My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Saturday, May 29, 2010

Dilemma~

Aku dalam mode dilema. Tak best la macam ni. Aku….hmmm…. arghhhh….. aku harap semua ni bukan kenyataan. Susah la. Hah… aku taip ni pun tak tau dah apa nak ditaip.


Alkisahnya begini. Pagi semalam dengan malasnya mataku terbuka. Aku tak dapat tido dengan tenang dan aman da… Lepas aku bermalas-malasan tu, aku online. Tiba- tiba handphone kesayanganku berbunyi. Siapa pula la yang telefon pagi-pagi ni. Aku pandang sekilas je nombor tu dan jawab dengan malas sekali. Hee… kacau betul la. “Hello.” Si pemanggil terdiam kejap. I said Hello again. Baru dia bersuara, “ Erm hai, agi ngelala ku agik ka?” “Hah, sapa tok?” Aik… berkerut dahiku. Eheh… ape da… Ingat ni penulisan sastera ka? Sukati aku la nak taip macamana pun kan. Eyh… back to the story. Aku tengok nombor telefon yang call aku tu. “Alamak.” Hehe… O… Layan je la. Korang nak tau siapa? Heh.. siapa lagi kalau bukan my ex. Aku terkelu masa tu juga. Aku tak tahu nak buat apa. Perasaan aku lain macam. Tangan aku menggigil. What happen to me??? Yang ada dalam fikiran aku masa tu abang. Abang help me!!! Dah terlanjur nak buat macam mana. Aku cakap je la dengan dia. Buat bodoh je la.

Lepas selesai bercakap dengan dia, aku call abang. Abang apa lagi. Sound aku la. Bingit telinga aku dengar. Belum habis cakap lagi aku dah kena tembak. Tapi aku tak mengalah ok. Aku pejuang berani mati. Keh3…

Persoalan aku. Kenapalah dia ni still contact aku lagi? Aku cuba untuk buang semua tentang dia tapi kenapa dia asyik datang kepadaku? Haiyo… susah la macam ni.

Tapi cerita ni tak habis macam ni je tau.

Sesi malam pula. Dah namanya jiwa aku tak tenang dalam minggu ni. Aku cuba la untuk menghiburkan hatiku ini. Aku tengok tv dengan tayangan yang lucu2. Aku main game. Aku berfacebook. Aku buat kerja aku la. Tengah aku tak ada apa nak buat, rilek je baring macam puteri raja, handphone aku terima mesej da. Hmm.. siapa la yang ingin mengacau ketenteraman aku ni. Kalau abang tak pe gak. Aku tengok nombor tu, aku melepaskan keluh. Balas je la. Karang orang cakap aku ni sombong. Aku buat bodoh je la. Aku apa lagi. Ngadu la kat abang. Aku taip mesej, aku taip la dengan malasnye. Tekan2 punya tekan, aku sent. Tiba2 aku terima mesej.” O… d madah aku orang gila ney…….” Hah? Aku salah send ke? Arghh… tidak… keh3… ABANG!!! Aku tersend ke ‘orang’ itu la. Sudahla ‘orang gila’ tu memang dia. Aku apa lagi, cepat2 call abang. Abang terus tembak aku. Hish… abang tok. Tak menyempat-nyempat terus aku disemburnya. Tunggu la adik abis cerita. Last2 kami dua ketawa sendiri. Keh3… biar dia rasa. Hah… orang gila. Hahahaha .

Nak tau apa yang abang sembur kat aku bila aku komplen ‘orang gila’ tu mesej or call aku hari ni? Ni dia.

“Kan abang dah cakap. Berkali-kali abang pesan. Kalau dia contact adik, adik ignore je. Kalau dia mesej adik, tekan je butang c kat handphone tu? Berkali-kali abang pesan. Ni adik tak nak dengar. Lepas ni biar adik je la. Malas abang nak layan adik. Adik nak komplen dengan abang pun tak guna. Dah adik sendiri nak layan dia.”

Hah… ni la ayat yang abang sembur kat aku. Dengan satu nafas je tau. Aku nak suruh dia berhenti cakap pun susah. Ayat command dia.

Ok. Habis cerita abang. Cerita ‘orang gila’ pula. Hahaha… tengok. Dah lekat dah nama orang gila tu kat dia. Siapa suruh. Dia sendiri cakap dia gila ok. Dia masih mesej dengan aku. Dan dia mesej benda2 yang rubbish. Aku tak suka orang anggap aku yang bukan-bukan dan buat kesimpulan sendiri tanpa tahu apa isi hatiku sebenarnya. Apa yang aku mahu sebenarnya. Kerana persepsi seseorang itu kepada kita amat penting bagi aku. Balik2 dia mengucapkan rindu kepadaku. Aku tetap buat bodoh. Sebenarnya aku malas la nak layan dia. Aku buat bodoh buat selambe je la. Aku tanya dia, kenpa pula kamu rindu aku sedangkan kamu yang mengakhiri semua ini? Dia menafikan. Dia cakap bukan dia yang minta ini berakhir sebegini. Habis siapa la yang cakap dulu tu? Yang penting bukan aku ok. Aku telah berusaha untuk memulihkan hubungan ini. Tapi aku sendiri ada perasaan. Aku tak mahu memutuskan sesuatu hubungan itu yang datangnya dari mulutku kerana aku tak mahu dia buat cerita aku yang minta sebab aku fikir masa depan. Apa2 yang akan berlaku nanti semuanya bukan salah aku. Dia yang minta so he deserves it. Bukan kemahuan aku pun.

Sekarang dia mula tuntut janji2 yang kami buat dulu. Persoalannya, masih wujud lagikah janji itu? Hah… nama pun janji kan. Pengajaran, jangan sesekali buat janji masa bercinta kerana kadang kala janji itu akan membuatkan kita terikat. Dia tiba2 mengaku yang dia bodoh sebab dia biarkan semua ini terjadi. Kebodohan siapa??? Hahahha… kadang2 kepala otak aku ni jahat juga. Dia seolah2 mahu hubungan yang diputuskan itu disambung semula. Haish… ni yang buat aku pening kepala ni. Dahla aku ingkar cakap abang. Lagi2 dengan ‘orang gila’ ni buat hal pulak.

Dia suruh aku beritahu apa yang sebenarnya aku mahu selama ini yang dia tidak tahu, yang dia sering buat conclusion sendiri. Dan ini yang aku balas.

“If u ask me, did I miss u my answer is yes, I really miss u sometimes. If u ask me, did I still love u, my answer is yes, I still love u. Dah d minta putus suba then aku call d tapi d nda nyaut, aku terus buai segala2nya tentang d. Tapi 1 jak nda ulih dibuai aku sampai diatu. Our memories even that not much.”

Apa2pun semua dah lepas so be it la.

“Ya la… do u want it over? If that love come back so how?”

“Kenapa ia datang balik sekarang sedangkan saya tak pernah minta untuk jadi sebegini. Dia yang minta semua itu. Begitu mudahkah hati ini untuk terima kedatangan ia dan membiarkan ia pergi?”

“So how you want? Let it be? Not such thing…”


“Its all depend on you dear…”


“Depend on me? I still love you but I so stupid let it like this happen…”


"Although that I still love you, I don’t know that I can trust you now. Many thing that happen to me because of you.”


“That I know already.. it also depend on you to trust me.. I don’t force you to turn back to me.”


“I don’t want to be stupid girl anymore dear. If you want me back, u make me can trust u 100% first. If you cant, then bye2 dear. Better im being single and hide my true feeling over u.”


“How can I make you trust me hundred percent?”


‘Its on u. U already knew what I want right.”


“Ok. Give me time then I prove to you.”

Inilah mesej2 kami berdua. Aku copy paste dari handphone aku da.. So… what comes next??? Aku dalam dilema ni. Dah la aku ingkar perintah abang. Nak kena layan orang ni pula. JB vs. JC. Keh3…

Kalau difikrkan balik tentang hubungan aku ni, memang aku masih cintakan dia. Tapi aku tak boleh nak kembali padanya. Boleh ke dia nak buktikan yang aku boleh percaya dia 100 % ar? 100% tu… bukan 10, 20, 30, 80, 99 @ 99.9999% tau. Sorry la… I really cant. Aku dah pun buang semua segala tentang mu even nombor handphone sekali pun. Kamu memintaku untuk mesej kamu jika aku ada masa. Sorry again. Aku tak akan mesej atau call kamu terlebih dahulu. Kerana itu sudah menjadi prinsipku selepas berpisah dengan
mu. Biarlah kamu yang mencari aku, kamu yang merayu untuk kembali kepadaku tetapi bukan aku yang melakukan semua itu. Aku tidak mahu nanti kamu akan mengada-adakan cerita kepada perempuan2 mu bahawa aku yang terhegeh-hegeh hendakkan kamu lagi. Aku tidak mahu orang menganggap aku terlalu murah. Aku tidak mahu sama sekali. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Aku ada abang aku yang sering mendorong aku, yang sering menegur aku walaupun kadang2 abang bikin panas juga. Eheheh…. :p

Jika aku kembali kepadamu lagi, pertama, bolehkah aku percaya kepadamu? Kedua, bolehkah aku melayanmu seperti dahulu? Aku tidak tahu. Hanya masa yang akan menentukan semuanya.

No comments: