Hari ini memang pelik. Semua kejadian hari ini sangat la pelik bermula dari malam tadi.
Semalam kan aku termasuk mak bapak aku pun tersangat la penat. Keluar rumah pagi, balik ke rumah dah nak tengah malam. (peribahasa). On the way balik rumah malam tadi, bapa aku tengok jam dah lepas pukul 10 malam. Bapa aku pun ingat la gusti dah stat. Dan dia ingat mesti abang ke-3 aku dah bertapa depan tv untuk menonton rancangan televisyen paling diminati bapa dan abang ke-3 aku ni setiap hari Selasa jam 10 malam. Bila sampai rumah, sunyi je rumah ni. Bapa aku terus bergegas masuk rumah, on suis tv, cari remote dan tekan 811. Dia hairan abang aku tak keluar2 pun dari bilik dia. 'Tidur ke apa budak ni?' Dengan keprihatinan bapa aku ni, dia pun panggil abang aku, ajak dia menonton gusti. Ya, memang mereka berdua tonton gusti itu. TAPI… 'aik… dah habis ke? Kenapa awal sangat dia habis? Jam baru je pukul 11 malam. Kan selalu pukul 12 dia habis. Yang main tadi pun tak ramai. Hish tak puas hati la ni.' (Aku dengar suara2 mereka dari bilik aku. Masa tu aku tengah on call.)
Pagi tadi, as usual mak aku dengar radio. Satu ketika tu, lepas pukul 8 pagi kot masa tu, mak aku tanya aku. ‘Eyh… nama nadai pengingat tuai pagi tok?’ (Salah satu rancangan diminati mak bapa aku di stesen radio Iban Wai FM 98.50 Bintulu. Aiseh.. siap promote lagi aku ni). Aku pun ikut heran gak. Aik… tak ada ke? Aku jawab acuh tak acuh je sebab aku bukan follower tetap rancangan tu. Sekadar dengar je selama ni. Ada part tu aku terfikir gak. Tak patutla DJ radio tu tak siarkan rancangan yang sepatutnya. Maybe ada masalah kot. Lagipun, sebelum mak aku tanya aku tadi, kami breakfast sama2 kat luar. Radio pula kat dapur. So tak concentrate dengan radio tu. Aku anggap maybe dah terlepas dengar kot.
Aku dah buat planning dah tadi. Hari ni aku kemas bilik, cari benda2 yang ‘hilang’, packing apa yang patut. Persediaan untuk nak balik UUM, mana tau esok lusa aku dah TERsangat la busy sampai aku tak TERpacking barang aku. Karang ada lak yang tertinggal.
Aku hitung hari nak balik UUM ada 5 hari lagi. Esok hari khamis, lusa Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin. Huwaa…
Kawan aku mesej, aku bagitau la ada 5 hari lagi nak balik. Dia balas ‘Mana ada? Kita ada seminggu lagi la.’ Aku balas ‘ Eyh betul lah 5 hari.’ Aku taip mesej counting day seperti perenggan atas tu kat dia.
Aku berfikir lagi bila aku nak hantar result aku kat JPA. Aku ada masa esok lusa tulat je. Hmm.. Harap2 dapat ambil result tu kat abang esok.
Berfikir lagi tentang kazen aku. Bila tarikh sesuai dia nak post all the document for the scholarship. Takut tak sempat pula. Jadi, plan nak contact dia esok nak tau perkembangan dia.
Banyak la tadi benda yang terjadi kes ‘hari2’ ni.
And reveal of the day…
Tengah aku on call, ntah apa topic kami berdua tadi tiba2 je tentang H.A.R.I. Rasanya counting the day to post my result kot tadi tu. Aku sebut la hari ni hari RABU. Abang cakap, ‘ Eyh2… pandainya hitung hari. Hari ni Tuesday la.’
‘Kenapa pula? Betul la hari ni hari rabu.’
‘Tuesday la hari ni. Ok kita check calendar kejap. Ha… kan betul hari ni Tuesday.’
‘Eyh… ye ke? Jap2’
Aku off call. Check my calendar on my phone. Yes… it is Tuesday 6th of July. Aku terus meluru keluar bilik, bagitau mak bapa aku (kebetulan tengah berbual kat ruang tamu) ‘Hari ni hari Selasa la.’
‘Eyh… mana ada. Hari Rabu la hari ni.’
‘Bukan, hari Selasa hari ni. Dalam phone aku pun hari Selasa. Tak kan la calendar phone aku yang salah kot?’
‘Hmm.. phone u la yang salah tu. Cuba check phone aku pula.’
‘Hish… aku bergaduh dengan orang pasal HARI.’
‘Ok, cuba kita check kat tv. Ada gusti ke tak. Channel 811.’
Aku tekan je 811. Info WWE RAW.
‘Hee… hari Selasa.’
Aku dengan geramnya terus bangun dan masuk bilik. On call balik, hmm… kena ketawa pulak aku. Ye la. Mana aku tak ‘angol’, aku tersangat la letih 2 hari ni. Otak aku macam2 benda yang kena aku fikir. Macam2 dah plan aku. Planning2 aku semuanya membuatkan aku takut untuk hari ini berlalu dengan cepat sebab takut tak sempat nak buat semua list2 tu. Hish… buat penat otak dan perasaan aku je nak plan2 semua ni.
Can somebody refresh my mind now??? Please… I really need it.
Esok, aku nak rileks je siang hari. Tidur puas2. Hehe… I hope so!
No comments:
Post a Comment