelam. Laling race sikit aku terus tanya 'Ada long gear ka?' ' Teda.' 'Ni!' Aku tunjuk gear. Laling cepat-cepat masuk gear dah lepas. Hahahaha.... lucu juga tengok laling panik semacam! Jatuh saham depan laling lagi tu. wuu~ Tiapa laling, laling ni ada. Haha =p Kami terus balik. Hantar Nelly dan adik dia dulu. Masa on the way nak hantar aku balik, aku tanya laling nak makan ke apa. Laling cakap nanti la. Orang m0 teman laling makan pun tak mau. Siap guna jalan jauh lagi nak hantar laling lagi tu. Hahaha. aku tunjuk jalan shor-cut pergi hotel tak nak dengar cakap orang. Nak juga guna jalan pusing jauh. Laling m0 lama-lama sama laling kan? Hahaha...
 |
| Luar 1 Borneo |
 |
| Bersama laling sa NTP |
 |
Nel: Letak di FB dan tag.
Aku dan laling : Jangan (serentak)
Hahaha |
11.00pm
Sampai bilik aku tukar baju je. Tak larat nak mandi. Sebelum melelapkan mata aku sempat mesej sama laling suruh dia makan. Kalau dia tak makan, tumbuk dia nanti. Pesan lagi jangan pandai mengurat sumandak surang-surang jalan sana. Haha... Tiba-tiba pula aku pergi Sabah ada laling.
No comments:
Post a Comment