My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, August 26, 2010

Sensitif ka???

Ada juga isu yang aku ingin kongsikan sebenarnya ini. Isu agama. Sangat sensentap a.k.a sensitif bukan? Hmm… bagi aku syukur juga la orang2 disekelilingku saling hormat menghormati sesama sendiri terutamanya tentang agama. Sejak aku kecil, mengenal kawan2 yang berlainan bangsa dan agama, aku tidak pernah dipersoalkan tentang agama. Masing2 kami respect each other.

Tapi sekarang, cukup merunsingkan aku tentang hal sekeliling aku. Bukan hal aku tapi hal orang2 di sekeliling aku, yang rasanya orang itu juga di bawah tanggungjawabku.

Aku simpulkan semua kejadian yang lepas adalah begini, bila orang bertanya kenapa ini kenapa itu, kenapa boleh jadi begini, kenapa dia jadi begitu, aku hanya mampu menjawab,

‘Tak apalah. Sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang mengatakan bahawa kita masing2 BEBAS untuk menganuti agama masing2.’

Salahkah aku menjawab dengan jawapan yang sedemikian? Kenapa? Nak marah dengan orang tu ke? Nak kena buang negeri ke orang tu? Nak kena report dengan polis ke? Kecohkan diorang… Kalau itu kehendak dia, biarlah. Kita cuma hanya boleh (semua adalah) berdoa tentang kehidupan dia pada masa hadapan. Biar apapun keputusan dia sekarang, biar itu semua adalah tepat dan jawapannya datang dari Dia.

Dan ditegaskan di sini, kita BEBAS untuk menganuti apapun agama. BEBAS ye bukan DIPAKSA. Jadi ada baiknya, fikir baik2. Jangan biarkan hal sebegitu kita di dalam dilemma antara paksa, sayang, kasih atau sewaktu dengannya. Tanya hati kita sendiri, minta petunjuk dari-Nya, adakah apa pun keputusan kita itu betul atau salah. Itu semua dari kamu sendiri.


Aku juga berlatarbelakangkan keluarga yang 1 Malaysia juga. Keluarga abang bapaku sendiri Muslim, dan juga salah seorang cousinku. Ada juga yang Buddha. Ada juga yang Hindu. Macam2 la jenis agama. Tapi kami tidak kisah apapun. Yang Muslim tidak jijik, tidak sombong bila mereka datang ke rumah aku. Malah mereka kerap datang.

Aku sendiri pun pernah nyaris2 bercinta dengan lelaki yang berlainan agama dengan aku. Tapi, itulah… sememangnya aku sayang dia. Tapi aku tidak tahu aku cinta dia atau tidak. Dan lamaran itu, kami berdua biarkan sahaja tanpa jawapan sebab masing2 tahu priority masing2. AGAMA. Aku sendiri hormat dia dengan agamanya, dia pun hormat dengan agamaku. Tiba waktunya, kami saling memperingati. Kami open. Dan sampai saat ini, aku masih lagi berkawan rapat dengan dia. Satu pertemuan kami pernah menceritakan hal religion. Yeah… dia sendiri menggelarkan aku salah seorang yang sangat religious (pentingkan agama).

Agama tidak menghalang kita untuk bergaul rapat dengan rakan kita yang beragama lain. Jangan takut untuk berkawan, bergaul dengan mereka. Dan biarlah kita saling mengasihi antara satu sama lain. Biarlah kita saling hormat menghormati. Apapun, kita 1 Malaysia beb…

Hmm… teringat dengan kawan2ku yang sama2 sekolah dulu. Dari tahun 1 aku berkawan dengan mereka sampailah sekarang sudah menjadi dewasa sikit la. Kami tetap kawan. Rindu sangat time kita muda2, kanak2 ribena dulu. Huhu… dengan pergaulan tanpa batasan, tanpa mengetahui apa itu ‘masalah’ kecuali kefahaman ini ‘jangan kawan dengan dia’ jika seseorang itu merajuk atau melakukan kesalahan yang tidak sengaja. Tapi lepas tu kawan juga kan. Hahaha…. Perangai2…

No comments: