My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Monday, May 10, 2010

Special for my lovely brother ;p

Kenapa tiba-tiba semua kenangan datang seperti wayang yang sedang menceritakan kisahnya di layar putih dan masa itu juga aku terasa sangat sepi, sangat kesian, sangat la tersangat-sangat. Kenapa manusia ada sesuatu yang dinamakan perasaan? Kalau tak ada perasaan mungkin semua yang sedih, sakit, marah itu tidak kita rasai. Dibandingkan anak-anak buah ku yang masih kecil, mereka gembira ketawa tanpa memikirkan apa-apa masalah. Mereka hanya tahu ketawa apabila gembira, menangis apabila kena pukul atau permintaan tidak ditunaikan.

Aku memang keseorangan. Aku memang ada bapa, mak, abang2 aku. Tapi mereka sendiri ada hal mereka sendiri. Ada masalah mereka sendiri. Sibuk dengan kerja mereka. Entah mungkin betul juga aku ambil JOSEPH CHONG sebagai abang angkat ku. Dia lah abang ku, dia lah tempat aku luah perasaan, dia lah tempat aku bermanja, dia lah tempat aku bergurau senda, dia lah driver aku, dia lah pendengar etia aku, dia lah pembalas mesej aku, dia lah pembaca mesej aku, dia lah pelayan aku dan DIA LAH segala-galanya bagiku.

~ ADIK SAYANG ABANG~



 
Terima kasih atas kesudian melayan adik selama ini. Walaupun adik merajuk, adik cuba untuk tak geng abang, tapi hakikatnya adik rindu abang, adik tak dapat tanpa abang. Ehehe….paling lama satu bulan la adik pernah tak tegur abang ek. Apa-apapun adik yang comel lote ni tetap cari abang kesayangan dia juga. Kita yang merajuk kita juga la yang cari dia dulu tau. Bila ditanya kenapa tak cari adik, kenapa tak mesej, call adik. Alasannya, ala…bukan adik nak layan pun. Hmmm…inilah jadinya kalau ada abang yang tak pandai pujuk.

Abang aku ni hensem. Ehehehee…siapa2 nak jadi special girlfriend dia mesti minta kebenaran dengan adik dia ni dulu tau.

No comments: