My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Sunday, May 13, 2012

Tak salah kan

Selamat petang semua dan selamat berhujung minggu.

Heh... ada juga hati aku terdetik nak buat post baru kat blog ni. Kesian blog ni. Tak bersalah pun selalu je diabaikan. Bukan salahku~

Hey2... Tak nak intro panjang. Anda ada perasan ke wishing list di blog aku ni di sebelah kanan. Aku sentuh cerita ni sebab aku dah capai salah satu dari senarai tersebut. Yang mana satu? Direct to Ampang Point, aku dah dapat kereta sendiri tahun ni. Ala... tak la besar sangat macam bapa aku punya kereta. hehe... Oppsss... Tapi at least aku dah lega dah ada kereta sendiri. Ke mana aku mau pergi dah ada 'kaki' sendiri. Tak payah dah nak gaduh-gaduh berebut kereta dengan bapa dengan abang-abang. Hiyaaah!!! Ada kesulitan juga masa nak loan kereta ni walaupun 'kecil' je kereta tu. 3 kali guna cara yang berbeza, bank yang berbeza di Bintulu ini. Huh... hampir putus asa. Lepas tu syukur ada kazen ku yang tersayang nak tolong. Kebetulan ipar dia ada buka jadi agen Perodua di Miri, so diorang terus cau pergi Miri then a few days later pihak bank call untuk information aku. A thousands thanks to Mr. Micheal from Ambank. He do the best for my information loan even we ever face to face. And the last, I get my Viva on my own name. Tadaaa... I got my own car on year 2012.

Dalam masa 1 bulan ni, aku sentiasa memikirkan masa depan ku. Mana hala tuju ku selepas selesai melaksanakan praktikum ini. Memang kita hanya mampu merancang tetapi apa salahnya kita berangan dahulu bukan. Tanpa angan-angan, kita tidak tahu apa target kita. So, in last, aku hanya 2 options sahaja selepas praktikum ini. 

Kalau saudara-mara yang sedar akan apa pentingnya hubungan persaudaraan yang erat yang bersusah senang bersama, yang saling tolong-menolong, mereka tahu berfikir, mereka akan tolong kita apa yang diorang mampu. Maksud aku, sekarang ni tengah agih-agihkan resume aku kepada diorang. Kalau dapat terus kerja lepas habis praktikum ni syukurlah. Kalau tidak kena juga tunggu konvo baru dapat kerja tetap. Tahun depan? Owh... lama sungguh. Dan doa-doa juga batch kami akan konvo sama pada tahun ni. Tak nak tunggu tahun depan. 
Kalau dapat kerja tetap tahun ni dan konvo tahun ni, aku akan ambil Master of Business Administration secara Pelajaran Jarak Jauh (PJJ) di UUM. Tempat cawangan dia akan ditetapkan selepas tahu aku kerja kat mana nanti. Belajar untuk 2 tahun. Sementara masih muda beb dan yang penting masih bujang. Hehehe... sebenarnya aku tunggu orang tu habis belajar. :p

Aku ambil keputusan ini sebab kalau aku ambil full time study of master, aku tak akan dapat duit sendiri. Maksud aku, dengan keputusan aku sekarang aku memang mustahil nak dapat biasiswa. Pinjaman? Tolonglah jangan tambah hutang aku. Hutang aku sekarang pun dah dekat nak 1000. Memang la ada FAMA tapi kita tak nak juga bergantung dengan diorang seumur hidup. Kalau aku kerja at least aku boleh bayar hutang aku sendiri dan aku hanya minta tolong bayar yuran setiap semester je. Hehehe...

Ok, itu cerita pasal study. Lagi impian aku? Aku jeles dengan rumah saudara aku seorang tu. Rumah buat sendiri dan sangat berpuas hati dengan apa yang ada di dalam rumah tersebut. Terus aku memasang niat nak buat rumah sendiri lepas ni. Yah!!! Tempat dah ada, tinggal tanya duit kat mana lagi ni. Bukannya tak ada rumah lain lagi tapi kami rasakan tak sesuai tinggal di kawasan tersebut sebab ya la kan, orang tua aku memang orang kampung. Orang kampung mana nak rumah yang tak cukup tanah untuk membanting tulang diorang. Lagi la nak beli rumah yang construction buat tu. Aduh... memang tak nak langsung nak berhutang seumur hidup. Ni dah ada tanah sendiri kita buat rumah sendiri. Dah siap nanti dah tak de dah hutang. Cuma ingat hutang bayar kereta, bayar broadband, bayar loan ASB, bil elektrik, belanja dapur dah la. Yang ni aku nak guna duit ASB loan ak nanti. Dalam 2014 habis dah loan aku tu. So ada la 20k untuk belanja buat rumah. Walaupun tak cukup ala.... mak bapak kan ada nak tambah. hehehehe...

Ada lagi perancangan, tak habis lagi. Kereta aku loan RM 27,000. Kalau dapat kerja bagus atau ada rezeki lebih apa salahnya kita bayar bulan kalau aku la dalam RM 1,000 sebulan. Kira dalam 3 tahun habis dah viva aku tu. So, dapat dah beli kereta yang 'besar' lagi lepas tu. Semuanya dalam masa 3 tahun tapi tak tahu start bila lah. Lepas habis master aku nak sambung lagi PHD. Secara PJJ juga in 1 year course tak tau lagi la. Tapi bagus ambil course yang senang je la sebab I sake for the certificate for high salary and I want work with government. Aku bakal tamatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan aku. Jadi ini satu sijil profesional aku. Aku nak ambil exam profesional yang tinggi lagi dalam account ni aku rasa aku dah tak cukup cerdik. Tu yang aku cadang nak sambung Master sebab aku belajar untuk exam dan in MBA kebanyakkan in theory so sesuai la untuk aku ambil sambil kerja. 

Last! Kawen??? Yang ini aku tak berani nak merancang, nak pasang angan-angan bila aku nak kawen. Kalau ada jodoh esok lusa, tahun depan, tahun 2015 atau bila-bila, kita tak tau. Hanya boleh pasangan angan-angan nak kawen macamana, mestilah nak bahagia bukan?

Ok thats all my dreams. Aku hanya berkongsi apa yang aku rancang, plan strategik aku. TAPI..... ini semua hanya angan-angan. Doa-doa semua berjalan lancar mengikut rancangan tapi semestinya dalam kehidupan kita akan ada peristiwa yang boleh membantutkan semua rancangan ini.

Sekian terima kasih.

No comments: