Di pagi hari kemerdekaan ini,
my mood not really ok.
Anyone can lend your shoulder for me?
Anyone???
Bangun2 je aku hari ni terus call mak bapak aku.
Mak aku sihat walafiat sedang berada di ladang bersama abang sulungku dan kakak iparku.
Perasaan aku nak sangat call bapak aku.
Perasaan dari kelmarin lagi ni.
Tapi, aku takut. Aku takut aku tak dapat kawal perasaan aku nanti.
Dan tadi, aku gagahkan diri untuk call bapa ku.
Bapa ku terus mengadu tentang kesihatan dia.
Aku tak tahu nak buat apa.
Aku hanya mampu bertanya bagaimana pula boleh jadi begitu.
Tiga hari dia berada di Sibu, tiga kali dia check darah di hospital dan juga disahkan tiada apa penyakit.
Mulanya begini, bapaku pergi ke Sibu sebenarnya ingin mendapat rawatan di Rejang Specialist tempat dia selalu berubat.
Doktor tu cakap kena ambil darah dulu baru tau apa penyakit dia.
Doktor suruh check darah di Hospital Besar Sibu.
Persoalannya, kenapa pula kena di hospital?
Kenapa tak boleh di Specialist itu saja?
Doktor tu cakap, sama saja pun prosedur check darah di hospital dengan specialist ini.
Keputusan pun cepat juga keluar berbanding kalau u check di hospital Bintulu.
Lagipun satu keistimewaan bapa aku ni kan dah pencen dan dia ada kad pencen tu.
Kalau dia mendapat rawatan di hospital kerajaan, dia tak perlu bayar satu sen pun.
Kalau di Specialist kenala bayar sendiri dan bayarannya lebih mahal.
Oooo.... inilah penjelasan bapaku tadi.
Aku tanya ada abang call bapa kelmarin.
Ada juga. Dia mengadu gaji diorang belum keluar2 lagi.
Itu la. Semalam dia minta duit dengan aku, aku mana ada duit.
Huhu.....kalau sudah keluar gaji dia cakap dia mau balik Bintulu ni hari.
Kalau macam tu nanti ko kirim duit untuk tambang jakla bagi dia.
Suruh dia balik hari ni.
Ha ah...ya la.
Demi bapaku, aku call abangku yang second tu.
Dan, aku juga kirim duit untuk abang ku dan kakak iparku balik Bintulu hari ini.
Di masa aku berjalan seorang diri ke mall, aku tidak dapat tahan perasaan aku sendiri.
Aku sedaya upaya untuk tidak menangis.
Sampaikan mataku sakit, hidungku sakit menahan sebak.
Kenapa aku ingin menangis?
Sebab aku mengingatkan nada suara bapaku yang sayu tadi menyuruh abangku balik.
Aku mengingat lagi bahawa hanya aku seorang sahaja anaknya yang tidak dapat bersama dengannya di masa dia sedang berada dalam keadaan tidak berapa sihat.
Di masa emosi aku tidak berapa stabil inil juga la seseorang itu macam tidak faham2.
Sudah dikatakan emosi tidak stabilkan. Jadi masa itu juga la sang iblis bekerja.
Balik2 aku mengucap Tuhan Tuhan Tuhan untuk menenangkan hatiku.
Untuk ku tidak menghakimi, untuk ku tidak kalah dengan dagingku sendiri.
Untuk mengatasi itu,aku cuba mengenangkan perkara2 yang boleh membuatkan aku kembali bersukacita.
Tuhan,aku perlukan kekuatan dari Engkau.
Aku perlukan belaian kasih sayang dariMu.
Aku rindukan semua ahli keluargaku.
Aku mengharapkan kesembuhan pada bapaku.
No comments:
Post a Comment