My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, May 27, 2010

Waktu malamku.

Aku ni ada satu masalah sikit. Kalau nak tdo tu memang payah kecuali aku sangat2 penat, terlelap atau yang sewaktu dengannya. Masuk tdo je, dah baring2 tunggu mata terlelap mesti aku fikirkan benda yang bukan2. Alih2 aku tak tertdo. Jadi tension ada la. Mangsa aku tiap2 malam pula, siapa lagi kalau bukan abang. Kesian lak abang kena layan adik dia sorang ni. Kalau tak bergayut, aku mesej dia sampai la aku terlelap. Kalau abang busy atau aku tak de kredit, aku buat la apa2 pun. Tengok movie, baca buku, main game dan sewaktu dengannya sampai aku terlelap atau penat sesangat.

Dan dua tiga hari ni, aku tak tenang langsung. Tak tahu kenapa. Abang lak busy. Aku tak leh kacau dia. Hmm… Malam semalam2 lagi tu punya la main teruk malam aku. Aku sakit, jadi aku terlelap awal la malam tu. Tiba2 aku terjaga. Bila tengok jam baru jam 12 tengah malam. Hmm… Lampu bilik belum tutup. Terpaksa lah aku bangun tutup suis lampu. Karang tak pasai2 kena tibai. Hehehe…. Dan baru aku perasan yang selama aku tidur tadi tu, punya la banyak aku mimpi. Entah brapa cerita da… Dan semua mimpi2 tu tak best langsung. Mimpi ngeri. Aku pun dengan selambenye ambil telefon tekan nombor 2 lalu bercakap. Keh3… tau2 la siapa.

Dan malam semalam lak cukup sengsara. Perut aku meragam. Entah apa punya penyakit da… Hati aku tak tenang. Macam2 yang aku fikirkan. Nak cakap gastric tak juga. Aku makan apa… Nak cakap coming moon, tak juga. Lambat lagi pun date dia. Hmmm… sangat sakit yang teramat sangat. Aku diam2 je la. Aku ni kalau sakit mana ada bagitau orang. Kecuali aku nak mati baru la aku cari orang. Aku tak suka pergi hospital, pergi klinik, pergi jumpa doktor, kena makan ubat, kena bedah, aku tak suka la… heee…. Aku ni sakit mana ada makan ubat ke apa. Aku sembuh dengan cara semulajadi. Hehehehe… Berbalik dengan sakit perut ku tadi, aku tahan je la sampai aku terlelap gak. Pagi esoknya ok je pun. Tak guna punya perut. Buat aku sengsara jew.

Malam tadi lak, hmmm…. Cukup memboringkan. Abang still busy. Jadi apa la boleh aku buat. Aku pun online la. Lama lak tak online malam sejak sakit ni. Dan bila aku online, aku ternampak satu nama tu ada online sama. Huwaa… terus lebar senyuman ku. Ehehehe…. Tapi dia macam tak nak layan aku jer… Hmmm… Tak apela. Aku ucap terima kasih la sebab dapat menceriakan aku kembali setelah aku melihat namamu itu. Keh3…. Ape da… Hmmm… apa2 pun boleh menggembirakan hati seseorang kan. Dan di masa yang sama pula, mood aku di’spoil’kan oleh seseorang. Tapi tak apalah. Penangan nama itu tadi lagi kuat dari membuatku sedih.

Selepas itu, aku masuk tidur dengan aman sekali. Aku terbayangkan dia. Adoi… kenapa lak aku teringat kat dia ek. Aku masih ‘suka’ dia ke? Walaupun aku masih suka dia, aku tak dapat la. Mimpi je la. Dan betul2 malam tadi aku bermimpi kan dia. Bila teringat balik mimpi tu, cukup membuatkan ku rasa bahagia dan tersenyum lebar. Huwaa…. Walaupun tak seberapa indah sangat la mimpi tu. Janji aku SUKA…. Hmm… bila la dapat jumpa lagi ek. Nampak gayanya tunggu tahun depan la ni. I appreciate that I knew u.

No comments: