Ok. Start now. First, aku nak kasi cerita pasal apa event yang kami adakan pada 31 Ogos hari tu.
Selepas aku memasukkan entry yang telah dipublishkan pada 31 Ogos hari tu, aku pergi C-Mart Changlun untuk beli barang. Kenapa pulak aku nak beli barang???? Sebab, kami ada event untuk menyambut ulang tahun hari kelahiran anak-anak Tuhan yang lahir pada bulan 7 hingga bulan 12 pada petang tersebut khas untuk Cell Group (CG) Laluan A1. Aktiviti kami adalah BBQ. Kami juga menjemput CG A2 untuk sama2 memeriahkan suasana. Kami tak ramai sangat join hari tu, sebab ada junior yang outing ke Alor Setar, ada yang ikut sambutan hari kemerdekaan yang disambut di UKM. Tapi tak apa la. Tak ramai pun jadi meriah juga. Yang penting perut terisi ya. Hehehehe....
Hmmm... Tak ada nak cerita panjang pasal ini. Kat bawah ni ada gambar suasana pada masa itu. Hari kemerdekaan hari tu tak disambut dengan meriah di sini sebab halangan puasa. Jadi, yang nak sangat ikut sambut hari merdeka diorang pergi UKM. Hehehehe....
Ini tempat kami selalu bersekutu. Tasik MAS.
Satu2nya tasik yang cantik, sunyi, aman dan tenang.
Best kalau lepak kat sini awal2 pagi dan petang2.
Macam pergi berkelah kan.
Duduk2, santai2, ada yang tidur2 lagi tu.
Inilah tuakng panggang kami.
Semuanya junior. Kami hanya jadi pomen sahaja.
Dan memang diorang sungguh berbakat.
Hahahaha...
Ini hasil diorang. Yang paling penting tidak hitam2 seperti ayam yang selalu kami panggang.
Ayam kami dulu selalu digelar ayam somalia @ nigeria.
Ini kami bertiga. Rakanku yang kukenal sejak KML lagi.
BFF and eva.
(antara gambar tercantik yang diambil. Gambar lain kami bertiga dengan muka yang buruk. Nak tengok ada kat FB)
Bersama junior Laluan A2.
Ini bapa Laluan A2. Laurentius.
Sampai je terus baring. Tak cukup tidur sebab layan movie sampai pagi.
Muka tu pun dah merah.
Ini kami. Sebahagian je la. Aku menyibuk je kena ambil gambar ni.
Hehehe....
Setakat ini saja yang dapat aku kongsikan. Gambar kami makan2 tak ada sebab bateri hp ku 'kong' da... Lain kali ya...
Apa2pun ucapan terima kasih kepada rakan2 dari Laluan A2 yang sanggup berjalan kaki datang ke event ini. Terima kasih sebab menolong panggang, tengok dan makan juga ye. Hehehhe Lain kali kalau kamu orang buat event jangan lupa jemput saudara mara mu ini juga. Kami berbesar hati datang terutamanya bab2 makan ini.
Dan juga ucapan terima kasih juga dengan rakan2ku A1 sekalian kerana sudi bersusah payah menjayakan event ini.Tanpa kerjasama kalian, event ini tidak akan terjadi seperti ini. Inilah kita satu anggota tubuh. Saling melayani dan saling melengkapi. Aiseh... macam aku pulak pengarah projek. Aku juga yang disambut ok. Hahaha.... Itu sebab la aku goyang kaki je kat tasik hari tu bersantai bersama angkol. Op op.... aku goyang kaki bukan bermakna aku tak kerja ok. Aku tukang beli barang, aku tukang angkat barang, tukang masak sayur.
Hmmm.... rasanya done di sini.
God Bless you all.... :)








No comments:
Post a Comment