My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Saturday, June 12, 2010

Semalam yang ...

Semalam hari yang sangat memenatkan dan hangat. Perjalananku dari Bintulu ke Kuching dengan menaiki kapal terbang boeing MAS dengan layanan first classnya. First class tu beb. Eheh… Berlagak kejap. Kami dua kazenku first time duduk seat first class dan sakai dengan layanan yang sebegitu. Mana pernah beb. Dulu naik MASwing mereka Cuma bagi air kotak milo je. Sekarang ni naik airasia je hmm… hampeh… cium bau je la. Opsss… sori la kepada syarikat penerbangan di Malaysia ini kerana aku membandingkan. Dah memang kenyataan. Risau lak kena saman dengan ISA. Huhu…

Selamat sampai di Kuching pukul 10 pagi dengan disambut hujan renyai2. Terus check in ke hotel dekat dengan waterfront. Berehat kejap. Ye la malam tu aku dah la tak tidur. Nak tidur tapi tak dapat lak. Tengok je la tv tu sambil tunggu masa nak jalan.

Pukul 12 tengah hari bermulalah langkah kaki dua orang sepupu. Dahla sorang laki sorang perempuan. Haishh… memang orang sangkakan kami ni laki bini @ pasangan kekasih. Haha… Teringat aku dengan laki receptionist semalam bila aku minta kunci, aku sebut la nombor bilik serta meminta kunci bilik kazen aku sekali. Jadi dua kuncila tu kan. Dah dia bagi kunci bilik aku, aku sebut lagi nombor bilik satu lagi, dia ambil kunci aku tadi untuk disimpan dan dia ambil kunci bilik kazen aku. Aku minta lagi kunci tu balik, dia ambil balik kunci bilik kazen aku, dia bagi kunci bilik aku lak. Hahaha… pening dah kami dua bertarik2 kunci. Last2 o…. dua bilik…. Keh3…. Panjang lagi sebutan dia semalam. Ye bang dua bilik dan dua kunci.

Dah kami dua lunch, kami jalan2 sekitar waterfront. Habis mall yang ada dekat situ kami pusing2 walaupun yang tidak ada kedai di dalam bangunan itu. Jalan2 sepanjang waterfront, berkawan dengan buaya dua ekor sana tu. Lepas tu, kesian kat pak cik pendayung sampan tu, kami dua naik sampan tu pergi seberang ke Astana tapi tempat tu tak de apa pun. Memang nak bagi pak cik tu duit la kami dua ni. Nak pergi kubu hari punya la panas. Hmm… tengok dari seberang je la. Habis dah sekitar waterfront diterjah, kami berdua pergi ke Spring. Time untuk makan. Pekena di Sushi King, Secret Recepi dan Big Apple. Benda ni tak de kat Bintulu, so kami berdua melantak la apa yang diingini. Barang bawa balim bilik Cuma buku yang kami berdua beli di MPH je. Dah berjalan dari 12 noon until 8.30 pm, kami rest kejap. Aku pesan kat dia kalau lapar lagi nanti lewat malam kita keluar supper kat waterfront. Aku punyala letih yang amat sangat. Rasa nak tidur je time tu. Malas nak mandi. Tapi aku ada tanggungjawab lagi nak kena selesaikan. Aku nak buat persiapan untuk kazen kesayangan aku tu. Dah aku selesai mandi, aku keluar sorang diri. Nak ajak kazen aku tu, tak nak la. Dia tadi pun dah mengadu sakit kaki. Lagi2 dia belum buat persiapan sepenuhnya untuk interview esok. Ingat nak pergi 7 Eleven je. Tapi tak jumpa lak. Terpaksa la aku pergi Parkson. Huwa… jauh tu. Hmm… tak pe la. Dah nama tanggungjawab apa nak buat kan. Dah aku selamat sampai di bilik, time nak bagi barang kat dia, dia keluar bilik pulak. Dia ajak makan lagi. Ok jom pergi waterfront. Menikmati suasana malam. Memang makan je kerja datang ke Kuching ni.

Pagi ni, aku siap hantar kazen aku ke Regency Rajah Court Hotel. Sempat ikut taklimat pasal UTP je la. Lepas tu aku balik hotel. Ni tengah tunggu kawan aku sorang ni datang ambik aku. Haish… lambat sangat la dia ni. Apa la benda yang dia bzkan tu.

Malam tadi lak dengan kepenatan aku, aku layan orang tu lagi. Aku call tapi tak lama sebab dia cakap ada orang call dia. Ok la. Gayut la dengan ‘orang’ tu. Macam la aku tak tahu kan. Mesti la dia layan aweks2 dia beb. Ah… aku nak tidur. Penat. Tapi tidur ku dikacau lagi. Dalam masa aku tidur, aku dalam tak sedar terdengar bunyi hp ku yang berada di tepi telinga aku tu berbunyi menandakan ada mesej berbunyi. Aku nak ignore payah sebab bunyi mesej aku tu periodic. Kalau tak dibuka dan dibaca memang tak boleh tidur la jawabnya. Aku buka mata aku sikit untuk tengok mesej tu balik lepas tu aku sambung tidur. Dalam terlelap tu kan, sempat lagi la palak otak aku ni berjalan memikirkan eyh… mesej sapa tu tadi ar? Itu mimpi ke realiti? Hee.. aku tak puas hati aku bangun dan check inbox. Mesej yang pelik dari dia yang mengatakan ‘Manah d ngiga laki bukai..ku rasa ku nda cukup manah untuk d…’

Hah… apa dia ni? Merapu ka salah send. Aku call lagi untuk tanya tapi dia malas nak cakap dengan aku. Nak bermesej la juga. Aku layan je mula2. Tapi dah buat aku konfius tahap gaban dan aku sangat2 malas untu membuka mata membaca mesej, menggerakkan tangan aku untuk menaip dan berfikir, aku tak tahan aku nak call juga. Here we are. We reveal all the stupid thing. Huh… Whatever bla bla bla… aku malas nak cerita pasal conversation antara aku dengan dia yang mengambil masa lebih sejam itu. Conclusion that I make for our relationship is ‘Ok. Now, we just friends. No need to make a serious relationship like past again. I easy with our situation now. Can talk, can sms, can call whatever time we want. No need to worry what are you doing right now, no need to suspicious anybody, and not hurt my feeling anymore because of YOU!’ FULLSTOP. From that, so this is what I am.

No comments: