My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, September 2, 2010

Kapal terbang bawa ku balik ke Bintulu...

Sebenarnya, banyak yang aku nak taip2 yang nak aku karang2 kat blog ni. Tapi sekarang aku pandang jam kat atas meja aku, jarum dia dah menunjukkan 12.30 pm. Jadi maksudnya, ada satu jam lagi aku kena bersiap pergi kelas terakhir hari ni. Hee... lecturer ni pun satu, rajin sangat la nak buat kelas hari ni. Mesti tak ramai yang datang kelas nanti. Hmmm.... weyh2... jangan nak merepek. Masa tengah berjalan. Tengok pada diri sendiri apa yang dah engkau buat hah??? eheheh... belum buat apa2 pun. Aku lambat bangun hari ni. Bangun2 je aku cuci muka lepas tu aku terus mengadap laptop cucuk broadband. Apa lagi online la. Semalam sehari suntuk aku puasa online sebab aku layan drama. Huwaaa.... conclusionnya, aku lepas time sahur aku. Eyh2, aku puasa tau. Hahaha...dengan kerelaan hatiku juga la sebab malam ni aku ada doa semalam suntuk di church. Jadi, untuk persiapkan diri terutamanya hati ku ini yang setelah beberapa hari ni tidak tenang, banyak sangat pergumulan. Hari ini baru aku boleh setenang-tenangnya. Biarlah segala beban yang aku alami, aku transfer kat Dia je. Hehehehe... bukan transfer macam tu je. Kita kena gak bersyukur dengan apa yang dah berlaku selama kita hidup kan.
Op op ..... banyak la kau. Ni nanti aku cerita panjang lepas aku dah balik dari kelas. Ni aku nak bagitau satu perkara je. Like my heart la beb....

Aku nak kasi announce bahawa jadual final exam dah confirm dah. Boleh lawati di www.uum.edu.my/hea.
Jadi conclusionnya, last paper aku 29/11 petang. Aku kena balik awal. Tak boleh balik lambat2 sebab rumah aku tu tunggu aku. Segala-galanya umi umi umi!!!! Haishh.... Sebab apa? Sebab aku sorang je la anak dara kat rumah tu. Huwaaaa3.... aku anak bongsu, aku satu2nya anak berjantina perempuan mak bapak aku ok.
Kenapa aku kena balik awal?
Nak buat preparation itu dan ini.
Itu dan ini tu apa?
Rumah aku, rancangan sedara mara aku, banyak lagi la.
Kenapa diorang tunggu aku?
Sebab aku satu2nya orang yang kena kemas tu rumah. Dan aku minta diorang tunggu aku. Aku mesti ada.
Kat mana?
Kat rumah aku dan kat kampung aku Kapit.
Event apa?
Kenduri arwah dan majlis kawen abang aku.
Kenapa?
Haaishh.. banyak tanya la pula... like my heart la. heee....

Ini satu lagi. Nak balik UUM  bila? Aku plan 3hb Januari 2011. Yai... baru terperasan. 2011 tu.... pejam celik pejam celik dah 2011. (suka suki aku je nak panjangkan entry ni tau. kalau buat karangan dulu tak ada pula la idea mencurah2 begini, tangan ku menari2 laju di atas kertas, tidak seperti tanganku sekarang laju menekan keyboard.)
Ok back to the basic. Aku Guna flight dari Sibu. KENAPA??? (Apa la suka sangat tanya soalan)
Sebab flight dari Bintulu ke KL lewat petang dan tak sempat nak naik flight pergi Alor Setar petang tu. Kalau nak naik juga flight dari Bintulu kena la bermalam. Nak naik flight dari Miri pulak punya la mahal harga tiketnya.


30/11/2010
AS - KL (0835 - 0930)
KL - BTU (1350 - 1555)

3/1/2011
SBU - KL (0935 - 1115)
KL - AS (1805 - 1900)

Ok... setakat ni je aku nak taip.
Nak cepat. Nak g siap2. Ehehehe... aku ada kurang 35 minit untuk siap ke kelas.. Aiyak....
Balik dari kelas nanti aku sambung entry yang yang aku nak kasi masuk ok :)

No comments: