My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Wednesday, May 26, 2010

U make ur own conclusion without knowing what I want actually.

Ya…memang kamu membuat keputusan tanpa mengetahui apa yang aku mahu. Kamu sendiri yang ucapkan tanpa bertanyakan aku “YA” atau “ TIDAK”. Kamu sendiri yang mengandaikan perbuatanku terhadapmu selama ini. Semuanya dari kamu.

KAMU…. Aku tidak pernah mengatakan “YA’ atau “TIDAK’ kepadamu. Bila ku ingin membuka ikatan itu, engkau terlebih dahulu membukanya dan tidak memberi peluang kepadaku lagi untuk bertanya, untuk berfikir, untuk menjelaskan dan untuk memberitahu kepadamu apa yang ku mahu sebenarnya.

Sekarang, kamu ingin tahu apa yang ku mahu sebenarnya. Dan aku bertanya kepadamu. Jika aku memberitahu segalanya, apa yang akan terjadi selepas ini? Ikatan itu disambung balik? Sedangkan ikatan itu sendiri aku tak tahu bagaimana mahu mengikatnya kembali dan dimanakah ikatan itu berada sekarang.

Apa-apapun, ia tidak akan merubah apa-apa. Ikatan itu hilang ditelan masa. Dan semua itu adalah kehendak darimu sendiri. Jadi, u deserve it.

No comments: