My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Monday, May 10, 2010

CINTA~

Aku tak tahu sama ada mahu menggelarkan ini cinta pertama atau tidak. Dengan hubungan jarak jauh dan telah menjalin hubungan selama satu tahun. WOW….one year. Sounds great right but so much terrible, horrible, and what can I say then…

Penuh dengan kata manis, janji manis, segalanya manis la. Entah berapa tan gula la dia masukkan tu yer. Dengan aku yang sanggup berhabis duit, sanggup tak datang kelas disebabkan mahu bersamanya. Adakah semua itu adalah PENGORBANAN ku kepadanya???

Segala apa yang dia lakukan mula2 memang nampak sangat dia sayangkan aku. Aku mula2 memang jual mahal sebab aku tak mahu dipermainkan. Aku tak mahu terjadi kisah seperti abang aku. Aku tak mahu terseksa dengan perasaan. Akhirnya, aku memang jatuh sayang kepadanya. Tapi di kala aku sangat2 sayang dia, kepercayaan aku mula tercalar. Apa yang aku nampak dia nafikan. Apa yang aku dengar dia nafikan. Aku tak tahu nak buat apa. Yang cuma aku tahu aku dah terlanjur jatuh cinta dengan dia. Apa yang aku nak buat masa tu. Apa2 pun alasannya aku terima dengan janjinya dengan kata manis nya. Tapi sanggupkah aku mahu rasa terseksa setiap malam, rasa ragu setiap hari.

Dan akhirnya, aku bertekad mahu menamatkannya. Tapi aku ada ego aku sendiri. Aku tak mahu perhubungan itu disebabkan aku. Kemuncaknya dia sendiri tidak tahan dengan sikapku. Dia sendiri yang mengatakan ayat itu. Setelah aku mendengar ayat itu, aku masih bertanya lagi. Aku tidak pernah mengatakan ya. Dia sendiri yang buat keputusan dia sendiri. Dan lagi sekali aku menegaskan di sini, aku tidak pernah mengatakan YA.

Tanpa aku sedari, aku tersenyum lebar setelah aku rasa hidup aku bebas. Tidak ada rasa beban. Memang aku akui kadang2 aku teringatkan dia. Aku rasa sepi, keseorangan. Tapi aku ada abang aku yang setia menemaniku. Terima kasih sekali lagi bang.

Di sini, aku mahu mengucapkan terima kasih dengan hubungan yang telah kita cipta selama setahun yang banyak mengajar aku erti CINTA. Aku tidak mahu menerima maaf dari mu dan meminta maaf darimu. Aku tidak pernah membencimu. Aku hanya pernah sayang kamu. Aku mahu melupakanmu tapi aku tak pernah melupakan kenangan itu. Aku sengaja mengabaikanmu sebab itu yang ku mahu. Itu yang abangku nasihatkan.

~ TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA ~

~JB~

No comments: