Hari ni as usual rutin biasa. Ada dua berita untuk hari ni. Pagi2, antie ku sorang ni call aku minta tolong hantar anak dia interview untuk kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Kuching. Alasan, mereka tak tahu apa2 pun. Hey, aku pun tak biasa la kat Kuching tu. At least la aku dah pergi Kuching bulan 12 tahun lepas. Itupun aku tak biasa dan tak terfikir la pulak nak hafal2 hotel dan nama jalan kat sana tu even satu Kuching aku pusing beb. Yang aku familiar dengar waterfront, Hilton, dan yang sewaktu dengannya la. Yang memusingkan kepala aku, aku nak cari Regency Rajah Hotel tempat kazen aku tu interview. Habis orang yang sememangnya menetap di Kuching, yang study kat Kuching aku tanya, semua tak tahu. Heee….
Satu lagi ni nak cari sapa la mangsa aku nak ajak pusing Kuching ni esok lusa. Sedara mara aku belum balik lagi dari kampung. Kawan2 ada yang bz ada yang ada hal sendiri. Petang ni barulah aku dapat sorang ni volunteer nak jalan dengan aku lusa. Hehehe… thanks Muiz. I like u la…
Conclusion untuk kisah ini, aku akhirnya akan pergi Kuching guna kapal terbang MAS first class lagi tu beb, yang akan berlepas pada pukul 9 pagi dari Bintulu. Terima kasih. Eheh… 12 hb aku kena hantar kazen aku tu pulak. Yang nak buat aku ketawa la kan, kazen aku ni lelaki. Lagi2 dia ni bukan calang2 beb. Best student di sekolah menengah dulu dan matrikulasi tu. Tapi kalau bab2 nak pergi ke tempat orang nip ayah sikit. Ye la. Kat rumah dia cuma ada mak dan adik perempuan je. Bapa dan abang dia kerja offshore. Jadi tak de sapa la nak guide dia. Yang jadi mangsanya aku la. Siapa lagi. Hmmm… dia masuk matrikulasi dulu pun aku hantar. Ni dia pergi interview pun aku gak yang hantar. Yang paling aku risau kalau dia dapat masuk UTP nanti. Di Perak tu. Sekarang ni aku dah berfikir, mesti aku juga la yang akan hantar dia. Dah la takde airport kat Perak. Kalau nak pergi sana kena guna bas la dari KL. Merana beb. At least aku kat Kedah tu ada airport di Alor Setar dekat la sikit nak balik ke UUM tu. Hmm.. kita tunggu dan lihat la. Inilah dia akibat terperuk je kat rumah. Tak luas pemandangan. Takut ke mana2. Aku berterima kasih la dengan mak bapak aku sebab latih aku dari kecik. Borneo ni dah dalam tangan aku dah. Hehehe… membangga diri la pulak. Semenanjung pun in the future will be in my hand. Hahaha… Iyo la tu…
Satu lagi berita. Baru tadi aku dapat contact orang di kampung. Apa lagi, nak tanya berita datuk aku la. Merisaukan betul. Datuk aku makin teruk la. Orang2 di kampung tu semua tunggu kami bertiga (aku, mak aku, dan bapa aku la) sebab kami bertiga kan tak balik gawai hari tu. Uncle aku asyik tanya bila lagi nak balik sini ni, korang bertiga je datuk ko belum jumpa. Huh… sedihnya bila dengar ayat tu. Rasa nak je balik sekarang ni. ‘Aki, sabar au. Ari minggu kami 3 pulai.’
Conclusionnya, aku akan balik Kapit sekembali aku dari Kuching nanti. Inilah yang aku buat masa cuti. Ke sana dank e sini. Tup2 dah nak habis dah cuti aku ni. Penat…
No comments:
Post a Comment