My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, October 20, 2011

Cubalah awal-awal lagi



Halluuu!!!

Sangat bahagiakan kalau kita tau ada lelaki yang aim kita lama dah. Bagi aku sendiri,aku sejak dulu lagi tak ada pun lelaki yang minat kat aku pun. Tak tau lah kalau aku tak tau yang sememangnya ada lelaki yang minat kat aku dulu tetapi lelaki tersebut malu-malu nak bagitau kat aku. Chewah... mode perasan la pula. Hmm.. nasib engkaulah kalau kau malu nak bagitau kat aku. Aku pun dulu masa sekolah mana ada minat nak bercintan cintun ni semua. Hek eleh... poyo lah statement kau ni Romy. Hahaha... Ye la... matlamat masa sekolah dulu nak belajar je. Pendirian tak nak main cintan cintun kononnya. Lepas sekolah baru boleh bercintan cintun. Tapi di tengah-tengah hormon tengah nak meningkat remaja, aku terjatuh cinta juga dengan orang yang sekarang ini aku panggil abang. Ok... itu story lama ye. Masa tu memang la ada perasaan jeles kat kawan-kawan yang syok bercintan-cintun tu. Tahan hati je la wei. Panjang dah intro aku. Aku nak masuk paragraph baru la.

Anda semestinya tahu dengan siapa aku sekarang ini kan. Tak sedar dah hampir dua bulan kami in relationship. Dalam perhubungan itu, aku giat menanyakan perihal bagaimana si dia boleh ada perasaan dengan aku.

Sebenarnya dia memang dah lama beb ada feeling dengan aku. Huwaaa.... bila dia cakap macam tu kan aku terus speechless. Yang mampu aku tanya dia adalah ' SEJAK BILA?' Sejak dia kenal aku. Bila dia kenal aku? Hahaha... teringat conversation antara kami berdua hari tu. Terus dia cerita la. Dulu-dulu dia kenal dengan kawan-kawan aku yang tinggal di DPP MAS je. Aku kan tinggal kat DPP TNB. So one day dia pun curious juga la nak tahu siapa la Umi Luvheart yang dalam mukabuku tu yang selalu pergi comment kat status kawan-kawan aku tu. Macam aku curious tentang dia dulu la nak tahu siapa Nama Tia Penting yang aktif sangat comment status kawan-kawan aku dan hampir semua kawan-kawan aku di UUM ni adalah kawan dia juga. Kenapa pula aku boleh tak kenal dia??? Tension kejap masa tu. Dah la so secretive. Huh... nama di mukabuku pun dah Nama Tia Penting. Gambar tak ada satu pun yang tunjuk muka dia. Siapa tak tension??? Then, disebabkan ke'curious'annya itu, akhirnya dia tahu siapa Umi Luvheart yang sebenarnya. Kalau tak silap dia cakap hari tu masa dia semester tiga kot dia dah tahu siapa aku. Tapi yang penting dia dulu kenal aku. Sampai dia cakap selalu juga berlimpas-limpas kalau jalan-jalan di sekitar UUM ni tak kira masa pergi kelas ke apa ke tapi buat-buat tak kenal. Alasan, malu! Apa punya lelaki la malu dengan perempuan. Huh!

Then, yang kisah pertama kali bertentang mata berkenalan dengan dia tu aku dah cerita kat entry ini. Kalau nak baca balik klik je la link tu. Lepas dia cakap yang dia dah lama ada hati tu kan, aku pun terus terfikir kenapalah tak kenal awal-awal. Tak lah aku kena merana, sakit jiwa dengan lelaki yang tak guna tu. Tak la aku nak sia-siakan hidup aku dengan hmm... dah la. Tak baik nak menyesali apa yang dah berlaku. Tanpa cubaan, dugaan dalam hidup aku, aku tak jadi kuat macam sekarang ni. Yes... maybe last time im a lot of crying, quarelling with my boyfriend but now I have my dear that really love me and we happy being together. Everyday our day full of love. Hahaha...  dan sekarang adakalanya terfikir masa depan pula. Kenapalah masa ni cepat sangat berlalu. Si dia pun adakalanya menyesali kenapalah tak approach awal-awal. Kalau tak, dah sungguh bahagia dah sekarang. Segala kejadian ada hikmahnya. Kami ada masa lebih kurang 3 bulan lagi untuk berada dekat seperti ini. Dekat konon antara DPP MAS dan DPP TNB tapi bukan boleh jumpa setiap hari pun. Masing-masing ada komitmen masing-masing beb. Kalau tak jumpa dua tiga hari tu memang biasalah tu sebab masing-masing tak suka duduk lepak-lepak kat meja bulat sana. Bagus duduk terperap di bilik je guling guling macam tenggiling. Jumpa pun kalau ada seru nak makan sama. Kalau dua-dua malas nak jalan hmm... gayut je la jawabnya. But at least both of us understand each other.

Dear, kita berdua cipta impian bersama. Tak salah kalau hanya bermimpi sebab mimpi itu kadang-kadang mendorong kita untuk terus maju ke masa hadapan. Tanpa impian kita tak tahu apa yang kita ingin lakukan di masa hadapan. So, what ever it is in the future just redah je. Hehehe... Love you dear. :)

No comments: