Semalam aku sangat la penat. Lebih 12 jam, pusing2 satu Bintulu yang tidaklah boleh dikatakan sebuah bandar yang besar seperti Kuching tapi boleh tahanlah kalau nak pusing satu bandar Bintulu ni dalam masa 12 jam.
Pasar 2 kali aku pusing, Park City 4 kali aku pusing, Sing Kwong baru 3 kali aku pusing. Medan Jaya aku pusing 6 kali kot kalau tak silap. Lepas tu last sekali kami pusing Tanjung Kidurong (guna jalan Tg. Batu) masuklah ke Sg. Plan. Orang kat tempat tu pun rasanya fed up kot tengok muka dan kereta aku ni pusing punya pusing.
Kenapa aku buat kerja yang tak berfaedah ini???
Aku bukannya buat sebab aku boring kat rumah, bukan sebab aku dah nak balik UUM, bukan sebab aku suka2 pusing2 kereta tu, dan yang penting bukan sebab aku GILA ok... Aku buat semua ni sebab aku hantar uncle aku ni cari kerja, hantar resume kat company2 ni.
Dunia sekarang tersangatlah susah. Kalau nak cari kerja semuanya makan dalam. Kalau ada kawan2, sedara mara, sepupu sepapat ada kerja atau geng dengan satu2 jabatan tu senanglah kita nak cari kerja. Hmm... 2 minggu lepas pun aku tolong sorang cousin aku ni cari kerja tapi profesion lain la. Uncle aku ni pula cari kerja profesion lain pula.
Ada faedah jugalah tolong orang cari kerja ni. Macam aku ni tak lama lagi dah nak praktikal tahun 2012 dan selepas itu nak masuk dalam dunia pekerjaan so sesuai la ikut2 orang ni.(memang aku terpaksa ikut pun.) Sambil2 aku tolong orang cari kerja tu, aku sempat menjeling menjeling mata ku memandang eyh... nyanyi pula. Ni, aku cari2 la company atau mana2 la tempat yang sesuai di mana nak letakkan diri aku sendiri ni.
Semester 6 nanti (maknanya next year la) aku kena register untuk praktikal aku. Aku nak cari company atau mana2 tempat untuk aku praktikal. Aku tak nak harapkan pihak pentadbiran UUM uruskan tempat praktikal aku. Nanti tak pasal2 orang letak aku kat tempat yang ntah hape2. Aku ingat nak kat Bintulu ni je dan kalau boleh nak praktikal kat tempat2 yang ada 'can' untuk aku. Senang aku nak bodek bos untuk bagi markah yang 'sesuai' untuk aku. keh3... (kena plan awal2 dan jahat2 beb. Kalau tak macam mana nak hidup). Lagi2 aku nak kumpul duit. Kalau kat Bintulu ni je senang aku ulang alik dari rumah je. Biasiswa aku tak la habis macam tu je. Kalau malas nak ambil duit sendiri aku 'pau' lah kat mak bapak aku. Makan aku pun free je kat rumah ni. Tak perlu aku nak sewa2 rumah lagi. Haa... bijak tak aku. Bersyukurlah biasiswa aku tu termasuk dalam praktikal aku sebab praktikal aku termasuk dalam tempoh pengajianku. Tak macam sesetengah course ni. Tempoh praktikal mereka tak termasuk dalam tempoh pengajian jadi biasiswa atau PTPTN mereka tak adalah. Lagilah teruk macam tu beb. Semua nak duit sendiri.
Hmm... rasanya ni je kot untuk hari ni. Aku ada banyak kerja lagi ni sebenarnya tapi saja je nak luangkan masa dengan blog aku ni. Tau lah perangai aku ni, selagi tak luahkan apa yang ada dalam hati jiwa dan raga aku ni (chewah...ade ke) serta dalam minda aku ni memang sehari-harilah dia main wayang dalam minda aku ni. Sampai tak boleh fikir benda lain beb. Pelik ke??? Ah... lantaklah. Like my heart la... hehehe

No comments:
Post a Comment