Sebenarnya banyak yang ingin ku ceritakan tapi ada some matter that I can’t tell it open. Sikap aku selagi aku tak luahkan apa yang ada dalam pikiranku ini, selagi itu la otakku akan sentiasa memproses ‘hal’ itu sampai bila2. Mangsa yang selalu tempat aku meluahkan isi hatiku ini (eceh…) adalah tidak lain dan tidak juga bukan iaitu abang kesayangan aku dan blog terchentaku ini. Beberapa hari ini, aku berfikir lagi adakah aku perlu bercerita dengan abangku. Tapi sebelum aku bercerita, mesti dia sudah komen banyak dah mengalahkan Adlin Ahmad Ramli (erkkk betul ka nama dia ni ar) salah seorang pengkritik di Akademi Fantasia tu. Orang nak cerita kat abang sebab nak share la tadi nak manja2 dengan abang tersayang kunun. Sekali tu kena dengar ceramah hmm…. Tadah je la telinga ni mendengar. Em… em… em… je la jawapanku. Last2, aku dengan abang bertekak. Kalau sekali bergayut tu tak bertekak tak boleh ke? Hee… ni la gelagat dua orang adik-beradik ni. Tak de pasal suka cari pasal sesame sendiri. Haha… cara nak merapatkan silaturrahim sebab masing2 sudah berjauhan masa ini dipisahkan oleh Laut China Selatan. Terima kasih la kepada handphone jenama Samsung dan Sony Ericson dan tidak lupa juga dengan prepaid Celcom Xpax. Tanpa ini semua, maka tidak dapat la kami nak berkontek2 begini. Ngaa…. Terbayang aku kalau kita masih lagi guna cara tradisional. Kena tulis surat,
‘Ke hadapan kekandaku yang kusayang,
Adinda di sini baik2 aja,
bla, bla, bla, bla….’
Pos guna Pos Malaysia, posmen datang rumah hantar surat. ‘Posto…posto…posto…’
Selepas itu dibalas,
‘Ke hadapan adindaku yang tak ku sayang,
yang selalu ku buli,
bla…bla…bla….’
Cet… bayangan tu… dah2 jangan lebih2. Alamak terlebey suda ni… tiba2 melalut sampai sini. Hehe... like my heart la kan nak taip apa pun….
Ok back to the basic. Segala masalah itu semestinya patut kita serahkan kepada Dia Yang Maha Mengetahui tapi sememangnya kita manusia yang tidak pernah puas. Aku mesti juga mahu menceritakan kisahku kepada seseorang. Sudah jelas tadi bahawa abangku kena reject dari senarai jadi tinggal blog ku terchenta lagi ni mangsaku.
Inilah aku, semua tentang aku, termaktub dalam blog ku ini.
Tiba2 pula aku teringat yang aku lama tak gayut dengan abang. Sebab terlalu sibuk dengan study la ni. Ada hari tu sampai abang mengigau yang aku dikatakan aku ada call dia hari sebelum tu. Padahal aku masih ingat lagi malam sebelum tu aku tidur awal dan stay up malam tu untuk buat kerja. Boleh2 abang cakap aku ada call dia. Ketara kan dia rindu kat adik dia ni. Hahaha… aku kacau dia, dia tak mengaku. Ala bang, mengaku je la abang rindu adik. Jangan la abang pura2 malu pula. Eleh… cover malu la tu. Menyampah… ahahah… ‘Abang, tunggu adik bercuti nanti, masa cuti minggu kedua barulah adik dapat rileks2 sikit. Minggu ni, minggu depan banyak sangat kerja nak kena buat. Makin berlambak kerja2 ni. Minggu pertama cuti pula, sibuk dengan camp dan misi. Jadi tahan2 la kerinduan abang terhadap adikmu yang cumil ini yer..ahahaha…'
Yeah disebabkan busy tahap gaban, cipan, melampau semuanyalah… aku terlalu fokus dengan pelajaranku sendiri tidak bagus juga la. Aku tersentap dengan status fb abangku malam tadi. Apa la yang dia post tu aku tak tahu apa kaitannya. Bila ku tanya dia ok ke tak, dia cakap memang tak ok. Bila disuruh cerita apa masalah dijawab ‘ENTAH.’ Hee… inilah jawapan yang aku memang tak suka. Barulah aku sedar bahawa aku terleka sudah tanpa aku mengetahui dunia luar terutamanya keluarga aku di kampung. Baru semalam juga aku menelefon ibu bapaku bertanya khabar. Bapaku dalam keadaam tidak sihat sekarang. Jadi, sama2 kita doakan kesembuhan bagi sesiapa pun yang tidak berkeadaan sihat sekarang. Apapun keperluan mereka Tuhan akan bagi. Limpahkan berkat kepada mereka2 dan paling penting biarlah malaikat Tuhan sentiasa menyertai sepanjang kehidupan mereka.
< Tengah ada mood ni untuk menaip kisah2 ku sebab sudah berapa lama tak update blog jadi malam ni aku nak habiskan masaku untuk kongsikan segala2nya apa yang telah berlaku dalam kehidupan ku sepanjang kesibukan ku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.>
No comments:
Post a Comment